Sunday, July 10, 2011

minum petang

Salam hari minggu...................


Layan goreng pisang awak ngan air kopi, petang-petang bestkan. Tak payah jalan -jalan ke luar makan angin membazir , bak kata suami aku makan tidur, makan tidur, tak keluar duit. boleh gitu.




Pisang awak pun mahal, pilih yang tak berbji ye. Kalau tanya orang yang jual tu mesti dia beritahu pisang tu berbiji atau tak.


Sebiji pisang belah 3 yang tak putus. Celup dalam bancuhan 1/2 cawan tepung beras ngan suku cawan tepung gandum , sikit garam , kunyit dan kapur. Masa celup dalam bancuhan bukak pisang cam dalam gambar ye.



Goreng dalam minyak banyak dan sederhana panas. Bila nampak pisang dah kegaringan dan kekuningan bolehlah diangkat .Teringat plak ngan arwah mak pisang goreng cicah ngan cambal belacan. boleh gitu. Okey ye geng nak cau cain cau nak masak ayam goreng cili.




SELAMAT BERHUJUNG MINGGU.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina