Showing posts with label kisah Jiran. Show all posts
Showing posts with label kisah Jiran. Show all posts

Friday, December 23, 2011

Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa- terselit resepi sekali : )

Salam hari Jumaat................


Orang berbudi kita berbahasa , orang memberi kita merasa"tiap-tiap pemberian orang hendaklah dibalas dengan pemberian; kita harus tahu berterima kasih.. Terima kasih itu ertinya mengucapkan syukur (kerana menerima sesuatu). Ada juga yang mentafsirkan Terima Kasih sebagai kata-kata dari hati yang bermaksud, Terimalah pemberian saya tanda kasih seorang insan buat insan yang lain…

Orang melayu memang terkenal ngan adab sopan santun, bahasa lemah lembut dan budaya yang indah. Jangan berat mulut nak ucapkan terima kasih bila menerima pemberian dari orang lain. Kalau ada rezeki lebih tak salahkan , kita membalas pemberian orang , ye dak.



ini bukan pokok petai ye .kui kui kui

Tanah pun pandai membalas budi , ye dak.

Pemberian jiran sebelah , petai dan limau nipis , dia rajin bawak hasil dari kampung sesekali balik.



Arwah ayah kata, kalau petai tu matanya besar kita panggil kerayong. Entahlah aku pun kurang pasti, setahu aku petai mata kecik ,dipanggil petai belalang.



Limau nipis ni suami keja kan buat air limau.

Bawang merah kecik pemberian dari jiran gak, bawang ni dia dapat dari mana aku kurang pasti.



Aku memang suka guna bawang merah kecik ni, kalau buat bawang goreng wangi ,bawang tu hiris nipis-nipis, gaul ngan gula sikit, kemudian goreng dalam minyak panas.



Arwah mak , suka buat jeruk petai, dia rebus petai ngan kulit sekali, kemudian petai tu dikerat , masukkan ke dalam botol yang berisi air garam yang dikacau ngan air panas. Ada orang yang picit keluar isi petai tu lepas merebus, arwah mak tak , dia suka makan isi petai ngan kulit sekali, dia kata buat ubat.



ikan cencaru goreng ni, hasil tangkapan suami & geng, jarang dapat cencaru, dulu adalah sekali, suami buat ikan cencaru steamed.



Petai selalunya aku goreng dulu sebelum buat sambal sebab nak kurangkan rasa pedau dan bau petai.



Petai pemberian jiran tu aku buat sambal ikan bilis petai .



Bukan setiap orang yang memberi tu minta kita balas, kita kan orang melayu penuh ngan budaya indah , kalau boleh kekalkan lah peribahsa , orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa ; bahasakan menunjukkan bangsa : )

Wednesday, December 29, 2010

Binawe

Setiap pagi, cam biasa tunggu Dolly parton,(ini gelaran baru dia , sebab dia buat contest bobis), kat rumah mak mertua dia flat 8 tingkat. Sementara tunggu dia datang, aku anak beranak(simanja & simontel) bersembang mak Alang kat bawah kaki lima flat, secara tiba-tiba, nampak satu barang melayang dari atas. Nampak cam tali pinggang. Aku pandang atas, nampak ada tangan duk menjulur kat tingkap tingkat 5, nak buang barang lagi.Kali ni, barang tu mencapai sasaran, jatuh kat atas bumbung rumah, tingkat 3 . Aku pun pergilah tengok, rupanya, tali pinggang.





Tali pinggang dirakam dalam berbagai aksi.Tak boleh belah corak dia.Kalau diamat amati tali pinggan kotak-kotak cam ni, Indon ngan bangla je pakai.

Binawe ko, kalau buang tali pinggang branded, tak pe gak. Ni hampehhh punya. Apasal depa ni, tak de sivik betul.Masuk ni , tempat yang sama , dah dua kali aku terkena.Hari tu buang plastik air, sipi je nak kena kat aku. Nasib baik aku rajin gak tengok cerita Jet Li, aksi menangkis serangan musuh, dapatlah dipraktikkan, masa emergency cam ni berlaku.

Aku dah marked , rumah sipembuang tali pinggang tu. Tingkat 5, no berapa boleh cari. Janji dah tahu barisan rumah tu. Bukan apa, kalau sipembuang tu melayu, aku cincai, kira settle. Siap ko, kalau Indon atau Bangla, aku pulangkan tali pinggang kotak-kotak tu kat dia balik.Melampau , otak tak de, tong sampah ada, tak tahu nak guna.

Ini selalu, aku nak cakap, perlaksanaan menghukum orang yang buang sampah merata-rata ni kena dikuatkuasakan.Kalau tidak bermaharaja lela dorang ni. Ini tidak, mana yang ada letak tanda "Jangan buang sampah, denda RM5,000(ye ke, aku pakai bubuh je ni) kat situlah aku tengok, dorang longgokkan sampah. Tak pernah lagi aku dengar , orang naik mahkamah turun mahkamah, sebab kesalahan buang sampah. Cuba denda sekali, mesti insaf punya.

Cakap pasal Bangla ni , memang aku tak boleh ngam dari kerja estet dulu. Muka dia , cam muka nak makan penampar je. Aku bukan benggang sesuka hati, benggang dorang cakap berlagak sangat. Dulu masa aku jaga dorang kerja estet, 24 jam dia cakap kat aku, kat bangladesh dia kaya sangat, datang sini orang Malaysia tipu. Nak bernanah telinga aku dengar cerita tahyul tu, senang je cara, nak tutupkan mulut dia. Aku cakap cam ni je," u kata, u kayakan, sekarang lu balik Bangladesh".Angkat lu punya kain baju semua. Tak nak cerita lebih pasal bangsa asing, panas hati dengar. Aku ni, pencinta tegar Negara Malaysia.





Pagi tadi, selepas kejadian, Babai!!! babai !!simanja ngan simontel.



Senyum tapir : Aku memang pencinta tegar Malaysia dan bahasa Melayu.

Wednesday, September 29, 2010

4 cerita dalam flat yang sama

Hari ni keluar seawal 7 pagi, selalunya tak adalah seawal ni. Oleh kerana aku menumpang jiran depan rumah yang kebetulan keluar pukul 7 dan lalu pun di flat 8 tingkat ni, jadi aku tumpang sekali.Selalunya laki aku yang hantar. Aku sampai situ 7.10 awal sangat, CT Fad datang lebih kurang pukul 7.40 pagi, jadi aku ada masa beberapa minit.





Jarang sangat aku meninjau -ninjau kawasan flat ni, sebab selalunya bila aku sampai, ct fad pun dah sampai.Aku memilih untuk makan disatu warung perempuan melayu kat bawah flat ni.

Sebelum sampai kat warung tu, terkejut aku mendengar perempuan menjerit dari atas flat

Perempuan tu : Tolong carikan coli mak, semalam mak gantung kat tombol pintu ni.

Sampai kat bawah dengar dia punya jeritan , teringat pelak kat arwah mak aku, jenis lepas pakai coli campak kat merata-rata.esok bila nak pakai, kita orang yang jadi mangsa mencari coli.senyum sendiri.





Cerita pertama

Aku memilih nasi himpit bersama kuah lontong ,telur goreng ngan sedikit kerang sambal.Selalunya kalau makan lontong aku tak suka letak kuah kacang, tapi dia dah letak dulu , nak buat macam mana?. lontong selalunya aku makan sebulan sekali, tak berapa minat.Lepas makan perut aku memulas-mulas. Itulah kalau masak kuah kacang, kacang tu kena goreng betul-betul.kalau kacang lemu mesti perut jadik memulas-mulas.




Cerita kedua


Dekat warung tu aku nampat trolley pasaraya.Patutlah kawan aku yang jadi manager kat econsave, selalu mengadu kerugian besar .pelanggan beli barang , bawak balik sekali trolley. Janganlah dajal cam tu sekali.




Cerita ketiga

Bersebelahan warung tu ada warung roti canai.Bila aku hampir kat warung tu, bini mamak tu tanya aku.

Bini mamak : Adik, tak nak minum ke?

Aku : Dah minum kat sebelah

Bini mamak : Tak lama lagi saya ada jual nasi lemak special.warna nasi tu kelabu sikit.kat sini tak de nasi lemak cam tu.

Aku : kat mana ada nasi lemak cam tu

Bini mamak : kat melaka je. Saya jarang beli kedai sebelah , kuih dia tak de rasa apa.

Aku : ye ke ? saya tak beli kueh .pernah beli nasi lemak je. Aku ni kalau dah borak lama , tak beli apa-apa.segan.beli 3 keping roti canai kuah dal. baru nak cau.

Bini mamak : sabtu ni jangan lupa saya jual nasi lemak special tu.





Cerita ke 4

Roti canai special mamak tu .kuah dal berwarna hijau.khe khe.


Senyum kambing : Banyak orang kata zahida rafik tu kaya, sebab supply barang kat pasaraya giant.betul ke?


Monday, September 27, 2010

Pinjam dan minta



Banyaknya dugaan yang terpaksa aku tempuhi semenjak kebelakangan ini.Segala dugaan tu aku boleh tempuhi ngan relax. Bagi aku dugaan hidup ni, seperti makan cili api , makin pedas makin sedap.Hanya satu dugaan yang aku rasa begitu susah nak handle, bila dapat teman rapat , jenis suka meminjam. Barang yang dia suka pinjam barang rumah contohnya cili, asam jawa dan lain-lain. Semalam memang dia betul-betul membuatkan aku benggang, dia nak pinjam belacan. Macam manalah , aku nak cakap tak de, sedangkan belacan tu ada kat rumah aku.Aku jenis yang susah nak menipu, lelebih lagi kalau barang tu memang ada. Bukan aku tak nak bagi, apalah sangat belacan tu.Bukan pun mahal, kalau nak dibayar dengan harga sebuah persahabatan. Cuma aku tak suka, barang tu remeh sangat.Lagi satu teman rapat aku tu cakap pinjam, setahu kalau sesiapa pinjam contohnya belacan, sayur, garam atau yang sewaktunya, itu bukan pinjam tapi minta.Aku bukannya kedekut atau sombong, dah banyak kali teman rapat aku nak pinjam versi minta apa saja barang yang sepatutnya tak payah dipinjam.

Aku nak tahu sangat, kenapa kerap kali aku lihat orang yang berkeluarga kecil , suka sangat beli barang yang kecil-kecil.contohnya periuk kecil, kuali kecil, cerek kecil dan berbagai-bagai yang kecil.Kenapa orang yang berkeluarga kecil, tak boleh pakai barang-barang yang besar ke? Aku tak de lah marah, tapi yang selalu jadi mangsanya aku. Aku harap sesiapa yang berkeluarga kecil, beli je barang rumah seperti periuk atau kuali tu yang besar, sebab keluarga korang bukan bertambah kecil, bertambah besar.Bukan basi pun kalau simpan lama.Kalau esok anak dah dewasa, tak payah nak pinjam ngan orang, kalau nak buat apa-apa kenduri.

Berbalik kisah tentang teman rapat aku tu. Setahu aku, dia bergaji besar .Kalau setakat nak beli kawah, tutup sebelah mata pun boleh.Lainlah ngan aku , bergaji kecil, kalau nak beli barang pun kena kumpul duit dulu. Aku pun bukan kisah sangat, kalau teman rapat aku tu nak pinjam, tapi masaalahnya dia susah nak memulangkan balik . Pernah satu ketika dulu, masa adik perempuan dia nak kahwin, dia pinjam kawah dari aku untuk masak gulai daging. Cukuplah 2 kali je aku tanya bila nak pulangkan kawah tu, tapi jawapan yang aku terima menghampakan. Baru nak rendam kawah tu. Selepas setahun, aku datang kerumah tu lagi , nak tanya tentang kawah tu. Lagi beberapa meter sebelum sampai rumah tu, aku terdengar tangisan bayi. Aku panggil teman rapat aku tu, keluar sekali adik perempuan dia yang kahwin dulu, ngan dahi berparam dan berikat rambut ketat, seperti orang dalam pantang sambil mengendong bayi. Ya Allah , dah menimang cahaya mata rupanya.Cepatnye masa sekarang berlalu.Dalam tersenyum aku teringat, lamanya dia dah pinjam kawah aku tu. Aku nak ingatkan balik masa dia nak pinjam dulu , dia cakap nak pinjam atau nak minta?



Senyum kambing : Emak saudara pinjam gelang tebal kalau nak pergi kenduri kahwin jiran.

Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina