Monday, September 13, 2010

Lega...semua dah selesai



Mata-mata simontel

Hari aku dah mula kerja.Lega .......Raya dah habis.Aku paling malas nak duduk kat rumah lama-lama.Malas banyak sangat orang datang rumah nak ucap selamat hari raya dan minta maaf.aku pun kadang-kadang tak paham, hari lain tak boleh nak minta maaf ke? kenapa hari raya je.lepas tu buat salah lagi, hari raya minta maaf balik.boring beb.....Banyak gambar, tapi aku tak sempat ambik.almaklumlah, busy sangat.







Tahun ni aku buat nasi himpit, tahun ni jugak pertama kali tak anyam ketupat.




Kuah kacang yang aku masak sendiri mengunakan 4 kilo kacang tanah, udang kering , 2 tin tomato puri dan bahan mesin bawang merah dan putih , serai, lengkuas, halia.





Sambal sotong kering yang ada kacang tanah tumbuk.sotong kering 1/2 kilo.





Daging kambing 7 kilo.separu h aku masak rendang, separu masak kari.Yang aku masak kari semuanya isi bercampur ngan tulang.





resepi rendang cam biasalah, selak entry yang lama.



rendang kambing yang best.daging kambing tak de bau kalau kita masak rendang.selain tu aku masak 6 ekor ayam, dimasak merah ngan kari tulang kambing.Nasib tahun ni anak aku balik cepat sikit, adalah orang yang menolong aku masak.



Jangan lupa kalau sakit badan nak dapatkan tukang urut handalan , sila tel

013 2363894
017 2427754

Nama tukang urut tu korang jangan tanya, aku pun tak tahu, aku paling pantang, kalau orang sms aku tanpa bagi nama, lepas tu bila kita call, dia sms balik dia kata hp dia rosak.sms lagi dan lagi....okey jangan lupa ye call no tu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina