Monday, December 14, 2009

Sembang Mak Long - Amal jariah (part 11)

Five Cent Hugs

Sorry member dah lama aku tak bersiaran. Aku busy , semenjak hospital jadik rumah no 2 ni susah. Biasalah ayah aku yang diabetes tahap gaban ngan naruto. Biasalah sembang maklong lagi.

Ini bukan sessi mengutuk, tapi mcm benggang je ngan siaran-siaran membantu-bantu org susah ni. cthnya mcm bersamamu, atau yang sesiaran mcm tu. Aku bukan apa mcm pelik je, dlm negara kita yang serba serbi moden ada yang tahap gaban susah gila , sampai buat umah dalam hutan. Sebab aku heran , dulu aku tahap gaban susah, sampai makan nasi ngan garam pun ada, tapi keluarga kita taklah di ajar sampai nak mintak-mintak. Masa tu aku ngan adik beradik sangguplah buat bisness kecil-kecilan. contohnya

1) kacang tanah tu kita orang goreng, buang kulit, lepas tu tumbuk-tumbuk alah kadar tumbuk lagi campur ngan gula pasir sikit. masuk dalam plastik lepas tu jual.
2) buat sagun.

Kadang aku pelik memang aku puji keikhlasan dorang nak membantu, tapi cara tu salah.Kalau dorang betul-betul nak membantu, bagi orang yg susah tu pekerjaan atau modal untuk berniaga.bagi peluang dorang dalam 2 atau 3 bulan. Tengok apa hasil yag dorang dapat. Tolong bukan dengan bagi beraslah, makanan , duit, sampai bila duit tu boleh bertahan.

Lagi satu ini bukan sessi cakap lucah. tapi , aku geram .Part pulak masa tu aku tengok rancangan tu. dialog yang best aku dengar

wartawan : dah lama tinggal kat dalam hutan ni. mcm kehidupan ngan tak de api air. (versi aku sendiri)
orang susah : nak buat cam mana. tulah minta dah masuk rancangan ni adalah orang kat luar tu
(anak 8, dalam perut ada lagi) membantu. terima kasihlah TV @#$ kerana sudi datang kat pondok buruk kami.
wartawan : keja apa selama ni ?
orang susah : keja ambik upah sikit-sikit. ni nak cakap sikitlah , yang sudi nak ambik anak kami jadik anak angkat, bolehlah.

Hairan bin ajaib , dalam umah yang tak berbilik dan tak berapi air pun boleh sempat tambah anak. betul geram je. aku kalau orang tu betul cacat ke, orang tua daif ke bolehlah nak dibantu.Ini aku tengah gagah perkasa, macho man, tapi tak larat nak buat keja.

Ini lagi satu kes, dulu aku pun pemurahlah gak nak bagi kat peminta sedekah kat pasar malam tu, tapi satu hari aku ngan laki aku pegi pasar malam, aku ternampaklah sorang cacat ni, aku pun hulurlah.laki aku cakap, tak payah bagi, mai sini kita menyorok kejap.kebetulan masa tu dah last pasar malam. betul cakap laki aku, ngan gagah terus bangun jumpa geng dia, terus naik teksi balik. Aku pun pegi pasar malam naik motor. Lagi best dia minta sedekah siap naik teksi tu.

The moral of the story, tak salah nak tolong orang, tapi dengan cara yang betul. Kalau aku jadik PM, kalau jadilah peminta sedekah , orang susah ni aku buat kilang khas ke atau keja kat ladang yg kerajaan pantau untuk dorang.biar dorang keja kat sana. Kalau dorang dah boleh survive, nak keja tempat lain, barulah boleh pergi. dorang nak basmi kemiskinan ngan cara robohkan rumah setinggan rupanya atau bagi beras subsidi. nak masak bubur hari-hari ke? kuang kuang kuang LU PIKIRLAH SENDIRI buat kata nabil

Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina