layan riang ria gambar firdaus, hari minggu
Beberapa blog yang aku baca hari ni banyak menulis kisah adik shafiah yang meninggal dunia akibat didera. sebenarnya aku tak nak tulis pun kisah ni, sebab banyak blog dah tulis.
cuma aku nak jelaskan pendirian aku, yang teramat benci kes dera ni.first yang ak nak salahkan ibubapa yang tak prihatin.kedua masyarakat sekeliling. sibuk nak jaga hal dalam kain orang, tapi hal yang sepenting ni tak tahu nak jaga.satu orang dera budak boleh satu kampung tak nampak. pelik betul.
Aku pernah didera dulu . sebab tu i hate dera.Pada ibubapa yang bekerja dan tak bekerja tu, belek sikit badan sikecik tu. contohnya selepas balik kerja aku selalu tanya anak aku ada apa-apa berlaku kat dia yang pelik-pelik tak . tapi jangan over-over sangat. sampai anak kita tak boleh ditegur oleh penjaga pulak.maksud aku sentiasa prihatin terhadap perubahan anak.
Anak aku yang perempuan besar(yuyi) tu ngan lelaki (gula-gula hack) pernah kena dera oleh pengasuh cam babi asyik nak menjahit baju je.masa tu pada tahun 1998. masa tu yuyi berumur 8 tahun , gula-gula hacks 7 tahun.Anak lelaki pengasuh babi tu umur sebaya yuyi 8 tahun.Satu keburukan anak aku tu dia tak suka nak mengadu waima pasal kawan atau pun pengasuh sampai sekarang. tapi yang lain aku ngan dia takde rahsia.
Memang macam biasa, kalau tengahari aku call. selalu anak perempuan aku tu ceria je, tapi pada hari tu suara dia macam tak ceria je. aku kalau macam tak sedap hati je, apalagi kayuh basikal terus balik .masa tu tempat kerja ngan ofis dekat je.
rumah pengasuh tu flat. aku malas naik, aku call suruh anak aku turun.yuyi turun jumpa aku kat bawah.aku nampak dia diam je.aku tanya dah makan ke? dia cakap dah.tiba-tiba tuhan tu maha kaya aku ternampak kat rambut dia banyak darah yang dah kering dan melekat-lekat.
Aku tanya lagi, akhir dia cakap gak.anak pengasuh tu pukul kepala dia ngan kayu pengukur baju.Korangkan tahu kayu tu keras macam mana.Lagi geram bila di cakap pengasuh tu tahu apa yang berlaku, tapi dia buat dek je.Apalagi aku terus ambik cuti, Aku naik ke rumah dia tanya hal tu .Aku bawak yuyi ke klinik , kepala dia kena beberapa jahitan .Apa yang aku tak puas hati selepas aku tanya pengasuh hal yuyi dia boleh cakap "kalau tak suka, hantar kat tempat lain, dia tak kisah".sah babikan.
Rupanya selama ni terbongkar semua perkara.Yuyi baru nak cerita semua hal yang terjadi kat rumah pengasuh. Macam mana pengasuh tu selalu sumbat nasi banyak-banyaki kat mulut gula-gula hacks.lepas tu kalau gula-gula hacks nak buang air besar, dia tak bagi ,selagi kerja menjahit dia tak habis. sampaikan gula-gula hacks terpaksa buang air besar kat atas kertas dan yuyi kena buang melalui tingkap bilik .Selalu dia paksa mereka duduk dalam bilik.Tapi bila suami dia ada , mereka bebas sikit.Pengasuh tu jadi dihadapan suami dia.
Semenjak tu aku x kan dia. sorrylah orang melayu cam tu. Aku hantar anak -anak aku sebab dia yang mengofferkan diri . Masa yuyi dan gula-gula hacks baby adik pengasuh tu yang jaga tapi adik dia okey .
Bila anak aku dah , dia cakap kalau dia jumpa amirul (anak pengasuh tu yang sebaya dia) memang dia nak hemtam budak tu.
Aku sampai sekarang fobia gak, bila bab pengasuh ni. sambung balik kisah shafiah tadi. kalau aku dekat kampung sana, yang mula aku nak sepak dulu mesti mak dia , lepas tu keluarga dia akhir sekali baru sijebon yang dera tu. aku cau dulu.
SAYANGI ANAK -ANAK ANDA.