Friday, December 18, 2009

Kisah silam Aku, ogy ahmad daud ngan azmil mustapha




Ini kisah dulu masa tu aku form 5.Tak tahu zaman tu aku and the geng minat gila ngan ogy ahmad daud ngan azmil mustapha.kebetulan masa tu pelem suara kekasih nak keluar. geng aku 5 dah gedik-gedik telinga dengar.pikiran panjang akal nak melepaskan diri cabut lari dari asrama. geng aku,3 orang tu duduk luar, takpelah.


masa tu rancang nak tengok tu kat ampang park.first timelah aku gi KL.ohhh tak sabar gila, tak pernah gi KL katakan. kita orang pegi kl, sebab ada kawan aku 2 orang tu memang org cheras.

Hari yang kita nak pegi tu dah sampai.tengahari semasa budak balik sekolah, aku pun menyelit caber caber ngan budak sekolah yang lain. jantung aku berdenyut kencang mcm orang kena kejar ngan pembunuh bersiri.malam tu tidur umah kawan kat kelang.tengahari baru berkumpul kat kelang, sama-sama naik bas pergi KL.itulah first time aku menjejakkan kaki kat kl.bangga siut, bandar besar,mcm glamour jap.cite cinta tak kesampaian konon ,feeling habis. sedih ohh cinta tak kesampaian.

itu dulu , sekarang cite ogy aku tak suka. korang jangan salahkan aku kata aku minah jiwang plak, korang cakap mana ada heroin paling tip top zaman tu,habis dah tak de layan je.

Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina