Mari masak bersama chef montel. Ari ni montel peling peling nak makan macam om putih.dah lama rasanya tak masak spagethi.
okey sediakan san remo spagethi.jenama lain pun boleh.tapi aku dah biasa jenis ni.
masukkan dalam air panas mengelegak minyak zaitun sikit.kalau tak de minyak zaitun, minyak kelapa pun boleh.tunggu air betul-betu mendidih, baru masukkan spagethi.jangan masak terlalu lama sangat.
okey sampai jadi macam ni.
sosnya aku tak guna preego atau sos segera yang ada kat pasaraya, kerana kat umah aku dah ada herba dia seperti kat atas. asas sos tomato puri. tapi kalau korang rasa peling malas, beli je pregoo sos dah siap, tinggal panaskan.
bawang bombay ngan cili besar potong dadu.
cari minced meat tak ada tadi, jadi aku gunakan tempura yang aku dah ada dalam peti ais .aku potong kecik-kecik.
cendawan shitake rendam dalam air.nak cepat lembut letak minyak sikit. Lebih elok kalau korang rendam lama sikit.kalau korang nak guna cendawan butang dalam tin pun boleh.ikut suka.aku suka cendawan ni sebab bau dia wangi.
dah lembut gunting atau potong kecik-kecik.
yang aku dah siap potong.
tumis bawang ngan cendawan.
isi ayam ngan cili besar tadi masuk sekali.lepas tu letak tomato puri.
letak herba oregano.
letak basil sikit.
kalau nak peling pedas letak paprika.
kalau dah tak boleh hilangkan lidah melayu tak boleh makan tak pedas, bolehlah potongkan cili api , letak dalam sos.meletop.
sos dah siap angkat.untuk montel sorang ni aku maintain tak letak cili. sampai ofis aku adjust , cili kebabo aku letak.nanti aku tak letak cili, geng ofis pandang keji kat aku, nanti aku tak nak dorang kata aku peling omputih plak.
montel nak start makan.
montel sedang menikmati spagethi.
okey montel dah kenyang.