Friday, June 8, 2012

Lumrah hidup


Petang semalam aku  buatkan  rainbow cake untuk Firdaus sempena  besday dia yang ke 7 tahun pada 6/6. Gambar di atas  adalah  bahan -bahan untuk membuat rainbow cake


 Salah satu  proses membuat rainbow cake
 Besday boy yang tengah  excited menyalin nama-nama bahan untuk membuat rainbow cake.
Suami aku juge memainkan peranan penting dalam proses membuat Italian meringue.Walaupun brutal dalam hati ada taman.kah kah kah 

Aku gagal dalam membuat rainbow cake.Aku tak kisah cuma Firdaus sedikit kecewa.Aku dah janji dengan dia nak belikan dia  besday kek. Aku takkan putus asa aku akan cuba  buat lagi rainbow cake sampai menjadi.Gagal sekali bukan bermakna aku akan gagal selama-lamanya.

Pengajaran ynag aku dapat dari rainbow cake aku yang tak  menjadi ni.
1) jangan membuat kerja secara  terburu-buru
2)Aturan membuat kek perlu dipatuhi

Bagi  aku orang berjaya dalam hidup  adalah
1)orang yang berani mengaku kesilapan  diri sendiri
2)orang yang tak kenal erti penat dan susah
3)orang yang tak kenal erti putus asa
4)orang yang  berani gagal

motip aku bagi tahu ciri-ciri  orang yang berjaya dalam hidup.la la la


Happy besday Firdaus semoga jadi anak yang berguna pada agama, bangsa dan negara.Mak tak de hadiah untuk firdaus mak tujukan lagu boleh : ) 

Andai dapat kugapai bintang di awan biru
kan kuhadiahkan kepada mu
andai dapat kugapai bulan mengambang penuh 
kan ku hadiahkan dihari jadimu
begitulah janjiku kepada mu





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina