Showing posts with label telur dadar. Show all posts
Showing posts with label telur dadar. Show all posts

Tuesday, November 20, 2012

kalau dah minat orang tak suruh pun kita buat ; hujan ribut pun sanggup diredah

 Aku  suka memasak. Seriously , minat dan suka memasak  tu  memang dah  ada dalam jiwa aku sejak aku belasan tahun lagi. Aku teringat masa zaman aku belasan tahun , bila berkumpul bersama  family dan saudara mara sebelah ayah kat  kampung terutama musim perayaan atau kenduri kendara aku suka sangat menawarkan diri  untuk menolong mak-mak  saudara  memasak.he he he kelakar bila teringat umur  aku yang   belasan dah terlebih rajin masak mengalahkan  makcik-makcik.
 
Seingat aku masa tu  aku lebih selesa  berkawan dengan sepupu  dan adik beradik aku berbanding dengan  kawan -kawan perempuan  sebaya aku .Selepas   dikhianati kawan baik sendiri aku pernah  hampir bersumpah tidak mahu punyai kenalan rapat .Selepas berlaku penghianatan tu sepupulah menjadi teman aku untuk  mencurah rasa hati.Kami sering menghabiskan masa bersama -sama , sepupu aku suka suruh aku masak, biasalah aku ni bab memasak orang suruh aku masak  20 jenis lauk pun aku rela daripada suruh aku mengemas rumah.

Kelakarlah........  aku baru perasan yang kecenderungan dan ketaksuban aku  terhadap  memasak  ni telah  membuatkan  aku  terlupa  hendak mengajar anak aku yuyi memasak .Haish aku termalu sendiri bila baru-baru ni yuyi bagitau aku "mak,   ingat tak, mak tak pernah sekalipun ajar saya  masak nasi  waima bawang pun tak pernah suruh saya kupas." arghhh baru aku perasan yang selama ni  aku memang suka memasak berseorangan .Tapi syukur Alhamdulillah walaupun aku tak  pernah  mengajar dia memasak itu semua   tak pernah sekalipun dijadikan alasan yang dia tak pandai memasak.

Cerita pasal masak lagi biasalah cuti-cuti sekolah macam ni aktiviti aku disubuh hari mestilah memasak.Cuti-cuti sekolah macam ni perut Firdaus lapar je almaklumlah tak de aktiviti. Subuh ni aku masakkan dia


1)sambal sardin
2)telur dadar bawang
3)sup bayam

 sambal sardin


sup bayam
telur dadar


Jumpa lagi......



Terima kasih kerana sudi berkunjung ke sini Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Wednesday, October 24, 2012

Malam rabu aku ; lala goreng ; sembang-sembang makanan laut

Ya , juadah kami malam tadi "Lala goreng cili" dah tentu-tentu mengikut  selera tekak Firdaus.Rumah aku ni memang  jarang masak makanan yang berasaskan  makanan laut  mungkin sebab suami aku cerewet dalam memilih makanan laut . Bila suami aku ke pasar memang tak de maknanya kalau dia hendak membeli  ketam, sotong atau lala. Aku malas nak tanya pun sebab aku dah tahu jawapan dia "tak fresh"ye statement tu sinonim dengan suami aku yang sememangnya  pemancing tegar.

yeak yeak lala ni aku yang beli , selamat masa ni suami aku tak de.
  saper tak kenal lala sila angkat tangan sekarang jugak???????
 we call cangkung saper tak kenal kangkung sila angkat tangan sekarang jugak??????

Marilah kita bersama-sama mengoreng lala
Bahan-bahan untuk mengoreng lala ni simple je
 Sedikit hirisan halian dan 5 ulas bawang putih yang dah diketuk dan dipecahkan serta  dibuang kulit
  5 tangkai cili kering yang direndam dengan air panas  kemudian dikisar kering
 3 sudu besar sos tiram dan sesudu besar kicap pekat

cara-cara membuatnya

1))tumis bawang putih dan halia sehingga naik bau dan kekuningan-guna api sederhana
2)tumis cili kisar hingga pecah minyak-guna api sederhana
3)masukkan sos tiram  diikuti dengan kicap pekat
4)Masukkan lala gaul sementara kemudian tutup-guna api besar
5) kaup balik semula , masak seketika sehingga cengkerang lala terbuka.



 lauk tambahan ; telur dadar digoreng bersama hirisan bawang besar dan hirisan daun saderi
Lala goreng cili  aku ni sesuai untuk   kanak-kanak yang tak berapa  tahan dengan makanan pedas
kangkung goreng belacan bersama aksesori sotong tersesat , ekceli sotong tu aku beli untuk dijadikan perencah mee goreng.
 Juadah kami  malam tadi , tak payahlah nak pelik sangat ye kan aku dah bagi tahu aku spesis yang tak berapa nak pandai memasak makanan  dalam quantity yang kecil -ikan masin tu balance sarapan pagi tadi 
 Makanan feveret Firdaus la tu  lala goreng dan kangkung goreng.
ko mampu makan lala mengunakan sudu dan garpu. Maafkan Firdaus ye dia bukan nak tunjuk eksen , cuma dia kekok makan menggunakan tangan. Sekarang ni aku sedang cuba mengajar dia makan mengunakan tangan.Dia kena selalu melatih diri  menggunakan tangan semasa makan.
Kalau Firdaus bagi tahu kat aku yang dia belum  kenyang selepas  makan  nasi  bersama  semangkuk lala goreng  arghh nanti dah tentu-tentu  aku debik dia sebijik: )


Sekadar luahan hati

Bila ada  depan mata tidak  tahu  nak menghargai, bila dah tiada barulah  tercari-cari,itulah hakikat diri kita yang sebenar.





Terima kasih kerana sudi berkunjung ke sini Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .



Sunday, February 5, 2012

tumpang glamour situkang pancing ikan merah : )

Salam Maulidur Rasul 1433 Hijrah.........


Dah lama suami suruh update blog dia, sampai merajuk orang tua tu, malam tadi sebelum dia pegi mancing aku transfer semua gambar dari hp dia ke komputer, konon nak update blog dia, password plak terlupa, habis cam mano? Apa lagi aku curi gambo tu tepek kat blog aku, tumpang glamer jap : ) Mana tahu lepak-lepak nanti ingat balik password blog tu , kalau tak kenalah reset balik.



Bulan 1 ni dekat 3 kali dia gi mancing dapat ikan merah ngan tebal pipi, Alhamdulillah ikan kecik atau besar semuanya rezeki dari Allah SWT . Rajin plak suami aku tangkap gambar pokok mangga depan rumah,masa ni pokok tu tengah galak berbuah. Hairan bin Ajaib pokok mangga tu tak pernah berjaga , letak baja pun tak, suami siram pun sekali sekala , syukur Alhamdulillah semedang berbuah. Itu pokok mangga, kalau suami ngan anak jangan sesekali biarkan cam tu , kita kenalah selalu siram dan bagi baja, barulah hasilnya subur dan mengalakkan : )

Jom layan lauk tengahari tadi , simple je

kari ikan merah
telur dadar
perhangat sambal sotong semalam



Bahan-bahan untuk masak kari ikan merah(sebelah kepala & dua ketul isi)

1)lebih kurang 6tbsp rempah kari bancuh ngan air-kali ni aku guna rempah kari babas
2)3 cm halia - hiris
3)8 ulas bawang putih-hiris
4)8 ulas bawang merah -hiris
5)1 tangkai daun kari
6)1 tsp rempah campur
7)600 ml Perahan air asam jawa


Cara-cara membuatnya

tumis bahan 3-6 hingga naik bau dan layu kemudian tumis rempah kari yang dah dibancuh tadi hingga pecah minyak.(kecikkan api semasa menumis rempah kari)Selepas rempah kari tadi pecah minyak, masukkan bancuhan air asam jawa(quantity air asam jawa bergantung pada quantity rempah kari dan ikan). Biar kari agak mendidih lama, buh bendi ngan ikan yang dah digaram kunyit, biar bendi lembut dan ikan masak sepenuhnya.Akhir sekali buh garam, 1 tsp gula ngan, perasa, sebagai penambah rasa . Jangan masak ikan terlalu lama,bila kuah dah agak mendidih(kalau masak kepala ikan biarlah lama sikit) , terus angkat.(bila masak bahagian kepala dan ekor ikan biarkan kuah mendidih lama sikit)




Aku bercadang tak nak masak hari ni, pagi tadi beli banyak mee goreng nak makan sampai ke petang, tapi nak buat cam mana muka Firdaus monyok asyik tanya nasi je, terpaksalah aku merajinkan diri masak nasi ngan lauk. Rasa nak cubit je dia ni , mee goreng makan, nasi pun nak nengoklah muka dia tu masam konon , dalam hati melompat-lompat : )




Selamat berhujung minggu bersama keluarga tersayang, yeah yeah esok cuti.


Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina