Showing posts with label Jamal Amdillah dan Zizan. Show all posts
Showing posts with label Jamal Amdillah dan Zizan. Show all posts

Thursday, April 5, 2012

Ketepi sikit memon nak show off Braun Buffel ngan CKJ memon sekali ngan kuah asam tumis kepala ikan

Kengkawan mesti rindu ngan  juadah memon sepanjang minggu .Okeylah  oleh kerana tak nak menghampakan perasaan kengkawan, jeng jeng memon up gambar juadah makan malam memon dua hari lepas, fresh from farm.#bajetretislahsangatkomemon# Resepi boleh selongkar lemari belah kanan ye.Tima kasih. Cianlah ngan memon , penat tau setiap kali tepek gambar juadah nak  kena tepek resepi sekali. *penatlah sangat ko memon* 

 Semalam je memon tak masak, ada pasar malam mah, main tunjuk-tunjuk jelah.Entah kenapa ngan tekak memon cam tak puas je makan makanan yang dibeli, bukan tak sedap, mungkin mungkin mungkin apa memon?????? bila beli nanti duit cepat habis larikkkkkkkkkkkkkkkkkkkk

3 hari lepas Memon masak  asam tumis kepala ikan yang tak dapat dikenal pasti identitinya dari spesis mana, mungkin sebab dah terlalu lama dalam esbok, apa yang memon kenal pasti kepala ikan tu dari ikan yang suami memon pancing. Terharunya !!!betapa kuatnya kecintaan memon pada suami #perasanbanget#

Beberapa kurun dulu memon ada pesan, nak dapatkan  kuah asam tumis atau asam pedas yang sedap sila tumis lama sikit bahan tumisan, kalau boleh tumis cili kisar  tu sampai pecah minyak.

Air asam jawa pun kena buh secukupnya, nama pun kuah asam pedas dan kuah asam tumis, kuahnya kena lah ada rasa sedikit kemasaman, ye dak.

Biasalah feveret memon buh mangga atau kedondong dalam kuah asam tumis, kuah asam pedas, ngan masak lemak cili api.

ketepi sikit memon nak show off asam tumis kepala ikan memon.tima kacih

Biasalah rumah memon ni masak sekilo bayam ngan kangkung pun habis, braun buffel betul, opssss


Menu hari selasa ; Tomyam ayam, telur dadar,  kangkung goreng ikan masin ngan stok asam tumis 3 hari lepas.

Tomyam ayam ni memon guna paste  Tomyam Adabi.

Kangkung goreng ikan masin-memon guna ikan masin yu-sepaket RM2, boleh masak 2 kali.
Telur dadar bawang, entahlah memon ni ada je tomyam mesti nak goreng telur dadar, tebiat.
Panaskan asam tumis yang gambar atas tu, tak baik membazir tuhan marah : )

Semenjak dua menjak ni Firdaus suka buat muka bila memon ambik gambar dia, memon redha jelah, nak serikan blog punya pasal memon bertabah je.
Ada teratak di hujung kampung
Bawah cermin kopak ada kotak
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak

 Memon tukar lirik

Ada teratak dihujung kampung
dalam teratak ada katil baby nak roboh
Tersembunyi dalamnya berbagai khazanah
sembunyi diatasnya kain baju tak berlipat

Nyanyi ikut lirik lagu *AKU MAAFKAN KAMU* nyanyian Jamal Abdillah & Zizan


Okeylah Memon nak gi makan kueh teow goreng, baikkan memon sebelum memon gi makan, memon jamu kengkawan ngan gambo makanan.



Wednesday, April 4, 2012

Memon ambik berat- Ahli jawatankuasa khas ,sila pantau-part 2

Dah lama kawan memon suruh memon peratikan muka pengacara rancangan masakan merangkap tukang masak yang selalu ke hulu ke hilir ngan motor besar dia tu .Memon manalah ada masa nak perati muka orang lain, muka sendiri pun tak sempat nak perati kat cermin daripada perati muka orang lain baik memon perati muka nenek memon, opsss. Almaklumlah wakil rakyat merangkap isteri yang berkerja cam memon ni sibuk 24 jam, mana ada masa nak tengok TV *dusta sangat*

Sabtu lepas first time memon nengok pengacara merangkap tukang masak suka naik motor tu, memon tak ralit sangat nengok muka dia , yang buat memon ralit masa dia menghempuk dan mengusap bahan perapan kat ayam.Korang saksikan sendirilah aksi dia memasak, memon tak nak tambah dosa, dah lah nak buat pahala dalam sehari pun payah, korang tengok sendirilah gaya dia memasak setiap hari sabtu pukul 9 pagi kat stesyen TV tak berbayar.

Bahan-bahannya

1)1/2 kilo tepung gandum
2)sebiji bawang holland
3)garam/baking powder/perasa
4)air suam
5)daun bawang -dihiris 1/2 cm
6)udang kering sengengam-cuci berseh kemudian kisar kering


Cara membuatnya


1/2 kilo tepung digaul 1 tsp garam ngan 1 tsp baking powder ngan sikit serbuk perasa. Potong nipis bawang besar kuning 2 biji. Guna bawang kuning(bombay) cucur akan berbau wangi dan sedap forever, akhir sekali masukkan udang kering . Kalau boleh bancuh adunan mengunakan air suam, supaya cucur nanti lembut sepanjang hari . Ramas bancuhan guna tangan supaya rasa bawang besar berbau wangi dan rasa sedap. Bila kita mengunakan tepung gandum sebagai asas membuat makanan, rehatkan doh & adunan tepung gandum lebih kurang 30 minit , untuk cari keserasian bersama. Bila dah serasi barulah digoreng dalam minyak panas, goreng biar sedikit kegaringan, jika digoreng garing, bawang yang ada kat dalam tepung tu turut garing dan rangup cam keropok.


Kalau boleh gaul adunan mengunakan SEBELAH  tangan, bahagian kanan  tak pun guna senduk atau sudu.

Pastikan tangan dan kuku jari kita berseh sebelum dan selepas menyediakan makanan. Paling utama elakkan memakai pewarna kuku yang terkopek-kopek semasa  menyediakan makanan.


Cik mawar jemput makan, opsssss




Akhir sekali , utamakan kebersihan, elakkan pembaziran tenaga dan air *kuang ajarkan nak berseh tapi dalam masa yang sama nak jimatkan air*

Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina