Tuesday, March 30, 2010

I Just Love Good Smelling People



Jeng Jeng ini dia Adidas Action 3 deodarants.


Siapa yang tak suka orang berbau wangi?semua orang rasa gembira bila berhampiran dengan orang yang berbau wangi.Kecuali kalau korang ada masaalah dengan deria bau korang.Itu terpulang pada masing-masing, tapi aku tetap suka orang yang berbau wangi sepanjang masa. Contohnya kalau aku duduk dengan orang yang berbau harum, rasa aku tak nak bangun dari tempat tu, dan terus menghidu bau tu.Lepas tu macam nak tanya je kat orang "deodarant apa yang dia gunakan?"boleh gitu?.

Kalau korang suka orang lain berbau wangi , korang mesti berbau wangi dulu. Honestly, aku suka kalau husband aku berbau wangi.Dulu husband aku pun ada masaalah cepat berpeluh , bila cepat berpeluh dia punya armpit , waleweh takut nak dekat.kalau aku dah bau semacam, apalagi rakan-rakan dia.

Sebelum tu dah banyak deodarant yang dia gunakan, tapi tak nampak kesan pun . sekejap je bau wangi, lepas berpeluh, masaalah sama datang balik. armpit dia ada berbau yang tak sedap.Semua jenis deadorant rasanya dia dah cuba. Husband aku cakap, ada satu deadorant tu buat armpit dia gatal macam jahanam, ngan jadik tompok hitam. Satu lagi jenama pulak bau tak tahan lama.

Sampailah pada satu hari aku ngan husband, saja jalan kat Watson.Ternampak Adidas Action 3 deadorant, tergerak hati husband aku nak beli.Dengan Adidas Action 3 banyak pilihan.Husband aku Adidas Action 3 sensitive.

Saja je aku tanya husband aku, macam mana ngan Adidas?Husband aku hairan ngan 1 atau 2 kali spray je boleh tahan lama bau wangi sampai 12 jam. Korang nak tahu tak? armpit husband aku tak gatal lagi dan tak bertompok hitam. Sekarang dia tak fikir banyak kali lagi nak beli deadorant.kerja pun mudah, tak payah buang masa nak pilih-pilih deadorant, jumpa Adidas Action 3 terus beli.Aku berterima kasih pada Adidas Action 3 kerana banyak membantu husband aku ngan masaalah armpit dia.Yang pasti armpit berbau wangi boleh menyerlahkan keterampilan. Sudah pasti dengan Adidas Action 3.


Project Alpha Season 2 presented by Adidas Action 3 dan disokong oleh P1 ngan MAS.

Kisah hari minggu




Setiap hari di taman tempat aku selalu ada satu pakcik datang menjual barang basah seperti ikan ngan sayur. Pakcik jual barang mengunakan motor roda tiga. Selalunya pakcik tu datang pukul 11 pagi. memang aku tak suka pun nak beli ikan kalau lambat sangat,tapi dah tak de insiatif lain, terpaksalah beli.kalau hari minggu akak suka masak awal-awal sikit, lepas tu duk melepak tengok melodi.

Hari sabtu ngan minggu je aku beli kat pakcik tu, memandangkan ari tu time aku cuti.Dijadikan cerita ari minggu tu, aku pergilah kat tempat pakcik tu, dia parking kat rumah juiran aku je.okey masa tu ada 2 orang jiran yang lain. aku ngan jiran tu berbual-bual ngan pakcik tu, hal semasa.

Tiba-tiba datang satu motor berhenti kat tempat kita org tengah berbual-bual tadi.Turun seorang lelaki india berbadan besar gak. Hati aku macam tak sedap je, jarang india yang bermotor nak beli ikan kat pakcik tu, baik dia beli kat pasar.India tu cakap dia nak beli ikan bawal hitam yang besar tu dalam 3 ekor. dia tak pilih dan tak tengok pun ikan tu.Dia suruh pakcik tu je ambik.Setelah bagi RM50 seperti gambar diatas, pakcik tu pulangkan balance duit dia RM30.jadik ikan tu berharga RM20.

India tu pun beredar.kita orang sambung berbual lagi, sambil belek -belek sayur ngan ikan. Dalam masa 10 minit, India tu datang balik.Tapi kehadiran dia macam kita ambik endah je.Biarlah pakcik tu yang handle. Tapi dari perbualan yang aku dengar antara India tu ngan pakcik tu cam ni :


India : saya bukan nak bawal hitam, saya nak bawal putih, sambil keluarkan balance RM20 tu nak pulangkan kat pakcik tu. Dengan harapan pakcik tu pulankan balik duit RM50 dia.
(dalam hati aku cakap, "tadi dia yang minta bawal hitam)jiran aku 2 org tu berpandangan ngan aku.

Pakcik tu pulangkan RM50 dia sambil ambik ikan tu balik. pakcik tu tak marah pun.
(tapi sorrylah aku sebuk berbual sampai aku tak nampak pakcik tu pulangkan RM50 kat india tu.

India : Tiba-tiba, Pakcik apasal u bagi saya RM1 (gambar macam kat atas).

Pakcik : saya dah bagi RM50 tadilah, sambil menyelongkar posh bag dia.memang aku tengok tak de pun note RM50.

India : u bagi RM1 pun u tak tahu kah(nada keras)

Aku tak boleh jadik saksi sebab aku tak nampak
akhirnya aku cakap ngan pakcik tu, bagi jelah duit dia.pakcik tu bagi RM50 dengan muka sedeh.India tu pun belah.Sebenarnya India tu dah rancang semua tu.mesti dia tinjau dari jauh, lagipun dia tengok kita semua tengah leka.akukan inspector gadget dah agak dah.Lagi satu RM50 ngan RM1 nampak sama.contoh cam kawan mak aku, dia pernah terbagi RM50 duit raya kat budak kecik , dia ingatkan RM1. Sebab tu Kita kena asingkan RM50 ngan RM1 kedudukannya dalam purse kita.

Aku nasihatkan pakcik tu.aku cakap jadikkan satu pengajaran pada dia. kenapa aku cakap cam tu??

The moral of the story

1) kalau kita perniaga, kita nak bagi orang duit kat orang ,kita kena pandang muka dia, dan sebut dan buka duit kertas yang kita bagi

2) Kalau kita costomer pulak kena sebut berapa kita bagi dan kena bukakan duit kertas tu.


Jadik orang tak boleh claim kita dah bagi, dia cakap belum.Dunia sekarang semua orang nak cepat kaya.Maksudnya India tu untung RM50 senang-senang je.




Recycle keledek

Hari tu ada baki keledek tinggal sikit.malam tadi pukul 9 malam aku buat projek pau inti keledek.first time aku buat inti cam ni untuk kuih pau. saja je nak layan. selalu kalau inti ni aku buat karipap.tapi jemulah makan karipap.buat pau cepat sikit.


1) potong keledek bentuk dadu, cuci dan tuskan.
2) hiris bawang merah kecik.
3) tumis daun kari ngan bawang merah kecik, dah naik bau masukkan keledek tadi.jangan lupa perlahankan api.lepas tu masukkan rempah kari dan kacau.kalau kering tambahkan air.



bila dah empuk letakkan gula ngan garam.




memandangkan keledek sikit, aku campurkan ngan tepung jagung.jadik nampak banyak sikit jadik inti dia.





inti pau dah siap.




tepung gandum campur garam ngan shortening

Cara buat doh pau

1) tepung gandum
2) shortening
3) garam
4)gula bancuh ngan air
5) yeast 1/2 bancuh ngan air.



tepung gandum campur ngan bancuhan yeast tadi. letak bancuhan gula sekali.




uli doh .campur air sedikit demi sedikit.doh jangan terlalu keras. kalau nak doh yang lembut, uli lama sedikit.rehatkan doh selama 30 minit




letakkan inti tadi










nak bulatkan doh pun ada teknik, supaya bila kita kukus permukaan dia cantik dan licin.cara bulatkan doh seperti di atas.





rehatkan lagi selama 30 minit





pau yang dah siap dikukus
















Apalagi model makan pau dengan serius, sebab masih panas.

Monday, March 29, 2010

Masak lomak ngam ngan sambal belacan



cam mana anak wa rock tak ?rock bebeh .dapatlah makan masak lemak pucuk manis ngan keledek.




belacan bakar ngan tomato



cili api ngan cili masak





tumbuk cili api sampai lumat dulu.


jangan bunuh aku ye. ni aku nak tunjuk step by step cara tumbuk sambal belacan. ada petua tau, walaupun tumbuk sambal belacan.keenakkan sambal belacan yang ditumbuk mengunakan lesung batu adalah "berbeza".

1) lesung batu
2) bawah lesung batu tu kasi lapik kain tebal.mengelakkan bunyi yang tak diingini.




lepas tu baru masukkan cili masak yang dipatah-patah. dah lumat baru letak belacan yang dah dibakar atau digoreng. aku tak suka letak belacan banyak.ikut selera masing-masing.






dah lumat baru letak tomato atau mangga , ikut selera masing-masing. nak sedap perahkan asam limau atau asam jawa.



letakkan gula atau perasa sikit. ikut selera masing-masing.





sambal belacan yang dah siap .




sayur pucuk manis








hiriskankan bawang, cili masak ngan udang kering dalam santan kelapa. masukkan keledek sekali.tembok atau kacau kuah sampai mendidih.




dah mendidih baru letakkan sayur pucuk manis.




kuah sayur pucuk manis bersama keledek yang dah siap.

Sunday, March 28, 2010

clear stock nasi dlm fridge



Sayang nak buang nasi dalam fridge, malam tu tak de modal nak masak apa. akhirnya buat nasi goreng ala ala kampung.Tumbuk bawang merah kecik ngan cili kering.kalau nak cepat lumat masa tumbuk cili kering letak garam.Jadik kat nasi putih nanti tak payah letak garam.





ikan bilis .






tumis cili yang ditumbuk tadi.



dah garing masukkan ikan bilis.




masukkan sayur kankung yang dipotong pendek-pendek.





masukkan nasi putih.





buatkan lubang ditengah nasi tadi.letak minyak sedikit, kemudian pecahkan telur sebiji.telur biar garing baru gaulkan nasi.



nasi goreng ala-ala kampung dah siap.





tak sabar nak makan, panas lagi pun nak bedal.



Saturday, March 27, 2010

Nasi lemak buah bidara


nasi lemak air tangan sendiri


Dah lama tak makan nasi lemak buatan sendiri.hari sabtu breakfast nasi lemak. kadang -kadang kat luar sambal nasi lemaknya tak menepati citarasa aku.Aku tak suka sambal yang terlalu manis.





first yang patut buat , masak nasi lemak dulu.aku suka guna kelapa parut.Kalau guna pati santan cepat basi.Kelapa parut , kalau nak pati santan yang banyak, korang blender kelapa parut campur air.korang akan dapat pati santan yang pekat.letak pati santan, garam, ngan daun pandan.




nasi lemak yang dah siap masak. angkat keluar daun pandan , kerana kalau dibiarkan lama nasi jadik hijau kat kawasan daun pandan tu.




goreng ikan bilis.minyak kena-kena betul panas.kalau minyak tak panas, ikan bilis akan jadik keras dan liat.




tengok kalau minyak betul- betul panas, minyak akan berbuih macam tu.




kacau ngan senduk berlubang -lubang.dah garing cepat angkat dan kiraikan atas surat khabar.




ikan bilis yang rangup dan kurang minyak.





simpan dalam bekas kedap udara, supaya tak masuk angin.




tumis cili yang dimesin ngan bawang merah kecil sampai garing.




dah pecah minyak, letak garam ngan air asam jawa.




letak gula.



letak potongan bawang besar .




tutup api, baru letak ikan bilis.




makan bersama potongan timun , telur rebus ngan ikan bilis.











model aku tengah kusyuk makan nasi lemak.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina