nasi lemak air tangan sendiri
Dah lama tak makan nasi lemak buatan sendiri.hari sabtu breakfast nasi lemak. kadang -kadang kat luar sambal nasi lemaknya tak menepati citarasa aku.Aku tak suka sambal yang terlalu manis.
first yang patut buat , masak nasi lemak dulu.aku suka guna kelapa parut.Kalau guna pati santan cepat basi.Kelapa parut , kalau nak pati santan yang banyak, korang blender kelapa parut campur air.korang akan dapat pati santan yang pekat.letak pati santan, garam, ngan daun pandan.
nasi lemak yang dah siap masak. angkat keluar daun pandan , kerana kalau dibiarkan lama nasi jadik hijau kat kawasan daun pandan tu.
goreng ikan bilis.minyak kena-kena betul panas.kalau minyak tak panas, ikan bilis akan jadik keras dan liat.
tengok kalau minyak betul- betul panas, minyak akan berbuih macam tu.
kacau ngan senduk berlubang -lubang.dah garing cepat angkat dan kiraikan atas surat khabar.
ikan bilis yang rangup dan kurang minyak.
simpan dalam bekas kedap udara, supaya tak masuk angin.
tumis cili yang dimesin ngan bawang merah kecil sampai garing.
dah pecah minyak, letak garam ngan air asam jawa.
letak gula.
letak potongan bawang besar .
tutup api, baru letak ikan bilis.
makan bersama potongan timun , telur rebus ngan ikan bilis.
model aku tengah kusyuk makan nasi lemak.