Showing posts with label pizza hut. Show all posts
Showing posts with label pizza hut. Show all posts

Monday, May 28, 2012

Jaya Bachan lagi kurus dari Aishwarya Rai , aku ngan Aishwarya Rai sama gemuk

Macam mana okey tak statement aku tu. Tak pernah lagi keluar  statement "Jaya Bachan lagi kurus dari Aishwarya Rai , aku ngan Aishwarya Rai sama gemuk" kat mana-mana blog gossip serta  majalah hiburan. Sila ambik perhatian statement tu telah dipatenkan : )  takut kena  curik .Sekarang ni kan  ramai  sangat orang  di luar sana  mempertikai kegemukan Aishwarya Rai , aku nak  gak join sama. la la la .korang tahu tak kenapa Aishwarya Rai gemuks?  Hampir setiap hari   makan baked cheese rice Pizza hut  kat negara dia manalah  tak gemuk ye dak. . la la la tak caya udah sambung sendiri..................dah lepas ni tak payah nak ambik tahu sangat pasal dia .Apa yang penting dia dah kaya . la la la

Petang semalam aku  bawak Firdaus makan  baked cheese rice pizza hut kat Giant Bukit Tinggi .Terbaek baked  cheese rice Pizza Hut . Rasanya first time aku masuk pizza Hut  tak order pizza. Saje aku nak tukar selera order makanan lain plak disamping tu dapat  aku berjimat. *haji bakhil*


Firdaus sedang memikirkan masa depan : )

Main petik petik je order air entah apa ke namanya aku pun dah tak ingat.

ko mampu order satu je mushroom soup.bajet jangan tak bajet.la la la 

4 ketul untuk dua orang makan. celah gigi je Alhamdulillah kenyang gak

Baked cheese rice pizza hut sebelum ditebuk Firdaus.

Jeng jeng selepas ditebuk. InsyaAllah aku nak buat sendiri  baked cheese rice ni nantikan  ye.



Selamat malam semua. kenang daku dalam doa mu sebelum tidur  jangan lupa basuh kaki ye.

Tuesday, February 28, 2012

makcik kawasan come back

salam kengkawan

Bukti yang aku tengah sibuk berpindah opis : )


Terima kasihlah kepada yang sudi datang blog ni, walaupun dah 3-4 hari tak berupdate. Maaflah blog makcik kawasan sunyi sepi-kui kui kui ,dalam minggu ni aku sibuk pindah opis dari tingkat satu ke tingkat dua(cam bangangkan), terasa penat sangat , almaklumlah dah peringkat makcik makcik , sampai tak sihat dibuatnya ,tu yang malas nak update blog, bukak komputer pun idak. Misal kata korang nampak blog ni lebih dari dua minggu tak berupdate , maksudnya aku dah kojol , sila silalah sedekahkan Al-Fatihah untuk aku ye, cayang kat korang.kui kui kui Semalam aku MC , yuyi bawak pegi klinik, balik dari klinik yuyi belanja makan kat pizza hut, cam dah lama je tak makan pizza . Pizza hut ni mafahalfal, tapi sedap, susah nak cari pizza sesedap cam kat pizza hut.sapa setuju angkat tangan!!!!!!!


Budak ni paling banyak makan Oriental wings.saja je dia buat muka cam tu

Oriental Wing -Fried Chicken drumettes and mid wings coated (luarnya ada garlic ngan cili)kalau tak silap aku , rasanya maveles.

Selalunya makan pizza kat pizza hut ,aku mesti order pizza hawaiian chicken ngan hawaiian tuna , ni feveret anak-anak ngan suami , pizza yang lain tak berapa ngam ngan tekak.


Sekarang ni kalau gi pasaraya, aku mesti beli Lipton ice tea ni. mudah dan sedap.


1 paket Lipton Ice Tea dapat menghasilkan 1 liter teh Ais perisa limau .

Sesuka hati je aku tukar resepi chochlate chips cookies , maka terjadilah coffee chochlate chips cookies ,resepi sama cuma bezanya aku tak buh coco powder , aku gantikan coffee elmulco .

Malam tadi aku mengagahkan diri bakar cookies tuk kawan opis. Sebenarnya aku tak de niat pun nak jual cookies ni,tapi bila sorang kawan tu makan , dia terus nak beli, aku jual kat pada kawan opis yang berminat je .



Jumpa lagi ye, dilain hari dan waktu , makcik kawasan ada keja yang nak dibereskan, banyak lagi fail -fail yang perlu dimasukkan ke dalam kotak .

Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina