Wednesday, December 23, 2009

Sembang Mak Long-Tips untuk mengelakkan bontot jadik lebar




Ni anak mak long yang paling kecik nak interframe.cermin mata beli kat Billion rega RM8.00 je.mcm mana handsome tak anak mak long?




Gambar karipap frozen yang aku buat sabtu ari tu . dah abis dijual semalam. gambar blur frozenlah katakan.


Ari ni aku nak bagi tips supaya mengelakkan bontot korang jadik lebar. Aku tahu kebanyakan korang semua keja kat opis, duduk je kan. Ni aku bagi tip, kalau hujung minggu tu rajin-rajin tulang buat kuih-kuih utk di frozenkan. Sambil buat makan sendiri, Boleh gak ambil kesempatan
jual ngan org terdekat. Agak-agaklah jgn kuih lapis ngan kuih kaswi ko buat frozen.ini memang aku terajang 18 kali.



gambar donut frozen aku , dah habis dijual gak semalam. biasalah gambar blur.baru keluar peti ais.





Ni donut frozen aku dah goreng subuh tadi. Untuk aku ,sebab dah lapar.




Pastikan kalau buat untuk frozen, goreng separuh masak(warna kuning) . bila sejuk letak dalam plastik.Kalau nak buat jual sertakan ngan gula sekali.




kalau karipap tak payah goreng, boleh frozen terus. Buat frozen senang, contohnya aku bagi pada diri aku sendiri.suami aku keluar kerja pukul 4 pagi. mana ada pukul 4 pagi org jual kuih bukak. jadik aku gorenglah karipap tu,kan senang.

Aku menangguk di air keruh, org kata alang-alang aku buat lebih, juallah sekali. Ingat tip aku tak nak bontot jadik lebar. Korangkan bekerja hari sabtu ngan ahad tu , semua korang frozenkan. jadik senin sampai jumaat tak payah ko susah nak masak. sambal belacan frozen, asam tumis frozen, ini cadangan aku je.Utk kesenangan korang gak.jgn plak goreng sayur korang frozenkan, mahu aku tolak korang dalam gaung.

Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina