Showing posts with label Tempe goreng cili. Show all posts
Showing posts with label Tempe goreng cili. Show all posts

Wednesday, August 8, 2012

Sembang-sembang pasal juadah berbuka puasa dan wishlist untuk Hari Raya 2012

Salam Ramadhan.................


Aku tak pernah menetapkan peruntukan perbelanjaan  persiapan hari raya setiap tahun. Namun itu tak bermakna aku akan berbelanja secara berlebihan. Dalam soal berbelanja aku suka ukur baju kat badan sendiri tapi soal kualiti sesuatu pakaian atau barang tetap menjadi  keutamaan buat aku  .Aku masih berpegang  pada prinsip  "alah beli menang memakai" *undilah saya sebagai menteri hal ehwal penguna*. syy sekarang ni saper menteri hal ehwal penguna kita. dasat betul aku ni itu pun tak tau .

wishlist aku  untuk hari raya 2012-ko mampu

1)sepasang baju kurung-tak payah time raya aku pakai kain batik ngan tshirt je -time raya tak menang tangan
2)kasut tumit tinggi-masa bila aku nak pakai tu?
3)langsir bilik -guna je langsir  dua tahun  lepas -kaler kuning gitu
4)Langsir Sliding door warna kuning-wajib beli  supaya sedondon ngan langsir bilik dua tahun lepas
5)kemeja, tshirt , seluar bermuda & seluar baju melayu  firdaus-setel, yuyi dah beli kat Australia ngan JJ-ko mampu seluar baju raya kat Australia,mak tak mampu.
6)pakaian yuyi ngan gula-gula hacks-sendirian berhad dia borong kat Australia hari tu.
7)seluar baju melayu suami-berlambak kat dalam lemari , semuanya kelihatan masih baru *nampak sangat pakai seluar baju melayu setahun sekali* Suami aku dia tau keja dan bagi duit  aku tukang beli pakaian dan barang apa patut . Yang bagus suami aku ni dia tak banyak bunyi dia pakai je seluar baju yang aku belikan untuk dia. Suami aku ni kureng  sikit  nak mengekor kalau aku & anak-anak  gi shopping .Dia anti sikit ngan shopping komplek.
8)Bab makanan  bab paling aku suka nak cite dah tentu-tentu dalam list aku ada rendang kambing, ayam masak merah, ketupat atau nasi himpit, kuah kacang, sambal sotong atau udang selebihnya akan menyusul kemudian.
9)Biskut raya -samperit dahlia, coklat chips, tart nenas, biskut suji. InsyaAllah akan terlaksana impian aku nak biskut raya tahun ni sekiranya Allah SWT mengurniakan kesihatan yang baik buat aku .

Berbalik pada cite juadah berbuka puasa ; menu berbuka  puasa kami bertiga hari minggu hari tu , masa ni yuyi ngan gula-gula hack dah balik awal .Aku cuma masak 3 jenis makanan  yang simple dalam kuantiti yang kecil

1)Tempe & ikan bilis  goreng cili
2)kangkung belacan
3)kari ikan cencaru
Tempe & ikan bilis aku buat goreng cili

Milo ais kurang manis maafkan akak  ye sekiranya tempe ni membuatkan hatimu terluka .la la la la. Kedekut okey aku hanya goreng sekeping tempe je bersama segenggam ikan bilis.Mulai sekarang aku nak belajar memasak 2 hingga 3 jenis makanan dalam kuantiti yang  kecil untuk mengelakkan berlakunya pembaziran.  Dan lagi satu aku  kurang  gemar nak memenuhkan  esbok aku ngan baki makanan yang tak habis dimakan bukan apa  aku perhatikan  orang-orang kat dalam rumah aku ni spesis tak berapa nak makan makanan yang diperhangatkan jadi , dikhuatiri baki makanan tu  akan  duk berbulan-bulan dalam esbok..
 Ikan cencaru ni yuyi  belikan untuk aku sebelum dia balik ke rumah  petang tu. Aku ambik ikan cencaru tu sekor yang besar untuk dimasak kari tanpa santan.Mulut suami aku yang agak bangkai  dia boleh cakap aku nak jimat cermat sebab tu masak sekor ikan je. "kalau aku pandai berjimat dah lama aku kaya raya,"balas aku plak. Lantak biar dia terbako saper suruh  membako aku.

Tempe ngan ikan bilis ni aku goreng guna cili besar  tumbuk. Masak ni main  lebur je tapi kena pastikan yang ikan bilis dan tempe tu digoreng dulu.Jangan lupa balancekan rasa manis + masin kalau  boleh tambahkan secubit serbuk perasa.
Kari ikan cencaru sama je ngan resepi kari ikan aku  yang lain , pilih je resepi kari ikan kat sebelah kanan blog aku ni.
Kangkung goreng belacan
Abaikan batang kangkung yang agak panjang tu. Kat  sebelah kanan blog aku  ada resepi kangkung goreng belacan ambik je jangan segan-segan.Cuma kelainan kali ni kangkung  aku goreng   mengunakan cili besar tumbuk.


Sekadar luahan hati

Samdol bila nak bayar hutang ni....................tulah aku dah kata jangan suka nak percaya kat orang dia tak nak dengar.lantak pi



Thursday, October 13, 2011

3 in 1, Rojak pasembor.

Salam hari khamis.....................


Nak makan rojak pasembor, tak? ha ha ha kan dah pia masuk dalam ini gambar, sapa suruh letak rojak pasembor. kah kah kah. Masa mula kenal pia , dari pengamatan aku dia ni orang yang sedikit sensitip, sekarang ni bila dah lama sikit bergelumang dalam dunia blog dia cam dah lali ngan perangai-perangai blogger, cerita kat blog dia pun dah banyak berubah,cerita dia dah lebih santai, baca pun seronok. Maafkan cik ina , ye sekiranya pengamatan cik ina tu salah.

Ini bermakna dia dah boleh tangkap apa yang pembaca kat luar mahukan. Sebenarnya berblog ni selain dari kita dapat ramai kawan alam maya, dengan sekaligus , boleh gak kuatkan mental dan fizikal kita dengan secara tak sengaja. Kenapa ngan mengapa?, boleh cite lenkali tak, aku nak cite pasal kisah hujung minggu yang tak habis-habis lagi ngan kisah malam tadi dulu ye. Rojak pasembor tu bermaksud hari ni aku nak cite bercampur-campur .larikkkkkkkkkkkk


Jom layan................


Menempe kita. Teringat plak dolu dolu suka tengok cerita kapten tempe.


Beli tempe dulu baru boleh menempe. Tempe seketul ni RM1. Bolehlah, layan RM4 sekali.


Hiris nipis-nipis, sapa yan tangan berseni tu bolehlah hiris nipis lagi, aku ni biasalah kerastangan.kah kah kah


ikan bilis dalam 3 gengam.Tengok gengamlah, kalau tangan gorila cam aku ni 3 gengam dah cukup, mana tau gengam korang bajet cam paris hilton, lebihkanlah sikit gengam tu.


Sila kira ye cili kering ngan bawang tu, basuh dan kisar kering.


Tempe tu goreng dalam minyak banyak dan panas.


Tumis bahan kisaran tadi sampai naik bau, kecikkan api ye. Buh air, kalau nampak cili terlampau kering. Bila Cili dah pecah minyak buh gula , sedikit garam ngan perasa. Kemudian bolehlah buh tempe ngan ikan bilis goreng tadi. Buh gula lebih sikit, tempe bolehlah tahan lama dan ranggup.


Jeng jeng mesti ada .


Simpan dalam bekas kedap udara.

Layan kisah hujung minggu kat rumah yuyi plak.



kanak-kanak ngan air tak dapat dipisahkan cam irama dan lagu. Tetiba je aku geram kalau kat rumah Firdaus ni suka sangat main air, sepuluh kali kejap masuk bilik air, macam -macam alasan yang dia bagi, janji dapat gi bilik air. Ambik ko rendam lama-lama sikit kat dalam kolam tu.


Masak kat rumah yuyi masak lomak cili api pedas ngan cendawan .


Titik serai 5 batang
10 biji cili api kisar ngan 1/2 inci kunyit hidup. Masak lomak cili api yang sebenarnya tak payah bubuh bawang ye. Asam keping sekeping.lain macam je bunyi ayat tu.kah kah kah


Cendawan ? (nama pliss aku tahu plak nama cendawan ni) sepaket



Cara yang paling betul masak lomak cili api ayam atau daging, kita kena kecutkan ayam atau daging tu ngan cili kisar & serai, kecikkan api ye masa mengecutkan. Dah agat kecut mecut buh santan dari 1/2 biji kelapa. Tengok anggaran ayam ye, masa aku masak ni ayamnya separuh. Tembokkan kuah selalu supaya tak pecah minyak. Last sekali jangan lupa buh cendawan ngan asam keping. Kalau ska boleh buh sikit lada hitam.



Jeng jeng , Ayam masak lomak cili api ngan cendawan. maaf ye visual tak memuskan hati.kah kah kah


Kangkung goreng ikan masin.




Berjumpa lagi dilain rancangan , cik ina bizi hari ni, nak gi tweet retis-retis.kah kah kah

Tuesday, September 13, 2011

Tak percaya cinta

Selamat tengahari cikgu................

Lega perut dah kenyang makan nasi ngan sambal telur.Dah kenyang baru boleh sembang-sembang. Lebih lega bila dapat buang komen anonymous tu, ntah kenapa terasa lapang je dada ni. Bagi nak membako dada anoy tu dengar pesanan maut ni "suka hati akulah nak cerita apa pun sebab ini blog aku bukan blog ko". Kalau tak cukup nampak pegi pakai cermin mata .Hati kalau tak busuk tak boleh ke?, dah lama hidup ye. Kalau rasa dah tak suka nak hidup lama, panjat pokok kelapa sampai atas, lepas tu terjun.

Kalau sianoy tu betul  ikhlas nak mengomen tak pe, tapi kerap sangat komen dia yang menyerlahkan kebusukan hati, ketidakpuasan hati dan seangkatan dengannya pada blog ni. Tak pe nasib baik aku amalkan prinsip orang baling tahi, aku baling bunga, wah hebat hasilnya, berpasu-pasu bunga aku dapat(duit iklan).

Petang semalam lepas balik keja terus makan kat luar . Order tomyam , kailan goreng ngan nasi putih 2 pinggan je , sebab  Firdaus tak nak makan katanya. Aku paksa gak dia makan, nanti balik rumah tak payah  nak masak nasi ngan lauk pauk bagai. Dekat nak separuh nasi gaul kuah tomyam ngan kailan goreng ikan masin habis dia makan.Habis tu aku cam mana, pandang je sambil kesat air liur..

Sebelum balik cari tempe kat kedai runcit , kononnya nak buat sambal ikan bilis tempe goreng cili.Jangan marah tempe lagi...............

Lebih kurang kat kul 11 malam, aku tengah sibuk  mengoreng tempe, Firdaus plak jalan-jalan cari pasal nak makan nasi lagi. Aku plak kemalasan nak basuh periuk nasi, lepas tu kalau masak nasi sikit cepat plak berkerak . Apalagi mengukus nasilah jawabnya.



Firdaus cari ulat nak makan kalau tak dapat makan nasi.geramkannnn



nasi kukus dah masak.


Muka puas hati dapat makan nasi akhirnya bersama telur goreng & tempe/ikan bilis goreng.



Inilah hasil tempe /ikan bilis goreng semalam.sila muntah ye, dalam minggu ni je dah 3 kali cerita pasal tempe goreng. Tempe goreng ni boleh buat backup food. cam tak pernah dengar je perkataan tu.



Pagi tadi masak telur sambal campak-campak. boleh. Balance sambal dalam kuali gaul ngan nasi, nak bagi kak limah.ambik ko makan ni je.Ekonomi hujung bulan ni cam tak berapa baguskan sebab dah banyak habis duit mengelilingi eropah raya hari tu. paham-paham sudah, sila bawak bekal.



Kacang panjang goreng , simple je goreng ngan bawang putih campur ikan bilis.



Sambal telur versi hujung bulan.



Abaikan tajuk cam orang kecewa cinta, tapi sebenarnya idak saja nak mengenang Liyana Jasmay artis kesayangan. Liyana jangan lupa kalau nak ambik backup dancer panggil cik ina ye, boleh gak tambah wang saku.

Wednesday, September 7, 2011

Masak paling terror

Salam lebaran...........................

Panasnya cuaca sekarang ni, malam tidur mesti nak terjaga-jaga. Aku je panas , Firdaus ngan suami tak de perasaan pun. Heranlah dorang berdua ni boleh tidur lena ngan berbaju cam nak gi opis terutama suami aku siap berseluar jeans ngan t-shirt berkolar. lemaslah.Perempuan panas cam mana pun kenalah berbaju.

Semalam cari tempe sebab nak buat tempe goreng cili cam hari tu, tapi kali ni suami beli sampai 5 ketul. Oleh kerana dia nak makan sangat tempe goreng cili, dia kenalah makan maggi je semalam. Statement yang tak boleh belah , suami puji aku pandai masak maggi. Nak terbahak -bahak dalam hati "masak lain tak pandai ke"?

Jom layan resepi maggi kari...............apasal nak ketawa? masak maggi pun ada yang tak tahu tau, lebih lagi yang nak buat maggi lebih dari sebungkus. Dari Mesej inbox ramai pembaca yang mengadu tak pandai agak nak letak air banyak mana bila masak lebih dari sebungkus. Dorang ada gak tanya, boleh tak buat mee segera goreng guna mee segera yang biasa. Selalukan mee segera goreng kat bungkusannya tertulis mee segera goreng.Nampakkan aku bajet femes cam Jafar on.


Jom ahh layan cara paling senang nak goreng mee segera. Mee segera goreng ni guna maggi kari.




3 biji bawang merah hiris, cili besar sebiji hiris ngan sedikit ikan bilis,2 biji telur dan sedikit sawi .



Celur mee segera dalam air panas sampai kembang angkat terus cucurkan sebentar bawah air sejuk. Gaulkan terus perencah kari hingga sekata ngan mee tadi dan ketepikan. Dalam kuali tumis bawang hiris sampai naik bau, kemudian masukkan ikan bilis, cili besar . Pecahkan telur, biar 3-4 saat, masukkan sawi diikuti mee tadi. Kacau sekata kemudian angkat hidangkan ngan semangkuk kecik hirisan cili api yang dibubuh kicap cair.



Jeng jeng maggi kari goreng makan panas panas sodap.

Jom layan maggi kari rebus masak malam tadi...............



2 biji bawang merah hiris, sedikit ikan bilis dan sayur.



3 bungkus maggi kari ngan 3 biji telur. Selebihnya korang tahu kan cam mana nak buat. Kalau buat lebih dari sebungkus , sukatan air gunakan mangkuk yang biasa korang pakai tuk buat sebungkus maggi. contohnya kalau buat 3 bungkus, korang masukkan 3 mangkuk air guna mangkuk yang serupa .



Sedapkan.



Makanan malam tadi gak jagung rebus sedap, sekarang ni dah habis Firdaus kasi habis.



Budak nakal tengah makan maggi.



Lepas maggi jagung plak.



Mandi salin baju tolong aku basuh pinggan, kata nak makan tempe goreng, haruslah buat keja rumahkan.



Jumlah 5 ketul maksudnya RM5



Habuan basuh pinggan, tak sabar nak tunggu sejuk.



Lenkali time raya tukar conflake madu ngan tempe goreng cili boleh. Sapa yang tak suka tempe mesti nak hentak atau sepak kepala aku sekarang ni.


Okeylah nak gi makan, jumpa lagi ye.................

Monday, September 5, 2011

Resepi pilihan berbuka puasa-Tempe goreng cili

Salam lebaran...............

Pejam celik pejam celik dah 7 syawal. Cam mana sambutan raya korang, mesti best.Biasalah kalau dapat bercuti ngan keluarga tersayang semua orang happykan.

Semalam aku memang sibuk sikit sebab ada orang datang , masak rendang ayam ngan nasi himpit lagi sebab masak masa raya tu dah habis. Dah terbiasa , walaupun dah seminggu raya kalau keluarga terdekat datang aku hidangkan makanan berat cam nasi himpit , kuah kacang ngan rendang ayam.

Masa suami belikan barang tuk masak rendang ayam, aku tengok dia beli sekali tempe. Aku dah agak mesti dia nak makan tempe goreng cili yang selalu makan masa bulan puasa. Tempe goreng cili yang dia makan tu bukan aku yang buat , beli kat bazar ramadhan area rumah yuyi.

Suami aku tak suruh pun, tapi paham-paham sendirilah kan. Cian plak mana nak cari masa raya ni tempe goreng cili, gigihlah semalam aku.Jom layan resepi tempe goreng cili versi aku ni boleh tahan lama dan kurang minyak.

Beli tempe yang dalam plastik senang nak hiris nipis.



Hiris nipis masuk dalam tapis gaul ngan garam. Jangan ramas ye masa gaul garam tu, takut pecah.



Hiris nipis cam ni.



Ikan bilis buat syarat semangkuk kecik.



cili kering 10 tangkai, seulas bawang putih , 4 biji bawang merah dikisar kering.



Goreng tempe dulu kemudian diikuti ngan ikan bilis dalam minyak banyak dan panas.



Angkat tempe dan ikan bilis goreng , sejukkan.







Tumis bahan kisar guna api sederhana hingga pecah minyak.Kalau kering sangat buh sedikit air.Buh asam keping, gula, sedikit garam ngan perasa. Masa menumis buh lebih minyak , sebelum masukkan tempe ngan ikan bilis goreng aku buang lebihan minyak tu supaya tahan lama. Nak bagi lebih tahan lama , buh lebih gula. Sejukkan , simpan dalam bekas kedap udara.




Penangan Firdaus mengudap sambil tengok tv , tinggal separuh botol tempe goreng cili ni.


Jangan lupa sapa yang berminat boleh cuba kat rumah ye. Rasanya tak menghampakan. Boleh buat kudap-kudapan atau makan ngan nasi panas.


Akhir sekali aku nak ucapkan terima kasih tak terhingga pada Mak dara terdiva dan adik izan yang sudi melayang kad ucapan Selamat Hari raya . Kad dari izan baru je terima hari ni. Sayang korang semua yang sentiasa ingat kat cik ina ni.


Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina