Wednesday, September 30, 2009

Birthday party







Tuesday, September 29, 2009

Kronologi sebelum birthday girl Noor



malam tadi aku buat preparation nak sambut birthday girl noor pada 30/9/09 yg ke 3X.Party dijangka akan diadakan pada tengahari esok. aku masak ayam kampung rendang ngan pulut kuning. Kat atas ni gambar pengacau tegar. Selagi baju dia tak basah lencun, atau aku baling ape ape sampai pecah, selagi tu dia tak berhenti mengacau. aku ni memang garang sikit.aku kan mak.






Muka riang sebab dapat membuat aku marah sehingga bekas kucing makan aku baling sampai pecah.takkan aku nak baling dia plak. Firdaus nampak aku baling bekas tu sampai pecah, dia kata, tuhan marah sebab aku marah ngan kucing.



ni dia pulut kuning ngan rendang ayam kampung. layan gambar kat bawah ye. sebab entry rendang ni aku rasa dah pernah tulis dulu masa harijadi firdaus.



Aku buat basah-basah sikit , sebab nak cicah ngan pulut kuning tu.










cili kering ngan cili api mesin. kali ni layan pedas sikit, sebab nak bawak kat tempat keja.



lengkuas, serai, halia, bawang putih, dan merah mesin. biar banyak, nanti kuahnye dapat banyak sikit.




ayam kampung 2 ekor.




pulut kuning rendam 4 jam, baru aku kukus.

Monday, September 28, 2009

kerang rebus peberet



Kerang hendaklah diberus ngan berus kain yg berseh supaya kerang menjadi putih dan berkilau-kilau.









Tumiskan serai, halia dan bawang besar.Dah garing masukkan air.Tunggu kerang mendidih baru masukkan garam.


Jangan didihkan terlalu lama sangat.




bahan cicah.kicap, cili dan bawang putih ditumbuk. kicap kipasss udang semestinya.



ni dia kicap cili untuk cicah ngan kerang rebus tadi.



Sayur buncis potong nipis sikit, supaya nampak ulat yg ada.



goreng ngan cili, bawang putih dan udang kering. sodap

sekian jumpa lagi.

Saturday, September 26, 2009

Wegasonic baruku



Sorrylah my blogmate, dah lama tak update blog. hujung bulan banyak kejalah.Ini pung aku selit-selit sikit. Lihatlah dunia , inilah tv baru secondhand aku sempena hari raya. Besar tak mahal RM200. sorrylah tangan anak aku ni kacau je..nak interframe.




Tengok betul-betul Wegasonic tau buka panasonic. tapi ni outomatik kalau tengah tv 2 boleh tiba-tiba bertukar jadi tv 3. kadang-kadang korang tengah syok tengok tv , tibatiba jeng terpadam sendiri.

sekian.jumpa lagi utk ari ni.

Thursday, September 24, 2009

Raya ke 5



Hari ni raya ke 5 aku ke secret recipe makan sedap, sebab dah sebulan puasalah katakan.aku order black pepper chicken ngan air sedaplah, lupa nama. layan gambar ye. sorrylah gambar lepas raya pakai seksi sikit.






cofee late ni aishah punya. pelayan ni sengal sikit.aku nak ambil gambar , dia tundukkan muka dia. macam artis.



# cik noor#



ini chese durian " suggestion dari cik noor" menjilat selipar semua.memang sedap. RM6.50 per slice.



"ecah"



"cik noor" ngan cordon blue




cik noor ngan timbang rosak



jalan-jalan cari kasut



jalan-jalan pakai make up. bagi free kat tepi tu sapu je. dah agak cantik larikkkkk.



Ingat roti semestinya LAVENDER



"MOON CAKE"

Wednesday, September 23, 2009

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin




Selamat Hari raya yg lepas. Aku sekeluarga memohon maaf dari hujung rambut hingga kekaki jika terkasar bahasa Kalau hari raya memang aku tak de update, sebabnye

1) aku masak
2) aku layan tetamu
3) aku basuh pinggan
4) aku anyam ketupat, siang daging, ayam dan macam-macam-penat siottt.

sapa nak tangkap gambar. korang tunggu depavalli and chinese new year baru banyak update.



ayam masak merah 7 ekor habis hari raya pertama jugak . biasalah keluarga akukan campur cina, india melayu semua ada.



rendang kambing 3 kilo, raya pertama habis jugak.



kuah kacang habis jugak raya pertama.



Semperit aku baru belajar buat.jadik. next year jual biskut ni pulak.



almond landon kesukaan kanak-kanak-tapi dorang keji lepas makan buang bekas dalam mangkuk kuih aku. tahun depan aku rasa nak beli keropok ringan-ringan macam kedai runcit tu ,gantung je.suruh dorang ambik yg dorang suka. lepas tu sediakan main tikam. tak payah sediakan duit raya. keji betul aku. okeyy sekianlah entry hari raya aku.

Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina