Friday, March 26, 2010

Hey Anoy cepat ambik resepi



tepung gandum 1/2 kilo-500grams
planta atau butter 2 sudu besar.


Pagi tadi breakfast donut buatan sendiri. aku tempek resepi untuk anoy sorang ni. sorrylah resepi terperinci. Anoy kalau nak resepi apa-apa, mesti nak tahu bawang berapa biji, atau halia berapa inci.kalau tidak tak sah.




garam 1/2 sudu teh.anoy lain kali beli sudu plastik yang ada tulis camca ni senang sikit.




susu 2 sudu besar-kalau tak nak bancuh gula ngan air.




telur sebiji-tuangkan yeast mauripan 1/2 paket bancuh ngan air sejuk.





tuangkan air.jangan letak banyak air dulu.uli doh dulu, kalau keras baru tambah air sedikit demi sedikit.



kalau tangan tak melekat ngan tepung, okeylah tu.




rehatkan doh 30 minit.





tempat nak letak donut kena letak tepung supaya tak melekat.




Anoy canai doh lebih kurang 1 cm.



terap doh ngan acuan donut .




rehatkan doh lagi selama 30 minit.




panaskan minyak, dan goreng.api jangan terlalu kuat.




sira donut ngan gula castor .okey anoy ada paham.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina