Thursday, November 26, 2009

Sichucky menakutkkan

Chucky Pictures, Images and Photos






Photobucket

Ari tu aku cakap kalau tengok cite seram kat tv , aku boleh ketawakan. Tapi satu je yg membuat aku punya tengkuk meremang bulu, bila tengok sichucky ganas ni. since 1988 mula cite ni keluar, aku memang suka tengok cite ni, tapi aku takut sangat.

Tapi, aku tak tahu kenapa, cite ni membuatkan aku serammm semacam je.muka tak delah hantu sangat.pandangan dia menakutkan aku. Lagi aku takut bila dia dah kena teruk belasah , tapi boleh hidup balik, terus serang lagi.last sekali cite ni 2004 kalau tak silap akulah.Sampai aku rasa kalau dia bangun balik, perasaan aku cam dia nak kejar aku je.korang rasa aku cam berhalunisasi ke? . tak mungkinlah, selalunya siapa layan syabu je, berhalunisasi lebih sikittt.he he he he

Wednesday, November 25, 2009

sodap.....






Dulu sebelum rumah plat aku siap, keluarga aku ngan org kampung dibagi satu rumah sementara. Keluaga aku pun kena tinggal kat situ jugak. Rumah tu cam rumah panjang.Satu barisan ada lam 10 hingga 15 kelamin. duduk bercampur tak kira cina ke india. Jiran sebelah aku tu india. Dorang ni selalu bergadoh laki bini. kalau gadoh kecik-kecik tak pelah. Ini siap baling kain baju semua. dorang gaduh , umah aku plak bagai nak roboh. laki dia kaki mabuk. ko tahulah keling ni kalau mabuk.minum sebotol, tapi mabuk dia sepuluh botol.








Tiap-tiap petang sebelum mak aku balik, aku siap-siap masak dulu. dapur aku betul-betul kat tepi dinding. masa tu aku pakai dapur minyak cap kupu-kupu.Bukan tu yang aku nak cerita.petang tu aku masak sambal udang. masa aku tengah kacau sambal kat atas dapur, india sebalah tu tengah bergaduh sakan. pedepang pedepung, sakit telinga aku dengar.





Aku tak tahu apa yang dia ketuk, tapi aku dengar dia mcm paku sesuatu. Habis kisah masak, sambal udang aku pun siap. adik beradik aku semua dah tunggu, nak makan ni.laparlah katakan.dorang makan, aku tak lagi.aku tengok dorang senyum je. atenya bukan senang nak makan sambal udang, zaman susah-susah dulu. Part aku sampai, rasa lapar plak, tapi masa nak ambik sambal tu aku ternampak cam , satu ekor ke tali tapi hitam, dah tegang semacam. Aku tarik ngan tangan aku. aku suspek asam keping. rupanya anak tikus dah kejung kat dlm tu. aku pandang dia, dorang pandang aku. semua angkat bontot, basuh tangan.babengnya india mesti tadi dorang gaduh sambil ketuk dinding, tikus tengah merayap kat dinding tercampak kat dalam sambal udang aku ni. lama jugak aku tak makan sambal udang.


Tuesday, November 24, 2009

Jangan monyet, jangan monyet



Aku nak cite sikit pasal kawan aku milah.Ari tu milah cite ngan aku dia bawak anak-anak dia ngan anak jiran pergi mandi manda kat pantai remis.Milah punya laki dah lama keja outstation. Raya nanti baru balik. Jadi nak menghilangkan keboringan Milah bawak anak dia ngan anak jiran sekali gi piknik







Milah buat sandwich ngan nugget.Nanti sampai sana tak payah sebuk nak cari makanan. Milah biasalah , yg aku kenal kaki saving .Sampai saja , Milah mencari tempat yg strategi dan tempat yg tak ramai org.nak privasilah katakan.Tikar dah siap bentang. Semua makanan dah letak atas tikar. Milah bawak budak-budak tu turun mandi. Biasalah dah agak lama mandi perut dorang terasa lapar.Dorang pun naik , nak makan.Milah terkejut beruk, semua makanan dah habis tinggal bekas kosong je.bekas semua lintang pukang.Yang peliknya dorang boleh bukak botol cili sos. semua makanan licin. rupanya keja monyet. Baru Milah tahu kalau nak letak makanan kena tunggu.

Lepas tu milah nampak ada seekor monyet lagi tengah mengigit bekas makanan , apalagi milah bengganglah, terus kejar monyet.ko ingat apa, bukan milah yg kejar monyet, milah yg kena kejar.Nasib baik ada org dating kat tepi batu tu menyelamat kan milah. Kalau tidak Milah dah arwah, kena siat-siat ngan monyet.

nota penting : monyet ni bahaya gak ye
manusia monyet manusia monyet -sama ke ? he he he he
Jgn saving sangat beb

Lepaskan tekanan



gua betul-betul benggang je. gua rasa cam nak bakar kilang je. gua tatak sukalah jenis buat keja suruh cepat, bila bayar gaji nak lambat-lambat ni. gua dah cakap ngan geng gua, tak de lah nampaknya, kalau dorang buat-buat cakap petang, nampaknya mesti esok. Kalau esok takde, gua tak tahulah apa yang nak meletup. Gua takut muka gua masuk tv sebab letupkan kilang je.

nota : bila benggang terus keluar pekataan gua .sorry beb.ini gua je.

Otak Amoi dah blok



Ari ni aku cite pasal kawan aku, nama dia Amoi. Umur dia sekitar 30 an tapi dia tak kahwin lagi.
Semalam dia jumpa aku , dia cite masaalah, sambil ketu-ketuk kepala dia.

Aku : Amoi kau apahal

Amoi : Tak tahulah , otak aku 2 3 hari ni mcm dah blok

Aku : ye ke, kaurasa pening ke

Amoi : tak tahulah mcm blok

Masa dia cite-cite tu dia kat tempat aku, selepas tu aku pegi tempat dia plak. rupanya baru aku tahu kenapa otak dia blok.





komputer dia ada dua, sebelah kiri baca blog, dan sebelah kanan buat keja. Aku kata ngan dia kalau kau nak kurangkan otak kau jadi blok, cuba beberapa hari ni kau jgn baca blog.
aku tak tahulah si Amoi ni nak dengar ke tak.

The moral of the story, aku tension sebab gaji tak keluar lagi, jadik keluarlah cerita yg tak serupa bikin ni.


Monday, November 23, 2009

Riang ria minggu



Badan Firdaus yg semakin mantap dan berketul. Berkat makan nasi 1 hari 2 3 kali. Aku pun tak tahu kenapa dia asyik lapar dan terus lapar.






Dia malu aku snap gambar dia.Tangan sebelah pegang donut. kat riba pegang pau. mana satu dia nak makan pun aku tak tahu.






Menu ari sabtu ari tu. Dah lama tak masak pindang ikan. masak ni senang je. hiris bawang besar ngan bawang putih , halia.tumis sampai naik bau .Lepas tu campak air asam jawa atau asam keping. Aku suka letak bende ngan cili besar. Ikannya ikan kembung atau cencaru.Dalam pantang pun boleh makan ni. Tapi aku letak kunyit hidup. Kalau letak serbuk kunyit, bila tak kacau serbuk kunyit mendap kat bawah.kalau kunyit hidup kuah dia elok je kuning tak de mendap.

Bende sikit, aku celur nak cicah ngan sambal belacan. Sambal belacan campur cili kering sikit.




Petangnya aku buat kuih pau, resepi tengok kat tepi ye , dulu dah ada. Aku pakai inti kaya.Kayanya tak cukup, aku sayang nak buang tepung dia .Aku uli buat donut , balance tepung tu. Okey , resepi donut pun aku dah letak kat tepi. kalau tak cuba aku babap bontot(manja).

Saturday, November 21, 2009

Aku, kisah 70an hingga 00an

Kisah 70an

Aku dilahirkan dalam keluarga yg boleh dikatakan susah jugak. Arwah mak aku bekerja sbg pencuci pinggan disebuah kedai makan. Kedai makan tu sampai sekarang ada lagi. Dulu arwah mak aku selalu bawa lauk yg tak habis dari restoran tu. Aku adik beradik semua tunggu arwah mak balik, dengan harapan dapat makan sedap, tapi pada satu hari mak aku tak bawak balik apa-apa.

Aku : mak kenapa ari tak bawak lauk
Mak : Tak dapat bawak balik, taukeh kedai tu tahu, dia suruh dorang buang yg tak habis.

peringatan bagi taukeh restoran, cafetaria dan segala kedai makan. Nanti aku rotan tangan korang yang suka buang makanan yg tak habis, bagilah org yg susah bawa balik.

Kisah 80an

Kebanyakan kawan-kawan aku semuanya pandai-pandai, tapi aku tak delah nak tumpang popoliriti dorang , aku sedar aku sapa. Wahai kawan aku yg dah jadik peguam, cikgu, pegawai, dorang tak sombong kalau jumpa aku. Aku doakan semoga korang sucess.

kisah 90an

Aku duduk di Tanjung Malim, jiran aku 2 orang pelacur.Tengahari dorang keja shampoo girl , malam dorang jadi pelacur kecil-kecilan je. Rumah tu rumah lama tapi 2 tingkat. Satu hari aku duduk dgn dorang kat pangkin depan umah aku, nama dorang yati nagan imah.

Aku : korang tak de keja lain , kenapa nak jadik pelacur
Imah ngan yati : mak selalu minta duit tiap-tiap bulan. keja shampoo girl tu mana cukup. adik beradik kita orang ramai.
Aku : mak korang tahu ke kau keja apa?
Imah ngan Yati : tak tahu


Peringatan bagi mak bapak, bila kau dah besarkan anak , jgn harap balasan. Anggaplah itu dah satu tanggungjawab kau. Kalau dorang bagi duit, itu satu bonus. Siasat sikit anak korang keja apa kat bandar ni.

Aku berpindah ke United Plantation, keja apa korang tak payah tahulah.3 tahun aku kat sana. Kat sana aku jaga berpuluh-puluh bangla potong kelapa sawit. Tapi Bangla ni tak sedar diri, dia asyik cakap , dia kat bangladesh kaya, datang kat sini kita orang tipu dia. Bila aku dah maki dan halau dorang.Baru mulut dorang diam.Aku suka tinggal kat sana. Rumah cantik , semua percuma. Anak aku pun ada orang jaga.

Peringatan buat KP. Kebanyakan dorang suka menjual diri kat bangla-bangla atau kat apek jual ikan, supaya dorang punya hutang langsai. Lagi best ngan bengali jual carpet.Norli, kuli yg aku jaga tu siap ada anak luar nikah ngan bangla. Aku tak tahu bila dorang nak sedar, aku nasihat je, tak nak dengar tak pe.

tahun 00an

Buat kawan aku yang ada jadi perempuan simpanan datuk tu . cukup-cukuplah, dulu aku tanya kenapa jadi simpanan, dorang cakap nak kumpul duit . Banyak kawan-kawan aku yg jadik GRO ngan pelacur pun bagi jawapan yg sama. Ko tahu beb bila kau dah dapat duit banyak, ko takkan berhenti punya, sebab kau nak cari dan cari lagi. duit senang dapat cepat habis. Ko tahu bila kau dah tua datuk cari yg muda.Tapi aku tak nak jumpa korang dah kerepot masih jual diri kat chow kit. Masa tu aku babab bontot kau. (manja).

Peringatan buat mak bapak selalulah, hantar anak korang kat tempat seperti raudah, contoh supaya mereka dapat tauladan kat sana. Ini tidak nak hantar tempat baik-baik je. Ari tu aku kenalkan kat kawan aku tempat tu, lepas dia hantar anak dia, dia marah aku. Tempat teruklah , banyak budak bawah umur mengandung anak luar nikah. Hello beb ko nak hantar anak kau tempat baik, apa pengajaran yg dia dapat. Aku lebih suka hantar anak aku kat tempat mcm tu, nanti dia takut sikit nak buat benda tak baik.lu pikirlah sendiri.

The moral of the story ngan kisah aku kat atas, aku tak kisah nak berkawan ngan sesapa. Hello beb , bukan kita yg menentukkan jahat baik seseorang.Hanya Allah SWT yg mengadili mereka.

Diri kita tak tahu mcm mana lagi, tapi satu aku tak boleh masuk ngan orang talam 2 muka atau suka sampai-sampai ni. Itu kalau aku dapat aku rotan bontot dia beratus kali. Aku harap satu hari aku jumpa dapat jumpa lagi ngan dorang yang aku ceritakan ni.

Friday, November 20, 2009

Aku sedeh dan marah



sorry ecah copy gambar kau. Aku teremosi sikit.





Memang dasar manusia pandang luaran .Kenapa manusia semua sama, mentang-mentang pau ni besar dan tak de inti.orang tak nak ambbik.cuba kalau ada inti sedap. berebut .Ini dari baking school tempat aku keja.



Aku pung sama.he he he he

Fatt Chin Choy buat aku geram







Cari perbezaan gambar di atas. memanglah orgnye sama .tapi versi lain. Tapi stephen chow ni memang aku minat gila. korang jgn marah ye, minggu ni minggu artis.

Ceritanye begini , pada satu hari aku menjumpai satu blog, aku tak ingatlah nama blog tu. Aku saje je tengok follower dia, aku cam heran je ..tiba-tiba aku ternampak satu follower dia sorang artis Hongkong ni.

Biar bebenor, aku gosok mata aku sekali lagi, takkan yelah Stephen Chow nak follow blog dia. kalau blog cino aku percayalah gak. ni blog org melayu. Kalau betullah stephen chow follow blog dia, aku bunuh diri terjun dalam perigi, perigi buta je.

Aku pun cam tak puas hati gak, korang tahulah aku memang minat gila ngan dia, kalau tengah tengok filem dia, sanggup kalau sakit perut nak buang besar, aku postpone.

Aku pun click follower tu , muncullah blog ni Fatt Chin Choy ,

Sib baik bukan stephen chow, rupanya Fatt Chin Choy guna muka Stephen Chow.

The moral of the story, Selain dari Stephen Chow, aku jadik minat gak ngan Fatt Chin Choy. bukan minat org , baca blog dia. Aku ni kan tak suka cerita serious ni. Lagik kalau tengok cerita hantu aku boleh ketawa. Tapi kalau tengok hantu depan mata, aku larilah.

Thursday, November 19, 2009

Aku minah rock



Zaman 80 an aku minah rock. Aku ingat masa tu pada tahun 1986, aku tinggal asrama. Sanggup curik-curik keluar kerana band 3 org ni. Masa aku dengar dorang nak buat show .ahhh ahhh jangan salah paham, dulu dulu bukan kat stadium tau. funfair.Dulu funfair famous. masuk baru 2 ringgit.





Aku ngan rapat 3 orang.Musalmah, poziah ngan noorfaini. dorang semua tidur umah aku kat port klang. tengahari balik sekolah menyelinap keluar ngan budak-budak yg tak duduk asrama. Lepas menjelajah greet wall kelang, sekarang dah tak da, dah jadi taman bunga. Petang baru sampai umah, Tadi beli sikit barang nak prepare. nak tengok konsertlah katakan.Dulu kita orang semua betino, no no no jantan. korang zaman aku kan tahu .gelang-gelang rock besi tu.yang sampai kepangkal lengan. rambut biasalah alah -alah pelakon cina zaman 80 an.Dulu aku kan minat cerita police cadetlah. Do Do Cheng peberet aku. apalagi rambut taruh spray sekatilah. kasih buat ramors kat depan. Aku minah rock, ada tapi tu, pakaian artis hong kong.skirt labuh tu.



Korang ingat kita orang naik bas ke. sanggup jalan kaki jauh, dari umah ke kompleks sukan pandamaran. nak jimatlah katakan, bukan ade duit pun, janji lepas duit ticket funfair jadilah.
orang punya ramai tak tahu nak cakaplah, mcm konsert LINKIN PARK. apalagi pukul 8 malam, selepas ketiak berpeluh, ngan ramors dah jatuh baru sampai padang funfair. Tapi yang paling aku teringat sampai sekarang, amy search lalu depan aku.alah mak felling habis. seluar dia punya ketat sampai tak boleh masuk angin .tak tahan aku seluar belang-belang putih hitam. Aku rasa seluar tu mesti dia dah buat lap kaki.

Aku minat gila gak ngan Joey Bumiputra rocker ni. ngan lagu KEUNGGULAN CINTA.... aku tak nak teruskan., nanti dorang tak boleh cari makan.

Aku minat sasau ngan Ella and the boys gak, itu dulu , menjak dia mcm feminin aku jadik mcm loya loya sikit.kalau funfair mesti 3 band ni ada. Kalau Ella tengah nyanyi baik korang ketepi, habis muka korang kena hayun ngan rambut dia. Dulu style dia mcm tu sikit kena libas-libas rambut. Alah kening dia dulu toksah cakaplah , tebal gila , kalau cantum boleh jadik carpet sekeping.

The moral of the story mana dorang sekarang ye.Kenapa dorang tak nak kekalkan konsep dorang ye.

Lagi satu the moral of the story aku ngan laki aku satu kepala , kepala rock. sekarang aku ngan laki aku layan Linkin park plak. Habis tu search, Bumiputra rockers, ella and the boys dah tak de.

Wednesday, November 18, 2009

Kenapa nak hipokrit ? sambungan


info group samtaj72

Salam Dato' dan semua sahabat,

Ini berkenaan semalam, saya bersama Dato' minum pagi di sebuah gerai, semasa hendak membayar
minuman tersebut saya terlihat ada dua gerai yang menjual pau, jika tidak silap satu pau tersebut di tulis
Pau Al-Ain dan satu lagi Pau Ahmad.

Secara spontan saya teringat, sewaktu pejabat saya di Bandar Teknologi Kajang, Semenyih. Semasa itu saya
dengan seorang lagi rakan perniagaan Ustaz Ridzuan cuba mencari rakan-rakan bagi membangunkan pasar
malam
IKS di sekitar bandar kajang, bangi dan semenyih.

Semasa sedang mencari-cari rakan-rakan untuk membekalkan produk-produk halal kepada usahawan pasar malam
tersebut terlihat dek kami kilang membuat pau iaitu PAU AHMAD. Dengan selambalah saya dan Ustaz Ridzuan
masuk kekilang untuk berkenalan dengan Ahmad tuan punya kilang. Bila masuk je yang menyambut kami adalah
seorang perempuan Melayu yang bertudung labuh, alhamdulillah dapat lagi seorang usahawan melayu yang agak
famous juga sebab dah beberapa kali bila berhenti di R&R saya makan pau AHMAD nih.

Perempuan Melayu nih bertanya kepada kami nak jumpa siapa? Dan kami maklumkan kepada beliau yang kami
nak jumpa Boss, dia agak hairan maklumlah Ustaz Ridzuan nih pakai serban dan saya pula bertali leher.
Perempuan Melayu nih jawab, Boss tak ada di pejabat dia dah keluar dan kami minta kebenaran masuk ke kilang
nak tengok, tetiba keluar seorang perempuan cina yang kemudiannya kami tahu rupanya dia adalah pengurus kilang.

Kami jadi was-was kenapa pula kilang macam nih ada pengurus cina dan kami di bawa masuk ke pejabat yang
mana pandangan saya dan ustaz Ridzuan terpandang kepada Tok Kong yang ada dalam pejabat tersebut dan
semua pekerjanya (ofis) adalah cina. Kami kembali bertanya kepada pengurus cina tersebut, En. Ahmad pergi
kemana? Dengan selamba dia maklumkan kepada kami bahawa En. Ahmad bawa Boss keluar.

Kami lagi bertambah konfius, wah kalau Ahmad bawa Boss siapa pulak si Boss nih? Kami bertanya lagi
itu Boss sapa nama? Alamak.... Boss Ah Chong rupanya... Istifar panjang Ustaz Ridzuan. Rupa-rupanya
Pau Ahmad diambil sempena nama Driver dia. Aduh terkena lagi sebiji...








Kenapa nak hipokrit ?

Salam.. saja nak share..

Hari tu ada tgk dokumentari kat NTV7 dlm bhs cina.. ttg bagaimana usahawan cina nak berjaya kat M’sia ni... Rancangan tu interview taukeh PAU AHMAD.. mmg terkejut la tgk dari boss sampai pekerja yg buat pau tu semua bangsa cina.. Mainpoint yg rancangan tu nak highlight dari taukeh PAU AHMAD ni.. dia kata nak berjaya kat M’sia ni simple ja.. kena produce produk yg dapat status Halal. Kalau tak rugila, coz penduduk sini ramai Islam & sentiasa cari produk Halal.. Satu lagi kenapa guna nama Ahmad.. dia kata senang nak ingat & nama tu nama Islam… Ntah la.. rasa nak marah pun ada… rasa tertipu pun ada… tapi kebanyakan produk yg dpt status halal kat M’sia ni mmg pengasasnya Cina. So.. kita kena lahirkan ramai lagi usahawan Islam.. Bumiputera yg boleh hasilkan produk berkualiti…

info group samtaj72


Monday, November 16, 2009

Review Club Blog-Blog Bicara Sempoi



Aku ingat masuk ni dah 2 kali aku dapat message yg sama. Ari ni tergerak hati plak nak buat review pasal Club B;og-blog bicara sempoi ni. mailah kawan-kawan jadi member club ni.tak bayar apa-apa pun, cuma buat review pasal club ngan isi form .




Blog ini adalah menyenaraikan blogger-blogger dari Malaysia. Dimana setiap list-listnya mengandungi entry2 terkini yang di update oleh blogger sekalian. so sapa yang rajin update akan berada di ranking teratas!. Aku sengal jarang update, takde modal nak update . selain meningkatkan trafic ke blog masing-masing. aku rasa salah satu sebab boleh mengeratkan kita sesama blogger. dan aku suka dengan blog sempoi ini bila banyak ketengahkan sudut renungan dan penghayatan islamiyah. terima kasih

1.Pasang link Atau Banner Club Bicara Sempoi diblog anda
2.Buat Posting Review Tentang -Club Blog Bicara Sempoi- Diblog anda
3.Sedikit Ulasan Apa Tujuan Anda Buat Blog?

Siapkan 3Langkah Diatas Dahulu..
Kemudian isi Form .

kenapa aku buat blog?....

1) Selepas aku membaca blog Datin, sebelum tu aku tak pernah tahu pasal blog.Satu hari aku search sesuatu, tiba keluar blog datin.apalagi aku baca dan terus baca.aku jadi suka.dan teringin nak buat blog.
2) Saje je mengisi masa lapang. sekarang bukan masa lapang lagi. masa keja pun berblog.
3) Dapat berkongsi berbagai-bagai ilmu dan pendapat ngan kawan-kawan semua.

NOTA KAKI : Nak join ke? mailah link kat sini

Sunday, November 15, 2009

Tempat lama



Ari tu lepas balik dari ambik hadiah tu, aku singgah kat kilang lama. warong yg selalu aku lepak. dekat je ngan pejapat pos tu. warong ni warong mak fadilah sengal. ingat tak ari tu dia ada pegi mana-mana bergambar ngan patong din beramboi ngan aznil. Apalagi Firdaus interframe dulu .







Mak Fadilah. awet mudakan. masa aku pegi, dia tengah berborak ngan kawan dia pasal produk revell.



pokok besar ni Firdaus yg suruh ambik gambar.



Depan warong ni kilang lama aku, dah nak pecah dah. dulu tanah tu sewa ngan North port.



Firdaus tengah termenung. Apa nak buat selepas ni.



Fikir lagi



Fadilah sampai kena tutup muka ngan paper, gara-gara Firdaus tak bagi tengok dia mandi. Kalau tengok je , dia nangis.




Mak Fadilah kena duduk dalam pulak.



Aku kena cover , nanti dorang kata blog aku, blog porno plak. saksikanlah aksi hangat firdaus 18 sx.













Saturday, November 14, 2009

Terima kasih Karangkraf



Terima kasih majalah Rasa, tak banyak mana pun , janji aku tak payah beli pencuci tandas.kecik ke besar aku tetap publish. adil . betul tak.ari jumaat aku dapat kad berdaftar.rupanya dia hantar barang tu kat pejabat pos.





jeng jeng ni hadiah saguhati dia.pekat lagi handal. terima kasih karangkraf lagi sekali. nanti bagi hadiah banyak-banyak lagi ye.

Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina