Wednesday, December 2, 2009

Sembang Mak Long - mulut tempayan (part 1)



Hari ni aku nak cerita sikit, kawasan taman perumahan yang aku tinggal ,kedudukannya masih dikategorikan dalam kawasan kampung lagi. Jadi suasananya sejuk mata memandang. Sebelum aku duduk situ aku tinggal di kawasan setinggan. Jiran aku kebanyakkannya cina. ko tahulah cina ni suka buat hal dorang sendiri. orang kata tak busy body

Anak aku 2 orang tu (olin ngan Afis) memang tak tinggal ngan aku. Dorang lebih selesa duduk sendiri, aku pun tak kisah. Aku bangga gak dorang pandai berdikari. Setiap hujung minggu dorang datang makan, tak de pun aku datang umah dorang. saling kunjung berkunjung. Rumah pengasuh anak aku berhadapan ngan umah aku, tapi jauh sikitlah.

Yang aku tak paham, kisah anak aku yang tak duduk ngan aku semua jiran tahu, kenapa dorang ni dah tahu lagi suka nak tanya, selagi tak keluar dari mulut kita, aku rasa macam berasap je bontot dia tak puas hati. Ikutilah perbualan aku bersama-sama mulut tempayan di persekitaran umah aku dan janga lupa dapatkan tips untuk mengelakkan dorang menjadi mulut tempayan buat kali kedua.


Makcik rongak (jual nasi lemak) : mana anak ko, dah lama tak nampak. (masuk ni dah 3 kali tanya) termasuk semalam
(muka makcik korang cari ada dlm entry lama aku
Aku : senyum sinis ,( alah-alah tak berapa nak ikhlas) tak tahu ke?.
Makcik rongak : Tahu apa (sambil bungkus nasi lemak)
Aku : SiAfis dah lari dari umah.Yang siolin pulak dah mengikut pakwe dia duduk satu rumah.(cerita yang aku reka-reka bagi cerita jadik sedap) kalau tak sedap sirongak tu tak senyap
Makcik rongak : terus diam dan muka jadi alah-alah pink, terus bungkus nasi lemak. Esok dan seterusnya aku tak dapat soalan cepu emas dari dia lagi.

Korang tahu apa dalam hati makcik rongak tu tengah pikir.mai aku beritahu.

"apasal dia ni cakap mcm tu. aku punya mulut ni jahat sangat ke" sambil termenung, kalau tak taubat tak tahulah. Jangan lupa ambik tips tu. he he he he he he he
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina