Showing posts with label Clubbing. Show all posts
Showing posts with label Clubbing. Show all posts

Thursday, April 19, 2012

private club diserbu polis-latest news

Private clublah sangat(nama club dirahsiakan atas sebab-sebab keselamatan) kepunyaan rakan suami telah diserbu polis ,awal malam tadi . Tak lama dahulu aku ada bercerita mengenai club tu kat sini. Cerita tentang penyerbuan club tu ada disiarkan kat berita 8.30 malam TV2 malam tadi(kalau tak silap akulah TV2) Habis cam mano Club dah kena serbu lepas ni terpaksalah berkarok kat green box tak pun red box atau brown box , masalahnya ujud ke brown box tu ? *apa ko merepekkan labu*. Nampak gayanya kena buka port baru tak pun tunggu line tak panas.larikkkkkkkkkkkk


Dalam kenangan aku tepek sekali lagi gambar masa kitaorang bertiga kat club tu.

Rindu nak tengok Firdaus menari sambil menyanyi , nak suruh yuyi belanja gi karokelah cam ni.Jum kengkawan kita gi karoeke.



alahhhhh lupa nak kaber botol air setan ngan kaler hitam, zaman sekarang ni masyarakat sekeliling tak suka nengok botol air setan , waima mug sir setan sekalipun, ada plak yang kena cop meneguk air setan, lagilah sekarang ni ada budak opis duk kat area kg.pulau tut berminat nak baca blog aku tapi tak nak orang lain tahu yang dia baca blog aku, boleh gitu?kah kah kah



Masa ni Firdaus montel lagi , sekali pndang cam awie oh tidakkkkkkkkkk sikatik tu.


*abang jejai* kengkawan perasan tapi bila diamat-amati sejuta kali lagi suami aku kacak dari abang jejai.larikkkkk. Aku je yang susah nak mengaku kekacakkan suami sendiri, katanya suami aku. "kekacakkan adalah hak milik setiap insan* kwang kwang kwang

Rindu ngan Firdaus yang montel

Tak sempat nak ajak neolopak jimba-jimba sambil gigit-gigit ice baby kat sini,dah kena serbu polis lenkali ye neolopak. Doniya doniya serbutangkaplepasserbutangkaplepasserbutangkap lepasserbutangkaplepas--perkara biasa baca sekali lafaz

Selepas kitaorang tengok berita tentang penyerbuan private club tu disiarkan kat TV , kitaorang pandang memandang antara satu sama lain sambil mengurut janggut  yang tak de kemudian kitaorang terus masuk bilik..........................

Sunday, November 13, 2011

The Adventures of Tintin -6 bintang +++

Salam hari minggu............



Malam tadi aku merealisasikan impian Firdaus nak nengok cite kartun kat panggung wayang. Petang tu yuyi beli tiket dulu, kalau lambat beli takut tiket habis , almaklumlah malam minggu.Sebenar aku tak pernah lagi nengok cite kartun kat panggung wayang, ni first timelah kiranya.

Minggu lepas masa nengok cite Tower Heist , Firdaus wat orang kat panggung ketawa, kali ni pun sama gak,..

Firdaus (makan pop corn besau) : akak boleh kecikkan suara tak?.

Yuyi : syyyyyyyyyyyy mana boleh dik ni bukan tv kat rumah.

beberapa minit Firduas makan pop corn

Firdaus(menjerit) : akakkkkkkkk gigi firdaus patah , ambik ni ,sambil hulur gigi kat yuyi

Yuyi bagi gigi tu kat aku, aku plak bagi kat suami (main pas pas plak) kui kui, sampai kat tangan suami dia belek -belek gigi tu, (biasalah kat panggung wayangkan gelap) lepas tu dia terus gigit.........hissssssssss..Aku geram, biji pop corn rupanya. Firdaus dimaafkan sebab dia masih trauma semenjak kejadian gigi dia terpatah time gosok gigi .


Hergé berfoto bersama dengan patung setengah badan Tintin sekitar tahun 1975


Terbatak jap, rupanya kartun zaman sekarang dalam bentuk 3D motion picture . Serius aku ingatkan kartun cam kat tv tu, banyak betul aku dah ketinggalan zaman.Termalu jap.


Tintin ngan dua polis (kembar yang lucu )
Captain Haddock yg suka mabuk.

Tintin adala serial komik yg dicipta oleh Herge dari Georges Remi (1907-1983)


Muka benggang aku ambik gambar.

Buat-buat pejam mata, silau kena flash kamera hp konon-kononya

Berposing sebelum masuk panggung.

Firdaus tu mana plak dipandangnya......

Anak lelaki aku ni, sekali pandang cam retis korea pun ada.kui kui kui


Budak-budak ni mandi ke idak, comot gila.kui kui kui kui

Muka happy, Tintin best best .

Muka happy lagi Tintin best best best .

Lepas nengok Tintin semuanya kebulur, singgah jap makan char kueh teow .Char kueh teow kat sini terbaek, sedap rega berbaloi. Kami semua suka sangat makan char kueh teow, kecuali Firdaus.


Dah mengantuk.......
alo alo malu -malu plak, dia ni dimana saje order milo ais. kui kui jimat skit.


Tapak tangan Firdaus besau.


Char kueh teow tedap, abaikan udang yg tinggal separuh tu , sapalah yang ngap.kui kui kui




Jangan lupa esok senin, sapa yg bekerja kena keja, jangan lupa plak. kui kui.okey kalau free bawaklah family nengok cite Tintin arahan steven spielberg . best best , mungkin ada lagi sambungan cite ni, dengar dari kata-kata Tintin sebelum cite tu berakhir semalam, katanya ada peninggalan harta karun 400 paun kat dalam laut.......kalau tak silap aku.


cau cin cau

Friday, November 11, 2011

cerita-cerita lucu sepanjang minggu

Salam hari Jumaat.................

CERITA PERTAMA

Sepanjang minggu ni ada cerita lucu bersama anak-anak aku nak kongsi kat sini. Sabtu lepas , lepas gi bagan lalang yuyi ajak nengok wayang cite Tower Heist.Last sekali aku masuk panggung tahun 2004, lamakan...Sabtu tu Firdaus kira first time.Yuyi ngan anak lelaki besar tu hampir setiap hujung minggu nengok wayang, marathon lagi.





Maaf gambar tak memuaskan, kui kui kui.Kat dalam panggung nak pecah perut aku ketawa, bukan sebab cite tu, tapi sebab firdaus. Oleh kerana first time masuk panggung , dia bercakap cam kat umah sendiri.Dia duk sebelah yuyi. Salah satu percakapan dia yang buat satu panggung gelak sekali .

Firdaus : akak ! boleh tukar chanel kartun tak?

Yuyi : Adik , Syyyyyyyyyyy cakap slow slow , nanti pukul 11.30, kita tengok cite kartun ye.

Firdaus : Mak ! yeah yeah akak janji nak tengok cite kartun lepas ni.

Aku & yuyi : syyyyyyyyyyyyyyyyyyyy cakap slow slow, nanti org dengar





CERITA KEDUA

Kalau balik kat umah arwah ayah, anak-anak aku ni mesti nak main tikam. Last main tikam bulan posa hari tu.

Aku tegur yuyi , "tak baik main tikam , dosa". "alah mak, kita bukan nak duit, saja nak ingat masa kecik, cam best je masa tu main tikam".statement tak boleh blah.

Harap maaf gambar kurang memuaskan sebab bateri low, bak kata anak lelaki aku, time yuyi  gambar gelap main tikam dosa , kah kah statement tak boleh .



Mulanya yang anak lelaki pegi dulu, bawak modal RM5/, aku ngan yg lain tunggu dalam kereta.



Lepas tu berdedai keluar. Bila orang kedai tu nampak aku ambik gambar, dia siap warning anak aku. Tak menahan aku nak gelak bila yuyi  cakap "mak ,  orang kedai tu takut,polis tangkap kalau jual tikam". "kenapa, mak ni cam polis ke?, kah kah kah



Bak kata anak lelaki, time dia gambar terang,  sebab tak dosa.kui kui kui.cian Firdaus  first time main tikam.



menang keropok ngan air kotak je.apasal plak kepala firdaus nampak separuh je........kui kui kui



excited tu......bersama hadiah........



ini pun hadiah gak.

Yuyi gelakkan aku sebab buat kuiz bangang

Aku : ko teka kenapa keropok ni panggil tam tam, kalau betul mak bagi RM5 (cam nak bodoh-bodohkan anak sendiri konon).

Anak lelaki : alah mak, senang tu, tam tam sebab keropok ketam, ada gambar ketam lagi.

Aku: kah kah , la ingatkan ko tak boleh tangkap.nah ambik RM5ni.

Anak lelaki : mak , lenkali jangan suka -suka buat kuiz, ni baru RM5, kalau RM50 cam mana, fis rembat je.kah kah kah



Sekianlah saja cerita-cerita lucu sepanjang minggu ni bersama anak-anak.Kalau dah lucu tak tahu nak gelak.Ketawalah sikit.kui kui kui.

Monday, September 26, 2011

tulang kambing, mata terjojol , club kena serbu

Salam hari senin...................


hye buat apa tu?aku tengah update blog.cam mana ngan tajuk tu cukup banyak tak, kalau tak cukup aku tambah lagi. Tajuk cam tu punya banyak, itu menandakan tuan blog ni memang dah kurang waras

Kurang waras yang bersebab tak pe. Niat hati malam tadi nak berjimba-jimba kat club sambil minum-minum . Harapan kecundang club kena serbu .Nak tahu tak sapa yang serbu 2 laki bini cifinafa ngan anak dia. ingat polislah tuuu.

Meja kami bersebelahan. Masa pegi tu perut aku tak delah lapar sangat. Sebelum anak beranak cifinafa tu datang hidup aku laki bini ngan Firdaus aman tenteram, boleh goyang badan sambil dengar lagu. dancing dancing penuh romantika di amor. Bila dorang datang je haru biru.

Layan cite sambil tengok gambar boleh?pasal laki bini cifinafa tu nanti aku cerita bila part dia sampai.



dah namanya club mesti ada air buih-buihkan.



budak jantankan kalau nak sembang ngan ayah je, bila nak basuh yak yak panggil mak. mencik ahhh. gurau je, firdaus basuh yak yak sendiri, lepas basuh cuti tangan ngan sabun siap suruh aku cium.



roti ni boleh lagi dimakan , roti kat kedai ayam kok kok tu keras.



Firdaus ngan chicken ala king



masa ni boleh ambik gambar ngan sesuka hati sebab dua laki bini tu belum masuk club .

Lepas je chicken ala king ni sampai, laki bini tu masuk club.Masa nilah nampak laki bini ni ngan anak dia asyik pandang aku.Kalau aku ni lawa sangat, pakai menampakkan lurah dendam, pakai seluar pendek tu lainlah dia nak pandang-pandang. Aku nampak ngan ekor mata dia asyik pandang-pandang. Masa lamb shank aku sampai, lagi hebat pandangan dia.Kali ni bukan setakat pandang, dia alihkan badan sekali, sambil ketap-ketap bibir ngan tangan.

Dalam hati aku "syaiton janganlah pandang aku, aku nak ambik gambar lamb shank ni".



Tengok tu bangsatkan dah makan lamb shank separuh baru dapat ambik gambar, itu pun selepas makanan dorang order tu sampai. laaaaaa lapau rupanya , ingatkan dorang pandang sebab aku ni cantik sangat. Lenkali kalau dah tahu lapau sangat jangan makan tempat cam ni, sebab kat sini tempat santai santai sambil goyang badan.kah kah kah

Part yang aku nak gelak bila makanan dorang sampai suami aku terus "lega ... mahu je angkat lamb shank ni pegang cam pegang peha ayam". laaaaa rupanya suami aku pun tertekan sama. Aku tanya dia "cam mana awak tahu dia pandang kita?, "la depan kita ni kan semua cermin, kalau dia nak pandang kita pun tengoklah cermin kat depan dia tu". Tak pernahlah aku dengar suami nak cakap benda remeh cam ni, maksudnya dorang tu memang betul-betul buat dia tertekan.

Masa nak bayau pun sama asyik pandang je , aku tahulah time bayau tu aku duk korek ngan tonggang purse cari duit syiling, mentang-mentanglah dia bayau pakai kad kredit nak pandang keji ngan aku plak.




ambik ko gigi siung Firduas buat laki bini cifinafa yang suka nak pandang aku tak tentu pasal. Pandang sampai tak henggat mungkin dia nak cam kan muka aku kot, dulukan aku pernah berlakon dalam iklan sabun cap kapak ngan camay. Teringat plak, sabun kapak ni bukan setakat cuci kain ngan rambut-rambut sekali aku cuci. well dulukan tak mampu beli syampo beli pun syampo dalam paket. dasat tau bau wangi syampo paket tu seminggu pun tak hilang.


SOALAN PEPERIKSAAN PENILAIAN DARJAH LIMA(subjektip)

1)Adakah anda pernah mengalami situasi diatas? kalau pernah sila nyatakan perasaan anda ketika itu.

2)Adakah anda pernah mengunakan sabun cap kapak?Kalau anda pernah mengunakannya apakah hasilnya memuaskan hati anda?




sapa tak jawab soalan ni cikgu tak bagi markah penuh. nasib ahhhhh.

PETUA NENEK KEBAYAN ; sabun cap kapak buat sental periuk, periuk berkilat.

Monday, October 4, 2010

Green Box Best

Green box best, itu yang aku nak cakap kat sini. Sememangnya , tempat ni menjanjikan keseronakan dan pilihan untuk aktiviti sosial bersama anak-anak bila ada kelapangan. Cuti hujung minggu yang penuh bermakna dihabiskan bersama anak-anak di green box. Kami ketawa, makan dan menyanyi bersama-sama. Kita nak berhibur boleh, tapi mestilah kena pada tempat dan masa. Aktiviti sosial bersama macam ni selalunya aku lakukan bersama anak-anak sahaja . Aku rasa dengan cara ini keselamatan anak aku terjamin.Itu pandangan peribadi aku sendiri. . Pada aku tak salah, jangan samapai melanggar tatasusila, agama dan adab sopan. Detik-detik kegembiraan di sana , tak lupa aku rakamkan untuk tatapan rakan-rakan dan family sendiri.




Anak aku yang sulung dengan simontel dikaunter green box, sebelum masuk membayar apa yang patut.




Ayah simontel tengah mengikat label ditangan simontel




Anak aku yang ketiga, hanafis.Buat rakan sekerja, itulah anak aku yang sering menginvite korang jadik rakan facebook.Aku pun tak tahu, semua rakan kerja aku nak diinvitenya jadi rakan face book.



Simontel ngan anak sulungku.



Berpadu suara bertiga.Pilih lagu hip hop je.Biasalah budak-budak muda sekarang, takkan nak layan lagu rock kapak.Lainlah umur dah separuh abad cam aku.ye ke?



Mula datang angin berlagak dia.





Mood belum sampai.



Masa ni lagu linkirn park.Biasalah simontel punya peberet.



Yang istimewanya di Green box ada disediakan buffet dari pukul 5 petang hingga 10 malam.



Pilih je yang mana satu, semua ada.



Simontel tengah benggang, sebab aku suapkan terung goreng ke mulut dia.



Hidangannya ala chinese style.Tapi okeylah, makanannya tak terlalu berat.



Senyum kambing : Berapalah green box nak bagi aku komisen, sebab promote tempat dia.

Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina