Showing posts with label cake. Show all posts
Showing posts with label cake. Show all posts

Thursday, November 1, 2012

Pandan dan Coffee swiss roll ; nyum nyum sedapnya

Dari kecik sampailah sekarang aku suka makan kek swiss roll ni, nak buat tak pandai, pernahlah gak aku cuba buat tapi tak menjadi. Apasal tak percaya kek aku tak menjadi? Tak pandailah aku nak hipokrit  hipokrit ni .kalau aku kata tak menjadi tak menjadilah, kalau aku tak tahu buat sesuatu pekerjaan tu aku bagitau je aku tak tahu nanti aku mintalah tunjuk ajar dari yang bijak pandai. Bukan spesis aku bila  tak pandai menari cuba nak salahkan tanah tinggi rendah. Tak rugi humble humblekan diri , humble tu adalah sesuatu  yang indah dalam dunia ni.Percayalah humble ni banyak memberi kelebihan dan  feadah dalam hidup kita.Janganlah  kita sesekali  rasa diri  kita  berada dikedudukan paling bawah bila kita mengamalkan sikap humble.bangangkan aku  daripada cerita swiss roll ke cerita humble.




 terbaek ;  dua hari lepas aku beli  kat Jaya Jusco

Pandan & Coffee swiss roll yang  gebu dan mantop


















okey jumpa lagi............








Terima kasih kerana sudi berkunjung ke sini. Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Wednesday, October 31, 2012

petang sabtu aku ; rainbow cake versi makcik kerastangan

Ingat tak aku pernah cerita kat sini yang aku  gagal dalam membuat rainbow cake ?mesti ingatkannnn tak kisahlah gagal pun gagallah tapi kita kena percaya  gagal   itu lumrah hidup gagal sekali bukan bererti gagal selama-lamanya ye dak  .Haish leganya  percubaan aku  membuat rainbow cake buat kali kedua berjaya akhirnya.Istilah "berjaya"  di sini bukan bermaksud yang  rainbow cake yang aku buat ni  berupa paras molek , comel , kiut atau setanding  dengan rupa paras rainbow cake yang dibuat oleh tukang buat kek profesional  tapi satu je yang kengkawan kena percaya rasa rainbow cake aku ni setaraf dengan rainbow cake yang ada  dipasaran*edisi riak*.sila tutup telinga serta butakan  mata sekarang  dan marilah kita  cuba membuat rainbow cake .

 penyedian untuk membuat italian meringue butter cream
Italian Meringue Buttercream
Resepi cilok dari : blog ibu cergas
Makes 8 cups.
120 ml @ 1/2 cup air 
430 g gula castor
250 g @ 1 cup of eggwhites (~ 7 biji diambil telur putih sahaja)
680 g unsalted butter (aku guna salted butter)
1 tsp of vanilla extract
Cara-cara:
  1. Sediakan putih telur untuk dipukul sehingga kembang dan bertanduk.
  2. Serentak dengan itu, masukkan gula dan air ke dalam periuk, dan panaskan atas api sehingga mendidih untuk 7 minit.
  3. Selepas 7 minit air gula mendidih, tuang air gula ke dalam putih telur yang telah kembang tadi dengan halaju mesin yang tinggi. Teruskan pukul sehingga dasar magkuk mixer tu sejuk. Agak lama juga, lebih 15 minit. Pastikan kesemua telur putih tadi terkena gula yang panas itu. Ini untuk memastikan putih telur itu masak dan kuman-kuman mati.
  4. Masukkan mentega sedikit demi sedikit ke dalam adunan putih telur. Pukul lama-lama sehingga semua sebati. Mungkin mengambil masa agak lama ~10 ke 15 minit.
  5. Siap. Boleh disimpan beberapa minggu dalam freezer. Pukul kembali sehingga kembang bila dah thaw keluar dari freezer.
putih telur dah bertanduk yang dah dicampurkan dengan air gula yang telah didihkan
salted butter
italian meringue butter cream yang dah siap sepenuhnya 
Italian meringue butter cream yang dah siap sepenuhnya tadi aku masukkan ke dalam plastik kemudian aku simpan dalam freeze
Bahan-bahan utama untuk membuat rainbow cake
bahan -bahan utama untuk membuat rainbow cake

Rainbow Cake
Resepi cilok dari : ibu cergas
226 g butter, room temp-aku guna 250 g
426 g sugar -(aku kurangkan jadi 350 g)
5 egg whites, room temp
1 teaspoons vanilla
426 g flour-aku guna self rasing flour
1 tsp baking powder
½ tsp salt
355 ml milk, room temperature
Cara-cara:
  1. Panaskan oven 175C.
  2. Sediakan loyang yang dilapik dengan kertas pembakar. Kalau ada 6 loyang lagi bagus. aku  cuma ada 2 loyang bersaiz 6 inci. Aku bakar sekali 2 loyang ,nasib baiklah oven aku sedikit besar*edisi riak disitu*
  3. Ayak tepung, serbuk penaik dan garam. Ketepikan.-aku guna self raising flour
  4. Pukul mentega dan gula castor sehingga bertukar warna pucat.
  5. Masukkan telur putih sedikit demi sedikit. Pastikan telur putih ni dipecahkan satu persatu ke dalam bekas berasingan. Manalah tau kan kalau-kalau ada telur tembelang. Tak ke haru.
  6. Masukkan esen vanila.
  7. Masukkan tepung dan susu berselang seli. Dimulakan dengan tepung, dan diakhiri juga dengan tepung (tepung-susu-tepung-susu-tepung-susu-tepung). Kacau sehingga sebati. Tapi jangan terlebih kacau pula.
  8. Bahagikan adunan kepada 6 bahagian. Dalam adunan ni, saya anggarkan setiap bahagian supaya mempunyai berat 251 gram. Warna-warna pilihan adalah, ungu, biru, hijau, kuning, oren dan merah. Saya guna pewarna cecair yang biasa-biasa sahaja.
  9. Bakar dalam oven untuk 23 minit bagi setiap loyang (ni kalau ikut oven sayalah. Hehe)

adunan rainbow cake 
Aku sentiasa tamak dengan italian meringue butter cream.
My first rainbow cake-abaikan rainbow cake  aku yang comot tu seperti yang kengkawan sedia maklum"mak kerastangan" dan mak tak de spatula*ada hati nak decorate cake*ratu tolong akak mu ini.
my first rainbow cake
Firdaus yang tak sabar nak merasa kesedapan rainbow cake yang mak dia buat *masuk lif tekan sendiri*


InsyaAllah aku akan cuba lagi membuat rainbow cake sehingga  aku  mendapat rainbow cake yang berupa paras molek , cantik dan kiut miut.



Terima kasih kerana sudi berkunjung ke sini Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Tuesday, September 11, 2012

Malam minggu aku ; butter cheese cake dari orang keras kepala untuk pengasuh dan teman

Suami bagitau  aku yang dia tak berapa gemar makan butter cake atau butter cheese cake,  kalau makan sikit- sikit je bolehlah. Aku tahulah feveret dia kek coklat ."Ada aku kesah, "aku kata dalam hati. Aku jahat  tapi sejahat -jahat aku ni la kan dalam hati aku ni penuh kasih sayang yang terlalu sukar  hendak aku  ungkapkan dengan kata-kata Biarlah  Allah SWT je yang  tahu.Ya memang tidak dinafikan dari  kecik sampai besar aku suka buat benda  ikut kepala aku  tapi tak delah sampai buat benda yang menyusahkan keluarga atau orang lain. Kalau buat sekalipun aku akan tanggung akibatnya, aku ni jenis pandai buat pandai tanggung.

Bak kata suami aku semalam ; dah ayahnya dan emaknya keras kepala   dapat anak pun keras kepala. Aku balas balik "sekeras keras  kepala saya , InsyaAllah belum pernah lagi saya buat sesuatu  tanpa izin awak , tak pernah lagi saya tak buat apa yang awak suruh dan lagi satu sekeras keras kepala anak saya InsyaAllah dia belum pernah lagi menyusahkan hidup saya."Dan perbualan kami mati disitu saje.

Berbalik  kepada cerita butter cheese cake ;

Aku menggunakan blue key tepung naik sendiri 
 
Putar putih telur sampai gebu tips untuk tips  putih telur jadi gebu sila ambik kat SINI
Gambar belah  kiri  Adunan yang belum dicampur dengan putaran putih telur manakala gambar belah kanan adunan yang dah ready untuk dimasukkan ke dalam oven
Bersedia untuk dimasukkan ke dalam oven
Butter cheese cake

Bahan A

225 gm tepung gandum - Aku guna tepung naik sendiri 225 gm
1 1/2 tsp baking powder
1/4 garam

Bahan B

200gm butter
175gm cream cheese
1/2 sudu teh lemon zest
160gm gula castor
5 biji kuning telur

Bahan C

5 biji putih telur
1/2 tsp jus lemon

Cara-caranya

1.pukul butter dan cream cheese sampai gebu
2.masukkan gula, pukul lagi
3.masukkan kuning telur dan kulit lemon, pukul lagi
4.Masukkan bahan A dan gaul rata
5.Dalam mangkuk lain pukul bahagian c hingga kental
6.kemudian masukkan ke dalam campuran butter tadi dan kacau rata
7.masukkan ke dalam loyang ukuran 7 in x 7 in yang telah digris dan dialas, bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 30 minit.

Gandakan pengunaan bahan-bahan sekiranya kita nak buat lebih dari satu adunan
 butter cheese cake menjerit-jerit minta dikeluarkan dari oven

Aku belum potong lagi butter cheese cake yang aku buat malam minggu hari  tu maka  aku terpaksalah menggunakan  gambar dari entry lama untuk menunjukkan kegebuan  butter cheese cake  aku ni.

Sekadar luahan hati

Buat jahat jangan sekali  kalau nak membuat kebaikan pun  biarlah berpada-pada . Dalam hidup ni, Jangan dengki pada orang lain dan lagi satu  jangan sesekali menganiaya manusia , haiwan dan serangga. Kenapa plak serangga terlibat dalam ini cerita, ha ha ha serangga mengingatkan aku pada arwah nenek , dia cukup marah kalau aku pukul nyamuk. Dia akan cakap "nyamuk pun nak  hidup".Tapi paling aku tak boleh lupa setiap kali  barang  dia kena curi, dia akan cakap "nak buat cam mana dah rezeki pencuri."Sabau jelah kan. 

Monday, June 6, 2011

Cerita pasal Katherine & Sophie


Salam hari selasa .......................tapi update senin boleh.


Lepas tengok rancangan DC cupcake kat rumah yuyi hari tu, tiba aku teruja ngan Georgetown cupcake .

Teruja rasa nak ngap semua cupcake tu. Teruja ngan kegigihan pasangan tu menyiapkan projek demi projek.









Rasa nak ngap.



Tangan budak montel


gigih bubuh aksesori.


Ini bukan georgetown cupcake, ini Firdaus cup cake.


Aku biar je dia nak buat apa ikut kreativiti dia, cam belajar gak.


cupcake ilham Firdaus. Berapa banyaklah dia tabur aksesori kat situ?Kalau dah namanya budak, memang suka berwarna warni ni.Dorang teruja.


Aku ngan Firdaus hentam ikut suka.Aku tak pedulik, janji happy.




tukang buat sendiri makan.


Jumpa lagi.....................

Saturday, June 4, 2011

coffee cup cake tepek cream cheese frosting

Salam hari sabtu,..... Masa tuk membaking, siri kerajinan dah sampai. Harap maaf ye oleh kerana resepi ni rekaan sendiri, ada sikit-sikit yang aku agak lupa berapa gram yang dicampak kat situ.

Ini yang aku ingat ye,


nescafe bancuh ngan air panas dan sejukkan. tengoklah banyak mana yang korang suka, jangan terlebih nescafe udah.


adunan yang dah siap, tunggu nak masuk dalam oben je.

bahan-bahan

250 grams butter
200 grams castor sugar
essen vanilla beberapa titik
300 grams tepung gandum campur 2 tsp baking powder
telur 3 biji

cara-caranya


Pukul butter ngan gula castor sampai kembang.Lepas tu masukkan telur sebijik demi sebijik. Dah kembang masukkan tepung yang dicampur baking powder.Kacau sekejap, kemudian tutup suis letrik pemutar ye murid murid. Masukkan bancuhan air nescafe tadi ke dalam adunan. Kacau ngan sudip kayu. Tak de sudip kayu, besi pun boleh.ekekkek. Masukkan adunan hingga separuh cup, bakar pada suhu 190 darjah celcius hingga 25 minit.Angkat dan sejukkan atas redai.

cream cheese frosting

250 grams cream cheese
200 grams icing sugar
lemon
butter
sikit essen vanilla

Putar cream cheese ngan butter dengan perlahan hingga cantik . Tak tahu lagi nak guna perkataan apa. jangan lupa buh essen vanilla beberapa titik. Lepas tu baru buh icing sugar, kacau ngan perlahan lagi.lepas tu kacau kuat, kemudian perah sikit lemon juice dalam cream cheese tadi.






coffee cup cake tunggu tuk disolek


Aku dah ngap separuh, saja buh banyak cheese. nak nunjuk kemontokkan cup cake tu.


Cream cheese frosting boleh gitu kasi conteng.





Harap maaf , aku budak baru belajar sendiri.


Nak wat apa-apa kena spontan je, tak payah nak teragak-agak, jangan berkira -kira dan bersukat sangat. redah je.Insyaallah jadik, paling penting basic kena tahu.

SELAMAT MENCUBA.


Thursday, June 2, 2011

chocolate cup cake

Nak tepek resepi chocolate cup cake



















Chocolate cup cake tepek chocolate buttercream icing




Firdaus yang excited, maaf gambar sama ngan rumah sebelah.dah jirankan.



Deco suka suki je. Nanti nak beli nozzle saranan dari ratu. Betul gak dia cakap, tak payah susah payah nak basuh piping beg.


Last sekali baru nak tepek resepi dari sifu ku
Joy baking.com


Chocolate Cupcake

50grams coco powder dilarutkan dalam 240ml air mendidih(ketepikan , biar sejuk)
300 grams tepung gandum (jenis tepung tak tiru joy ye)
200 grams gula castor
butter 250 grams
3 biji telur besar
2 tsp essen vanilla
2tsp baking powder
1/2 tsp garam






coco powder yang dilarutkan dalam air mendidih



Pukul butter ngan castor sugar, sampai kembang.Lepas tu masukkan tepung yang telah dicampurkan ,baking powder, ngan garam. Putar sampai semuanya bergaul rata. Last sekali tuangkan coco powder yang telah dilarutkan dalam air.Kacau lagi bagi adunan sekata.



Tak de cup lain, cup muffin pun aku tibai.

Tuang adunan dalam cup . Bakar pada suhu 190 darjah celcius hingga 25 -30 minit

Jom buat chocolate butter cream icing plak

coklat dicairkan
butter 250grams
gula icing 160grams diayak
1 tsp essen vanilla.




Coklat yang dah cairkan.



chocolate buttercream icing

Pukul butter ngan icing sugar sampai kembang .lepas tu masukkan coklat yang cair dan sejuk..Nak buat icing pun ada teknik. Pusing perlahan dulu, dah agak kembang, baru pusing laju.

Cup cake dah sejuk, boleh tepek ngan icing.


SELAMAT MENCUBA.

Wednesday, June 1, 2011

carrot cake

Hari nak aku nak update carrot cake yang buat malam tadi, tak pedulik nak tepek gak, resepi aku cilok dan rempit dari akak tersayang cikgu pah.Kalau korang buat tiru resepi cikgu pah ye, sebab aku tak bubuh cheese kat atas, bajet lari. Cikgu pah guna walnut.



Adunan yang dah siap tunggu untuk dibakar.



Bahan-bahan yang aku guna malam tadi.



Adunan yang dah siap tinggal nak dimasukkan dalam oben.

Resepi cikgu pah.Thank you darling.tumpang lalu cik ina cilok resepi.

Bahan A
250 gm butter
300 gm castor sugar

Bahan B
1 tsp esen vanila
5 biji telur gred B

Bahan C
340 gm tepung super fine
1 tsp baking powder
1/2 tsp cinnamon powder

Bahan D
150 gm kacang walnut , dipanggang sekejap dan di cincang kasar
150 gm pineapple cubes - di dadu kecil
350 gm carrot diparut dan diperah airnya
100 gm chocolate chips

Untuk cream
250 gm cream cheese
100 gm butter
80 gm gula icing

Cara:
Pukul A sehingga creamy. Perlahan-lahan masukkan B. Fold in C dan masukkan D. Gaul rata.
Masukkan adunan ke dalam dulang empat segi bersaiz 9 inci atau 10 inci kali 7 inci. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suku 175 deg C selama satu jam. Bila masak, sejukkan.

Untuk cream.
Pukul semua bahan sehingga kembang dan ringan. Sapukan di atas kek apabila kek sudah sejuk.



Bangun pagi dah hilang separuh.



Saja je nak tunjuk kemontokan cake carrotku.

Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina