Thursday, March 25, 2010

Agenda malam tadi



Macam biasa agenda malam tadi.goreng bendi.Bendi di basuh dulu.Jangan potong dulu, nanti sayur jadik berlendir.potong masa nak masukkan .




tumis ikan bilis ngan bawang putih sampai garing.





kecikkan api.potong bendi serong-serong kedalam kuali.




kacau bendi, bila bendi separuh masak, masukkan sos tiram.



bendi goreng boleh diangkat.Semasa nak angkat letakkan air sikit.



sotong dibersihkan dan disejat.





goreng bawang, halia ngan cili kering yang dipotong-potong.





masukkan sotong dan terus kuatkan api.




masukkan kicap pekat bersam sos tiram. kacau sebentar. kemudian masukkan bancuhan air tepung jagung.




kacau-kacau kemudian boleh terus angkat.





malam tadi teringin nak buat pau sambal ikan bilis. buat

500 grams tepung gandum-semalam kurang jadi sebab tak de tepung yang sesuai.
yeast mauripan 1/2 paket-5 grams bancuh ngan air
gula 50 grams dibancuh ngan air sikit
lemak sayur 4 sudu besar.-untuk melembutkan pau.
garam sikit
air-penting, kalau kurang air pau akan jadik keras(entry roti semalam lupa nak cakap kena letak air tau)

uli doh lama sikit




rehatkan doh selama 20 minit



buat bulat-bulat cam ni.rehatkan lagi 20 minit




sambal ikan bilis kena pekat sikit.kalau tak cukup pekat letakkan tepung jagung.




letakkan sambal ikan bilis






letak banyak-banyak untuk kepuasan nafsu sendiri.kwang kwang.




rehatkan lagi 15 minit.




balut penutup kukus ngan towel berseh, supaya air tak jatuh kat atas pau.




pau ikut nafsu sendiri.sambal ikan bilis melimpah ruah.Aku nak puaskan hati Annoymous sorang tu.kwang kwang.masa ni model aku tidur.jadi tak delah gambar tengah makan pau dari dia.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina