Showing posts with label coffee chochlate chips cookies. Show all posts
Showing posts with label coffee chochlate chips cookies. Show all posts

Wednesday, August 15, 2012

My homemade Chocolate chip + hazelnut

Salam Ramadhan.............


Fuh lega malam tadi siap juge akhirnya chocolate chips cookies aku .Tinggal nak buat samperit dahlia ngan tambah 3 botol lagi tart nenas, tu tak pe nanti jumaat  yuyi balik dia boleh bantu aku.Jenuh gak nak menghabiskan dua adunan  gedabak gedebuk sampai pukul 12.30 gak malam tadi.Baru je nak telayang pukul satu , 4.30 aku terbangun tup tup  api tak de, aku sambung tidur balik sedar sedar dah pukul 5.40. Jom melayan chocolate chip yang aku buat malam tadi.
250gm hazelnut dihiris , aku terlebih rajin nak beli hazelnut sebiji-sebiji kenalah hiris sendiri kemudian bakar dalam oben pada suhu 120 darjah celcius selama 30 minit.
Aku buat dua adunan senang nanti tak payah nak buat lagi .Untuk dua adunan aku  campurkan 250gm butter anchor lagi 250gm buttercup
Recipe : Rima

Ingredients

200g margarine
50g butter - aku guna anchor butter
75g caster sugar
90g brown sugar
3 egg yolks
1/2 tsp vanilla essence
1 tsp coffee oil
120g of chocolate chips
100g of cashews, toasted, chopped - Aku guna hazelnut
350g flour
15g cocoa powder -
1/2 tsp baking powder
1tsp salt - i added

Method
- Preheat oven to 160 deg C.
- Grease a pan with margarine.
- Beat butter, sugar and brown sugar until smooth.
- Add the eggs one by one, beat till combined. Add vanilla essence and coffee oil.. beat well.
- Add sifted flour, cocoa powder, salt and baking powder mixture and stir well.
- Add chocolate chips and cashew nuts. Mix well.
- Bake in hot oven for 15 minutes.
- Remove and let cool.
Bagi mendapatkan chocolate chip cookies yang sama size dan bentuk aku guna scoop ice cream kemudian aku tekan mengunakan garfu.
Macam nilah bentuk chocolate chip yang hendak dimasukkan ke dalam oven
Chocolate chip tengah bersedia untuk dibakar
Yummy mabeles chocolate chip bersama hazelnut
lagi my homemade chocolate chip
Nak juge menyibuk budak yang tak sabau nak berhari raya ni

Hasil pendapatan dari dua adunan(500gmbutter) chocolate chip dapatlah 300 keping chocolate chip.



Sekadar luahan hati

kelakar ada sorang pompuan ni  kata chocolate cookies aku sedap tapi bila dia tau aku yang buat cookies ni terus dia cakap tak sedap, habis cam mano.Kenapa ngan pompuan ni bermasalah atau meroyan.la la la la la

Tuesday, February 28, 2012

makcik kawasan come back

salam kengkawan

Bukti yang aku tengah sibuk berpindah opis : )


Terima kasihlah kepada yang sudi datang blog ni, walaupun dah 3-4 hari tak berupdate. Maaflah blog makcik kawasan sunyi sepi-kui kui kui ,dalam minggu ni aku sibuk pindah opis dari tingkat satu ke tingkat dua(cam bangangkan), terasa penat sangat , almaklumlah dah peringkat makcik makcik , sampai tak sihat dibuatnya ,tu yang malas nak update blog, bukak komputer pun idak. Misal kata korang nampak blog ni lebih dari dua minggu tak berupdate , maksudnya aku dah kojol , sila silalah sedekahkan Al-Fatihah untuk aku ye, cayang kat korang.kui kui kui Semalam aku MC , yuyi bawak pegi klinik, balik dari klinik yuyi belanja makan kat pizza hut, cam dah lama je tak makan pizza . Pizza hut ni mafahalfal, tapi sedap, susah nak cari pizza sesedap cam kat pizza hut.sapa setuju angkat tangan!!!!!!!


Budak ni paling banyak makan Oriental wings.saja je dia buat muka cam tu

Oriental Wing -Fried Chicken drumettes and mid wings coated (luarnya ada garlic ngan cili)kalau tak silap aku , rasanya maveles.

Selalunya makan pizza kat pizza hut ,aku mesti order pizza hawaiian chicken ngan hawaiian tuna , ni feveret anak-anak ngan suami , pizza yang lain tak berapa ngam ngan tekak.


Sekarang ni kalau gi pasaraya, aku mesti beli Lipton ice tea ni. mudah dan sedap.


1 paket Lipton Ice Tea dapat menghasilkan 1 liter teh Ais perisa limau .

Sesuka hati je aku tukar resepi chochlate chips cookies , maka terjadilah coffee chochlate chips cookies ,resepi sama cuma bezanya aku tak buh coco powder , aku gantikan coffee elmulco .

Malam tadi aku mengagahkan diri bakar cookies tuk kawan opis. Sebenarnya aku tak de niat pun nak jual cookies ni,tapi bila sorang kawan tu makan , dia terus nak beli, aku jual kat pada kawan opis yang berminat je .



Jumpa lagi ye, dilain hari dan waktu , makcik kawasan ada keja yang nak dibereskan, banyak lagi fail -fail yang perlu dimasukkan ke dalam kotak .

Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina