Wednesday, December 16, 2009

Sembang Mak Long -Tari Tirana VS Cinta Balkis (Part III)




VS


Hari ni aku nak cerita light-light je. Kan hari masih pagi lagi. Kalau dah petang nanti barulah cerita pasal heavy-heavy sikit. Setiap selasa, aku selalu tak pernah miss cerita Tari Tirana. Bagi peminat drama cinta Balkis, jangan marah ye. Aku siang-siang cakap , tengok sinopsis memang aku dah tak minat langsung cite ni.

Aku nak cakap sikit, ini bukan zaman ibu mertuaku, atau kassim selamat. dulu org pandang darjat. Cerita pasal estet. lagilah mana ada tuan kaya. Tuan tu keja makan gaji je. kaji sikit sebelum buat cite.mentang-mentanglah mak-mak kat kampung suka nangis, mula korang nak buat cite nangis satu tempayan .kalau dah terlebih nangis pun, dah jadik tak relevan. sebab tu aku malas nak tengok.

Tari Tirana cite gedik-gedik sikit. barulah hiburan. . Aku perhatikan dulu cite produksi rosyam noor, suka buat cite nangis-nangis ni. Tak habis-habis cite anak derhaka kat bapak ngan mak. modal dia fauziah nawi ngan jalil hamid. tak de ke dalam dunia ni mak atau bapak lupa atau abaikan anak. asyik mak bapak je tak betul.Aku rasa sekarang ni, dia dah insaf tak buat cite mcm tu lagi.

Sekarang nak buat cite kena sama rata.Yang penting orang tak nak sakit kepala pikir. Org dah penat bekerja nakkan hiburan. bukan kena pikir orang kaya tak nak anak dia kahwin ngan orang miskin. Ada ke orang kaya macam tu. Macam tak logik je. Kebanyakan mak bapak sekarang dah banyak yang terbuka.

The moral of the story, kalau korang nak gedik-gedik, tengoklah Tari Tirana Selasa 9.00 malam. Kalau korang menangis satu tempayan, tengoklah cinta Balkis 6.30 petang hari apa aku kurang pasti yang aku tahu semua kat TV 3. Aku tak de Astro. kuang kuang kuang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina