Saturday, February 27, 2010

misi penting x files (pengasuh babi)












layan riang ria gambar firdaus, hari minggu


Beberapa blog yang aku baca hari ni banyak menulis  kisah adik shafiah yang meninggal dunia akibat didera. sebenarnya aku tak nak tulis pun kisah ni, sebab banyak blog dah tulis.

cuma aku nak jelaskan pendirian aku, yang teramat benci kes dera ni.first yang ak nak salahkan ibubapa yang tak prihatin.kedua masyarakat sekeliling. sibuk nak jaga hal dalam kain orang, tapi hal yang sepenting ni tak tahu nak jaga.satu orang dera budak boleh satu kampung tak nampak. pelik betul.

Aku pernah didera dulu . sebab tu i hate dera.Pada ibubapa yang bekerja dan  tak bekerja tu, belek sikit badan sikecik tu. contohnya selepas balik kerja aku selalu tanya anak aku ada apa-apa berlaku kat dia yang pelik-pelik tak . tapi jangan over-over sangat. sampai anak kita tak boleh ditegur oleh penjaga pulak.maksud aku sentiasa prihatin terhadap perubahan anak.

Anak aku yang perempuan besar(yuyi) tu ngan lelaki (gula-gula hack) pernah kena dera oleh pengasuh cam babi asyik nak menjahit baju je.masa tu pada tahun 1998. masa tu yuyi berumur 8 tahun , gula-gula hacks 7 tahun.Anak lelaki pengasuh babi tu umur sebaya yuyi  8 tahun.Satu keburukan anak aku tu dia tak suka nak mengadu waima pasal kawan atau pun pengasuh sampai sekarang. tapi yang lain aku ngan dia takde rahsia.

Memang macam biasa, kalau tengahari aku call. selalu anak perempuan aku tu ceria je, tapi pada hari tu suara dia macam tak ceria je. aku kalau macam tak sedap hati je, apalagi kayuh basikal terus balik .masa tu tempat kerja ngan ofis dekat je.

rumah pengasuh tu flat. aku malas naik, aku call suruh anak aku turun.yuyi  turun jumpa aku kat bawah.aku nampak dia diam je.aku tanya dah makan ke? dia cakap dah.tiba-tiba tuhan tu maha kaya aku ternampak kat rambut dia banyak darah yang dah kering dan melekat-lekat.

Aku tanya lagi, akhir dia cakap gak.anak pengasuh tu pukul kepala dia ngan kayu pengukur baju.Korangkan tahu kayu tu keras macam mana.Lagi geram bila di cakap pengasuh tu tahu apa yang berlaku, tapi dia buat dek je.Apalagi aku terus ambik  cuti, Aku naik ke rumah dia tanya hal tu .Aku bawak yuyi ke  klinik , kepala dia kena beberapa jahitan .Apa yang aku tak puas hati selepas aku tanya pengasuh hal yuyi dia boleh  cakap "kalau tak suka, hantar kat tempat lain, dia tak kisah".sah babikan.

Rupanya selama ni terbongkar semua perkara.Yuyi  baru nak cerita semua hal yang terjadi kat rumah pengasuh. Macam mana   pengasuh tu selalu sumbat nasi banyak-banyaki kat mulut gula-gula hacks.lepas tu kalau gula-gula hacks nak buang air besar, dia tak bagi ,selagi kerja menjahit dia tak habis. sampaikan gula-gula hacks terpaksa buang air besar kat atas kertas dan yuyi kena buang melalui   tingkap bilik .Selalu dia paksa mereka duduk dalam bilik.Tapi bila suami dia ada , mereka  bebas sikit.Pengasuh tu jadi  dihadapan suami  dia.

Semenjak tu aku x kan dia. sorrylah orang melayu cam tu. Aku hantar anak -anak aku sebab dia yang mengofferkan diri . Masa yuyi dan gula-gula hacks  baby adik pengasuh tu yang jaga tapi adik dia okey .

Bila anak aku dah , dia cakap kalau dia jumpa amirul (anak pengasuh tu yang sebaya dia) memang dia nak hemtam budak tu.

Aku sampai sekarang fobia gak, bila bab pengasuh ni. sambung balik kisah shafiah tadi. kalau aku dekat kampung sana, yang mula aku nak sepak dulu mesti mak dia , lepas tu keluarga dia akhir sekali baru sijebon yang dera tu. aku cau dulu.

SAYANGI ANAK -ANAK ANDA.



Thursday, February 25, 2010

puding james bone 007



spek hitam beli kat billion RM10 je

hari cuti aku buat puding james bone 007. yeah yeah .sorrylah member aku dah lama tak update. khamis sampai senin aku cuti kerja.rumah tak de computer.belum mampu beli.tunggu menang peraduan dapat hadiah laptop.




bahan-bahan

telur 4 biji je.jimat sangat sikit telur mahal.
susu segar.nak jimat pakai ideal je.dalam peti ais aku ada ni, aku bantai je.



buat gula hangus.kacau gula, biar api perlahan.




sampai jadik gula perang mcm ni.




tuang dalam bekas aluminium foil benda ni murah je. kat jaya jusco RM6.00 sedozen dapat. biarkan sejuk.



kacau telur , susu, essen vanilla ngan gula 150gram.lepas tu tapiskan.




tuang atas gula hangus tadi.





lepas tu bakar cara bain marie. bekas tu letak dalam loyang. pada dasar loyang tu letak air.
suhu 160 darjah selama 30 minit.




tunggu sejuk baru letak dalam peti ais .lepas tu baru dimakan .



model cam biasa firdaus.

Wednesday, February 24, 2010

Aku keliru, nak ketawa atau nak menangis


arwah mak aku yg baju kilat tu & yang terselit kecik tu arwah adik

Dihujung sekali adalah gambar arwah adik lelaki aku yang paling bongsu, Zulkarnaen yang amat aku sayangi.dia telah meninggal dunia pada 11 may 2004.masa ni arwah mak aku rajin bawak dia pergi rombongan cik kiah ke sukan komanvel.kalau dia masih hidup umur dia dah 30 tahun.





maaf gambar kabur.masa ni nak pergi rombongan gak.

Sebenarnya cerita yang aku nak cerita ni bukanlah sangat cerita pasal kematian dia.masa adik aku meninggal dunia ni aku sedang mengandungkan firdaus. Aku ngan suami yang hantar dia pergi hospital kelang, sebab masa tu dia sakit. aku ingat lagi masa tu malam sabtu.

aku uruskan semua kemasukan hospital dia, selepas tu aku pun balik.esoknya aku tak dapat datang tengok dia, sebab aku terlalu letih, dengan tengah mengandung dan tengah nak pindah kerumah baru. aku pesan arwah adik aku, zaharah tengok dia ngan hantar barang-barang keperluan.

arwah zaharah kata arwah zulkarnaen pesan nak jumpa ngan aku sangat.dia kata nak cakap sesuatu kat aku.petang minggu tu lepas semua urusan dah siap, aku ngan laki aku nak pergilah jenguk adik aku tu. hari masa tu dah nak malam.

Aku tak tahu dengan tak semena-mena , aku boleh suruh laki aku patah balik. aku cakap ngan laki aku, hari dah nak malam, esok jelah kita pergi. laki aku pun pelik, tapi dia akur ngan cakap aku. Dia paham , mungkin dia ingat aku letih. Lepas tu esok subuh pukul 4 pagi aku terima panggilan dari hospital.dia tak payah cakap aku dah dapat agak, dorang nak cakap adik aku dah meninggal dunia.

apa yang korang rasa kalau korang kat tempat aku ? mestilah menyesal tak pergi tengok.sampai sekarang aku masih teringat, apa yang dia nak cakap pada aku sebelum dia meninggal.ni cerita esoknya, aku ngan laki aku cepat-cepat pergi kat bilik mayat.orang kat bilik mayat tu bagi aku tengok adik aku.dia tarik satu laci besar, tapi sedeh mata dia sebelah cam terbukak sikit je. orang kata selalu mcm tu hajat dia nak jumpa seseorang tak dapat.wallahualam .mungkin dia nak jumpa aku tak dapat kot.

Tak payah nak cerita panjang-panjang, nanti emo sedeh samapai plak.ni aku nak cerita sikit dalam bilik mayat tu bau pencuci lantai dia, bau wangi je.baunya sampai menusuk kejantung kalbu. Dan bau tu pun aku boleh cam.

Aku tak tahu kebelakangan ni aku pergi kerja selalu tunggu komuter.masa aku tunggu komuter aku selalulah berbual ngan akak ni kerja JPN.Dah banyak kali aku tercium bau perfume dia. bila aku bau perfume akak tu, aku macam nak peluk dia je , sambil cakap , oh adikku, akhirnya dapat jugak kita berjumpa. bau dia betul buat aku jadik emo sedih.korang tahu kenapa? ada ke patut bau perfume dia macam bau perfume bilik mayat punya pencuci lantai.sama plak macam bau bilik mayat adik aku yang meninggal dulu.Aku tak paham ngan dorang ni kalau nak pilih perfume pun, jangalah sampai bau cam tu.kang aku cakap ngan akak ni, takut dia kecik hati plak.aku pun tak delah pakai minyak wangi mahal cosway je.

mulai sekarang aku terpaksa menjauhi akak tu, sebab aku tak nak bau perfume dia boleh menukar emo aku jadik sedeh.the moral of the story kalau korang nak wangi pun, janganlah sampai bau perfume tu sama ngan bau pencuci lantai bilik mayat.kwang kwang kwang






Nak rasa lebih sejuk dan nyaman....




Sekarang ni musim panas sehingga bulan mei. aku ambik insiatif sendiri, nak sejuk badan untuk seisi keluarga. sebenarnya minuman ni aku selalu buat gak, kalau musim panas.korang pergi kedai ubat beli bunga ni. minuman yang aku buat ni selalu orang panggil teh bunga yang dalam kotak tu.tapi aku lebih suka masak sendiri air dia.kalau korang nak banyak beli 2 paket bunga ni.




cuci berseh dan tuskan.





nak manis dan lebih sejuk beli sebungkus kundur.




potong-potong kundur kecik-kecik.




masak air sampai mendidih, masuk bunga yang dah dicuci..kalau boleh korang masak dalam periuk.kalau masak dalam cerek ni memerlukan kesabaran tahap tinggi, nanti kalau dah masak susah sikit nak tuang, kena pakai cawan nak ceduk dia.





dah mendidih sekali lagi, masukkan buah kundur.kalau korang nak lebih manis masukkan buah kundur banyak sikit.





tuang dan tapis air dalam bekas.kalau nak sejuk letak dalam peti ais.yang cawan kecik tu untuk firdaus, aku sejukkan .nanti dia nak minum.dia suka teh bunga ni.



apalagi firdaus minum ngan happy, sambil tunjuk tangan.sedaplah tu maksudnya.korang macam tak tahu je. kuang kuang kuang

Tuesday, February 23, 2010

akhirnya....kini pasti shidee jadik duta produk petis udang




betul apa yang aku cakap dalam entry aku kat sini . kontroversi jadikkan dia terkenal. aku tumpang gembira sikit je.tapi aku nak tanya shidee dia sudi tak jadik iklan produk mangga besar yang ada kat depan umah aku tu. aku rasa sesuai sangat. tapi aku tak belehlah bayar mahal sangat. cuma aku bagi komisen je, bekalan mangga selama setahun, itu tengok ngan hasilnya, kalau ada hasil, kalau takde terpaksa tunggulah.




mangga aku ni belum masak lagi, tapi tangan aku dah gatal nak kopek.bila kopek masam plak.jadik aku dapat satu idea, kopek semua isi, aku nak buat jeruk versi akulah.




letak dalam bekas, campur gula ngan potongan cili sikit.nanti jeruk pelam ni jadik manis-manis pedas.tunggulah lama sikit, aku letak dalam peti ais.






lepas tu sambil makan layan linkin park jap. lupa jap pasal kentroversi shidee tu. sebab kat metro keluar lagi pasal dia.




layan search ngan wings.




nampak tak penyanyi dia. korang layan lagu dia memang syok habis.berbalai-baloi.baik aku layan linkin park dari CT Nurhaliza.sapa peminat dia jangan marah ye.wa ada citarasa sendiri.kwang kwang.

Saturday, February 20, 2010

mera name shidee or khan


ini lagi best layan.




ipat(kucing dalam radio gaga)) lagi cantik

apasal ngan dia ni mana-mana tv stesyen ngan suratkhabar asyik cerita pasal dia je. lantak pilah dia nak kahwin ngan orang muda.alah mak perempuan ni pun satu desprate sangat, ko saje je nak glamer, 10 kali keluar tv.tak restu pun nak keluar tv.

alah wartawan ni pun satu nak glamerkan shidee. dia artis yang dah terlambat.paling menanah telinga aku dengar statemant bangga dia kata dia artis tak mainlah cari janda . shidee kenapalah ko tak cermin muka ko dulu. linkirn park pun tak cakap berlagak cam ko. kalau dia dengar pun dia fuckkan ko.

shidee kembalilah kepangkal jalan. sedarlah album ko tu laku hanya sebuah je. itu pun aku tak tahulah sapa yang minat ngan ko.lagi satu dua orang tu anak beranak nak carik glamer.meletup-letuplah album shidee lepas, dah famous balik.

tolonglah tv ngan suratkhabar, kalau boleh janganlah cerita pasal anak beranak yang tak mendatang feadah ni.layan kucing lagi baik , mcm cerita radio gaga.

WE ALL TAK NAK DENGAR CERITA SHIDE, WE ALL TAK NAK DENGAR CERITA SHIDEE

cepat nyanyi ramai-ramai.

Friday, February 19, 2010

kena periksa dulu sebelum masuk



korang jangan nak terkejut ngan gambar ni.ini sekadar untuk pemeriksaan kesihatan je.khe khe.ari tu jiran aku beritahulah pasal duit sumbangan yang dia dapat selepas anak dia kahwin.cian aku dengar tak menepati duit yang dah dilaburkan. tipu kalau kita buat keja kahwin tak nak pulang modal balik.kadang-kadang macam yang tak berkemampuan tu dorang semua beli barang hutang dulu, lepas dapat duit sumbang baru bayar balik.

Macam cina plak lain, dorang paling sikit bagi RM50. tapi sapa bagi dorang siap tulis nama, nanti bila kena pada turn dia, dorang balas balik. itu baru dikatakan kerjasama

Lagi satu aku nak bagi nasihat sikit pada sapa yang dapat jemputan apa-apa tu

1) janganlah hang bagi sampul surat kosong atau isi tisu.aku cakap sebab ada bukti. ikut mcm aku,kalau takde duit sangat,baik tak payah pegi lagi baik, daripada mendajal orang .

2)Kalau boleh janganlah bawak satu bas. masuk aku satu keluarga. kalau bagi RM10 to RM50, tak pelah. ini bagi RM1 to RM 5 tok nenek semua nak datang. kalau kat kawasan aku ni plak siap hari tu tak payah masak. seisi rumah makan rumah orang kahwin.makan kat kedai pun kena RM3 .

Aku ada satu cadangan yang terbaik untuk mengelakkan dapat sampu surat kosong atau diisi ngan tisu

1) buat sekatan untuk pemeriksaan sebelum sampai rumah penganti, agak-agak 500 meter ke.kita beli scanner yang boleh scan dalam sampul surat tu ada apa.

2) jadik kalau ada orang nak menipu, bila kita kata kena scan je.dia mesti tak nak, nanti dia kata nak balik dululah sebab sakit perut ataupun dia cabut sebelum sampai tempat pemeriksaan.

3) kalau nak jimat lagi ajak para jemputan makan di warong-warong makan je.bila jemputan nak tengok pengantin, korang katalah pengantin pegi tangkap gambar kahwin kat studio. mcm orang cina jemputan kahwin kat restauran.korang jelah layan cadangan gila aku tu.



Thursday, February 18, 2010

Apasal ngan ko misnah



CARA NAK LETAK TIMBA DALAM BILIK AIR (SILA TELANGKUP) NI GAMBAR DALAM BILIK AIR RUMAH AKU YE.BUKAN GAMBAR GOOGLE.


Aku berbulu je dengar berita budak 1 tahun 6 bulan mati lemas dalam timba yang ada air. timba tu pulak dalam bilik air. misnah ngan bangga dalam surat khabar tunjuk timba yang anak dia lemas dalam tu. aku tak tahulah macam aku nak penyepak 18 je mak dia ni.tak tahulah macam mana kalau aku ada kat tempat kejadian.sabar jelah aku.

memang dah takdir, tapi kan Allah SWT tu suruh kita berusaha lepas tu bertawakal.Gunakan otak mengelak sesuatu yang buruk dari berlaku. terutama pada budak-budak yang tak berakal macam tu.




pintu bilik air hendaklah selalu ditutup. budak besar tu memang suka main air. lagi satu lubang jamban pun kena tutup gak, taku budak jatuh dalam tu.kaki boleh patah.

Ibubapa janganlah ambil remeh ngan benda-benda macam tu, terutama pada anak kecik.FIKIRKANLAH DAN RENUNGKANLAH.


Monday, February 15, 2010

Tak celebrate sangat


rupa jothi alah-alah nak nangis kayuh anak aku yang berat.


Tahun ni family suami aku tak berapa celebrate Chenese New Year, sebab suami aku baru kematian sepupu.Dia meninggal dunia sebab dibunuh kawan. kalau nak tahu rujuk Harian metro selasa 9 Feb 2010 setempat ms 18.jadik masa kita dihabiskan ngan main bunga api.firdaus ngan jothi main bunga api kat depan rumah mak mertua aku.Mak mertua aku masak sikit-sikit je.

layanlah gambar dorang tengah main mercun kat bawah ni.aku nak cau dulu nak layan blog syadah, purple ngan neena yang dah lama aku tak jenguk.



















HAPPY CHINESE NEW YEAR KEPADA SEMUA .
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina