Showing posts with label nasi ayam. Show all posts
Showing posts with label nasi ayam. Show all posts

Saturday, March 3, 2012

pelik-pelik - menanti hujan teduh

Entah kenapa semenjak kebelakangan ni mood aku nak berblog dah tak macam dulu, macam tu jugak ngan mood memasak , seingat aku nasi goreng ikan sardin menu terakhir yang aku masak, itu pun masak  minggu lepas , dalam minggu ni sekalipun aku tak pernah masak lagi. Istilah malas masak dan berblog, sebenarnya jarang ada dalam kamus hidup aku, itu yang buat otak ni ligat memikirkan kenapa/mengapa/sebab apa datangnya malas tu. Apa yang pasti fikiran aku serabut  berpunca, bila mana opis aku nak berpindah ke tingkat 2, satu hal lagi semenjak pengurusan kat sini diambik alih oleh  bos baru,  suasana opis   tidak  semeriah dan seceria  seperti 16 tahun dulu  , terasa sangat  semangat aku nak bekerja semakin lama semakin pudar.................

Semalam susana sedih menyelubungi opis aku, tak de angin tak de ribut tiba-tiba je sorang bos tu meletakkan jawatan . Dia bukan setakat bos , dia jugak boleh dianggap sebagai kawan. Mahunya aku tak sedih, hampir 16 tahun kita orang bersama. Semalam hari terakhir dia kat situ , sebelum  balik keja aku jumpa dia sekejap, sebelum jumpa dia  aku  dah  janji ngan diri sendiri tak nak menitiskan air mata,  entah kenapa air mata ni mengalir jugak, tak sampai hati melihatkan  dia dalam kepayahan menahan sebak/ sedih sesekali  aku nampak  dia berpaling ke belakang untuk menyeka airmata.

ahhh tinggalkanlah pasal bos yang dah meletakkan jawatan tu, semakin dikenang, semakin sebak dada. Petang semalam  balik dari tempat keja,  hampir 5 jam aku terkandas dek hujan lebat. Sementara menunggu hujan teduh , suami ajak makan kat kedai  berhampiran dengan  tempat kita orang berteduh. Kedai makan tu dulu agak femes kat kawasan Port Klang ni, tapi semenjak kedai makan dah bersepah bagai cendawan tumbuh dimusim hujan, kedai tu dah semakin kurang di kunjungi pelanggan. Jangan salahkan pelanggan, kalau tak datang makan , jujur aku katakan  kebanyakan   peniaga melayu meniaga macam melepaskan batuk ditangga.






Nasi ayam yang nampak sedap tapi rasanya  agak mengecewakan. Jarang sangat Firdaus ngan suami tak habiskan  makanan, masa tu  dorang paksa diri habiskan semua makanan ,suami aku ni tak suka  membazir terutama nasi. Aku order kueh teow goreng,erkkk rasanya amat mendukacitakan .

Nampak tak kucing kat atas jenang tu? ,kucing tu nak turun takut sebab hujan lebat.Firdaus sibuk sangat ngan kucing tu.



Otak-otak makcik tu mengubat hati kita orang yang kecewa ngan nasi ayam, kueh teow goreng dan lamb chop.Terbaeklah otak-otak makcik tu, kata makcik otak-otak tu dari Johor bahru



Hujan semakin lebat ...........

Nasi ayam tadi tak cukup mengenyangkan aku order lamb chop, rasanya agak mengecewakan, tapi nak buat cam mana telanlah jugak sementara menunggu hujan teduh.


Nak mengisi perut yang kekosongan aku tapau 10 keping otak-otak . Bertuahlah orang Johor ye, dapat makan otak-otak yang sedap.





Semoga hari ni aku diberi kerajinan dan semangat berblog seperti sediakala.Terima kasih pada yang sudi menjengah blog aku walaupun aku tak de cite yang menarik semenjak kebelakangan ni. Minta maaf jugak kepada kawan-kawan semua sebab dah lama tak berkunjung ke blog korang. Firdaus sekolah ganti hari ni, sekejap lagi aku nak masak ,ingat nak masak yang simple simple je, masak sambal ikan bilis, telur dadar dan sup suhun ngan kentang.InsyaAllah

Thursday, December 22, 2011

Ada macam nasi ayam steamed kat chicken rice shop tak?

Salam hari khamis....................................

Kali terakhir kami makan nasi ayam steamed di Chicken Rice Shop , malam tadi kami makan sekali lagi , bezanya kali ni aku masak sendiri. Nasi ayam steamed memang peberet kami sekeluarga, nak makan kat situ selalu pun tak boleh, dah lah rega mafahalfal camfam cifilakafa , tak berbaloi sekadar makan nasi ayam dengan menu sampingan yang lain dengan rega semacam tu, tauke khinzir pun jual kandang. Kalau orang belanja aku tak tolak. kah kah kah.

Selama ni aku tak  masak sendiri nasi ayam steamed tu sebab belum ada confident, takut tak dapat menetapi citarasa suami yang dah kerap  makan  nasi ayam steamed  hasil air tangan mak dia yang korang sedia maklum , berbangsa cina. Masa hidang nasi ayam steamed tuk  suami malam tadi , jantung aku berdebar macam jantung peserta master chef yang sedang menunggu juri mengadili masakan dorang, panik dibuatnya. Bila tengok suami senyap je, makan ngan penuh perasaan, rasa lega lah sikit debaran tu.

 Kebanyakan orang cina ni, bab makan cerewet sikit , dorang mementingkan masakan yang sempurna rasa dan bau, contohnya suami aku, walaupun dia makan apa je yang aku masak, dia tegur gak kalau masakan aku rasa cam tak cukup bahan dan bau . Nasi ayam steamed memerlukan rasa bawang putih halia, kicap cair dan minyak bijan, kalau tak de salah satu rasa tu dalam nasi atau ayam, jawapnya tak cukup luluslah nasi ayam steamed tu.
Tak payah resepilah ye, banyak yang dah pandai masak nasi ayamkan?, aku bagi tip je lah ;




Tips tuk buat ayam steamed

1)untuk sup nasi ayam steamed perlukan bawang putih(pecahkan guna tangan tuk buang kulit bawang) ngan halia yang sedikit tua.

cara masak ayamnya ada dua keadah

a)merebus ayam dalam sup

b)steamed ayam lebih kurang 1 jam(ikut quantity dan saiz ayam) hirisan bawang putih, dan halia + sedikit air-kalau korang guna keadah steamed,untuk nasinya korang kena masak sup ayam.

tips untuk ayam nampak menarik dan bentuk badan ayam tak lari selepas direbus atau steamed, sejurus selepas mengeluarkan ayam dari periuk kukus, cepat-cepat  curahkan air sejuk dari peti ais kat atas ayam.

c)Gaulkan ayam tadi  ngan sedikit minyak bijan dan kicap cair sebelum dihidang.



Tips tuk masak nasi ayam

1)Sekiranya nak dapatkan nasi ayam yang menarik , sebelum masak nasi ayam, tumis sedikit beras di dalam minyak tumisan halia , bawang putih, bunga lawang dan kayu manis hingga naik bau, selepas tu keluarkan bahan tumisan, masukkan beras, kacau dalam minyak tumisan sekejap , guna api sederhana, kemudian baru masukkan air rebusan ayam tadi.




Tips untuk kuah cili dan kicap

1)kuah cili nasi ayam , adalah campuran cili merah besar + sedikit halia + bawang putih yang dikisar kemudian dimasak ngan sedikit gula , garam  dan sebelum diangkat masukkan  sedikit cuka atau perahan limau.

2)kicap nasi ayam , adalah campuran sup ayam ngan kicap cair.





Firdaus lupa diet malam tadi : )




Aku tau ada ramai yang kat luar sana tak minat nasi ayam steamed, setiap orang punya citarasa masing-masing, tepuk dada tanya selera.




Jumpa lagi dilain hari dan waktu, InsyaAllah.

Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina