Wednesday, June 1, 2011

carrot cake

Hari nak aku nak update carrot cake yang buat malam tadi, tak pedulik nak tepek gak, resepi aku cilok dan rempit dari akak tersayang cikgu pah.Kalau korang buat tiru resepi cikgu pah ye, sebab aku tak bubuh cheese kat atas, bajet lari. Cikgu pah guna walnut.



Adunan yang dah siap tunggu untuk dibakar.



Bahan-bahan yang aku guna malam tadi.



Adunan yang dah siap tinggal nak dimasukkan dalam oben.

Resepi cikgu pah.Thank you darling.tumpang lalu cik ina cilok resepi.

Bahan A
250 gm butter
300 gm castor sugar

Bahan B
1 tsp esen vanila
5 biji telur gred B

Bahan C
340 gm tepung super fine
1 tsp baking powder
1/2 tsp cinnamon powder

Bahan D
150 gm kacang walnut , dipanggang sekejap dan di cincang kasar
150 gm pineapple cubes - di dadu kecil
350 gm carrot diparut dan diperah airnya
100 gm chocolate chips

Untuk cream
250 gm cream cheese
100 gm butter
80 gm gula icing

Cara:
Pukul A sehingga creamy. Perlahan-lahan masukkan B. Fold in C dan masukkan D. Gaul rata.
Masukkan adunan ke dalam dulang empat segi bersaiz 9 inci atau 10 inci kali 7 inci. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suku 175 deg C selama satu jam. Bila masak, sejukkan.

Untuk cream.
Pukul semua bahan sehingga kembang dan ringan. Sapukan di atas kek apabila kek sudah sejuk.



Bangun pagi dah hilang separuh.



Saja je nak tunjuk kemontokan cake carrotku.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina