Showing posts with label kari ayam simple. Show all posts
Showing posts with label kari ayam simple. Show all posts

Thursday, June 28, 2012

Cerita masak-masak yang diakhiri dengan cerita yang bikin panas

 Hari ni aku bizi tak lama lagi  juruaudit dalaman akan mengaudit apa yang patutnya makanya aku terpaksalah  menyiapkan kerja  apa yang patut sebelum mereka -mereka itu memunculkan diri.Oleh kerana  semalam aku  bizi  sangat hinggakan aku tak dapat menepek  gambar masakan yang aku masak  dua hari lepas yes aku memang rasa tak puas hati aku nak tepek gak hari ni.

Menu hari selasa ikan kembung goreng masak kicap , feveret Firdaus haruslah aku masak lebih dari sekali dalam seminggu.
ikan kembung goreng kicap bersama ngan kacang panjang goreng.
Menu hari rabu , Layan ikan kembung masin  bersama kari ayam
 Makan nasi ngan kari ayam ada plak ikan masin masyuk
 kari  ayam tanpa santan ni didalamnya  ada kentang, tomato ngan carrot  

Dibawah ada cerita  bikin panas mana tak panas disebalik makanan ada telinga Firdaus bawak bertendang ye

suami aku  menitiskan sedikit minyak kelapa ke dalam telinga Firdaus untuk mengelakkan telinga dia  berdengung, panas dan ayat sewaktu dengannya.Abaikan suami aku yang penuh ngan keteradisionalan  ni . *jangan ikut Bahasa Malaysia aku* Suami aku nampak je brutal tapi masih mengamalkan  petua -petua yang diperturunkan oleh nenek moyang dia. Banyak petua-petua yang dia amalkan kalau aku nak senaraikan satu persatu alamatnya  sampai esoklah aku kena duk kat depan komputer ni. 
Jangan tiru aksi ni sekiranya anda tidak mempercayai petua tradisional.  Kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang bentuk kerugian atau sebarang bentuk  kerosakan pancaindera anda sekiranya ada berlaku kerosakan harta benda atau  pancaindera anda selepas anda  mengikuti petua ni. la la la la


Sekadar luahan hati

Aku sedikit marah  sekiranya pompuan  tu nak menyibuk  mengenai cuti ngan MC aku yang tiada kena mengena secara langsung mahupun tidak langsung dengan kehidupan peribadi dia. Boleh ke aku bagitahu kau yang aku cuti sebab ada projek baik ngan suami aku.

Saturday, April 14, 2012

Teknik urutan yang betul dan terbaekkkk yang pasti bukan cakar harimau ye

Salam kengkawan..........

Sedihnya, hari ni aku kesepian, aku dan Firdaus ditinggalkan berdua, aku rasa kosong dan terasing, selalunya hujung minggu cam ni anak -anak aku balik. Semua orang dalam rumah ni hari   ada aktiviti sendiri, suami aku nak gi laut mancing malam nanti , yuyi ngan gula-gula hack plak kat  A Famosa Resort Melaka , dorang pegi  hari Jumaat balik  petang  minggu huk huk huk. Dorang ada ajak aku  pegi sekali, aku yang tak nak sebab Jumaat tu aku keja , redho jelah. Suami aku pun satu, kemain degil lagi cam aku nak babab je dia   , tengah tsunami cam ni nak gak pegi laut mancing . Bila aku larang , dia cakap nak mati kat  mana -mana pun boleh mati erghhh geramnya. Adatlah kan geram ngan suami ni , geram geram aku pun  setiap kali dia ke laut mancing, aku  selalu doakan dia selamat pegi dan balik : ) *bajet isteri mithali*

Bila tinggal berdua ngan firdaus ni , masing-masing buat aktiviti sendiri, Firdaus layan cd boboiboy terbaek dari ladang, aku plak layan blog , masa ni lah aku ambik kesempatan berblowalking. Rasa cam dah lama je aku tak berblogwalking jadi  segan  plak pada rakan blogger yang rajin singgah dan mengomen kat blog aku , terasa sangat semenjak Firdaus sekolah ni jadual harian aku padat ,bukanlah padat sampai tak de masa nak berkunjung ke blog kengkawan, ada masa aku berkunjung cuma kadang-kadang tu aku tak sempat nak tinggalkan komen je. . Maafkan aku ye kengkawan,aku menghargai setiap komen dan kunjungan kengkawan ke sini setiap masa. Janganlah hati kengkawan gundah gulana sekiranya aku tak tinggalkan komen, InsyaAllah aku akan cuba sedaya upaya yang termampu membalas setiap kunjungan kengkawan serta tinggalkan komen sekali . *bajet retis*

Apa yang ko bebelkan labu,biasalah aku ni bila dah start membebel susah nak stop, peringkat makcik- makcik lah katakan. Okey berbalik pada point asal aku , tadi aku nak cite pasal teknik urutan , ni teknik urutan badan ikan bukan manusia ye. biasalah aku ngan kontroversi memang tak dapat dipisahkan.kah kah kah . Teknik urutan ni tak de apa yang hebat ,  biasa-biasa je, mungkin banyak orang yang dah tahu, aku saje je nak wat gimik.Jangan marah.

Jom ikut aku masuk dapur belajar teknik mengurut ikan boleh gitu : )
Sediakan daun pisang ; daun pisang ni aku rembat dari  rumah jiran , sebelum rembat kena minta izin dulu ye.
Ikan cencaru anggaran sekilo, reganya RM7 sekilo, ni rega kat kawasan rumah aku, rega kat kawasan -kawasan lain aku kurang pasti plak, mungkin lebih kurang sama kot.
Bersehkan ikan cencaru, bahagian perut part paling penting kena dibersehkan seberseh mungkin dengan air mengalir, sambil berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW .
Garam kunyitkan ikan cencaru sambil tu urut-urut manja badan ikan ,jangan ingat manusia je nak belaian manja , ikan pun nak gak : )
Lapik tray ngan aluminium foil nanti tak delah tray kita tercedera atau kotor banget *bajet malas nak menyental*
Balutkan ikan cencaru tadi ngan daun pisang, kemaskan hujung dan pangkal balutan daun pisang guna lidi penyemat .
Susun ikan cencaru yang dah dibalut tadi atas tray, renjiskan minyak sedikit mengunakan serai yang telah diketuk.·

Bakar dalam oven pada suhu 200 celcius selama 40 minit. *dasar pemalaskan bakar guna oben*


Jeng jeng jeng inilah ikan cencaru bakar , versi bakar dalam oben.


Aku tak buat pencicah air asam  suami ngan anak -anak tak suka , aku buat pencicah kicap cili .

Lauk sampingan aku masak sup suhun fucuk ngan kobis cina


Lauk sampingan yang lain, kari ayam beberapa hari yang lalu(tarikh sebenar aku kurang pasti) aku kasi perhangat, boleh ke gitu?



Okey sekianlah saje teknik urutan ikan buat kali ni, berjumpa lagi dilain hari dan waktu ye.








Kosmo 14 April 2012-Berteguh
Kekuatan tidak datang daripada kemampuan fizikal tetapi datang daripada semangat yang tidak pernah mengalah.

Wednesday, March 28, 2012

Orang Malaysia pandai buat kejutan-bikin memon gelak sampai pecah perut


Baru je memon loya tekak makan simerah, ada plak manusia yang menambah keloyaan tekak memon plus bagi memon gelak sampai pecah perut  terus terburai . Jangan nak cakap memon busuk hati dengki ngan filem ombak rindu plak, memon cuma nak luahkan apa yang terbuku kat hati je. Memon bukan apa , memang bangga sangat orang Malaysia dah pandai buat kejutan, kejutan yang memon sendiri tak jangka. Semalaman memon tak dapat melelapkan mata, duk fikir , apa kriteria yang melayakkan filem ombak rindu diabadikan dalam bentuk setem edisi terhad 2012. *#pentipusangat. Ada sumber yang tak boleh dipercayai , bisik-bisik kat telinga memon, katanya filem Ombak Rindu tu dapat kutipan box office berjuta-juta ringgit , itulah sebabnya filem tu diabadikan dalam bentuk setem. Bajet dorang nak dapat hasil  jualan setem ombak rindu  berjuta -juta ringgit kot  opsss #terlasermemon. Setahu memonlah banyak lagi filem yang dapat kutipan box office kat Malaysia ni   misalnya filem sembilu, ganster, arghhhh kalau cam tu berlambaklah  setem filem kat Malaysia ni, opssss. Jangan lupa lepas ni sila abadikan resepi memon dalam setem edisi terhad 2013 . Memon tunggu. #memonkakipenjeles

Memon pun ada kejutan tuk kengkawan, cer tutup mata dulu, jangan tipu Allah SWT melihat apa yang anda buat ...........

Jeng jeng petang   semalam sebelum Firdaus balik sekolah  dalam masa tak sampai sejam memon dapat sediakan 3 jenis masakan


cer tengok cili api + belacan + mangga masak, cili api merah ni  tak boleh buh banyak, mau terbakar vontot.


sambal belacan mangga ,kulit limau  deodarant asli memon, 100%  tak de bahan kimia dan tak de kesan lekitan , amalkan makan kulit limau selalu garenti ketiak harum sepanjang zaman.


Jeng jeng jeng bahan tuk masak kari ayam simple



cer tengok dah jadi kari ayam simple

memon goreng kobis cina ngan fishball panjang


Pandai tak memon buat kejutan, yeah yeah  yeah tepuk tangan, la tadi memon lupa suruh kengkawan bukak mata pandang atas  letak tangan  kat dada. .

Saturday, February 4, 2012

sapa tahu angkat tangan nasi apa ni? nasi dagang ke?

Dalam hidup Firdaus  dua perkara boleh buat dia senyum sampai ke pangkal telinga, perkara pertama "dapat makan nasi " kedua "naik komuter". Tak tau lah anak orang lain, kalau anak-anak aku suka sangat  bila dapat naik komuter, tak kisahlah pegi jauh atau dekat, janji dapat naik komuter.

Firdaus dah pandai beli tiket komuter sendiri, dari umur 6 tahun aku dah suruh dia  beli tiket sendiri. Urusan beli  tiket melalui  suara ngan main hulur je ,  budak jual tiket tak  berapa nampak Firdaus : )


Nampak tak Firdaus tengah beli tiket komuter, masa ni kita orang nak pegi port klang, dekat sangat ngan rumah aku  punggung pun tak sempat panas.

Terserlah muka happy Firdaus. Aku ajak dia makan kat warung kawan aku berdekatan ngan jeti port klang, korang tau dia cakap apa "saya taulah mak, tempat kawan mak yang banyak lalat tu kan."



muka kontrol ye ????

Memang warung ni banyak lalat,biasalah tepi laut, tapi masih berseh, sekali sekala makan tempat cam ni kan best. Aku janji ngan Firdaus lepas makan, aku bawak dia beli KFC,  dia dah tak nampak benda lain, dalam otak dia nak KFC, KFC.



Hari ni hari malas sedunia, petang cam ni baru nak kain,  masak pun idak lagi, suami aku cam tau je aku malas  hari ni, siap balik bawak 3 bungkus nasi ngan 3 bungkus kari ayam, katanya nasi ambeng. Dia ni biar betik , nasi ambeng pun dia dah tak kenal, hampir setiap minggu ke pasar malam  aku belikan dia nasi ambeng, orang tua ni nyanyuk ke apa : ) first time aku nengok nasi yang dia bawak ni, aku main tembak je nasi dagang. Seumur hidup aku tak pernah lagi makan nasi dagang. Kalau korang tau nasi apa ni , sila bagi tau aku ye.



Sedap gak nasi ni cam rasa pulut, aku makan cam tu je. Firdaus pun suka dari tadi asyik duk ulang makan nasi tu. Manalah aku tak malas hari ni, lalok semacam je , pagi lagi dah bantai 5 ketui serimuka durian, bawahnya pulut, makan lagi nasi cam pulut yang  suami aku bawak tu. Cuaca sejuk, kat  luar hujan mencurah-curah, tengah lalok ni, layan tidur syok jugak :)


InsyaAllah tak de aral apa aral melintang aku bercadang malam ni nak pegi rumah yuyi ngan Firdaus naik komuter. Yuyi kurang sihat, seperti biasalah penyakit orang perempuan, kasihan plak nak suruh dia drive datang rumah. Suami aku malam ni gi mancing.


SELAMAT BERHUJUNG MINGGU BERSAMA KELUARGA TERSAYANG.


Friday, December 2, 2011

Herba dan rempah ratus , hrmmmmm sedapnya

Salam hari Jumaat...........

Herba dan rempah , dua benda ni dari dulu buat aku teruja. Mana satu herba, mana satu rempah?

Herba biasanya datang daripada daun, manakala rempah ratus datang daripada bijian, buah , kulit kayu atau akar.Kadang herba ngan rempah boleh datang daripada pokok yang sama.contohnya daun ketumbar segar adalah herba yang digunakan dalam masakan tomyam, manakala serbuk ketumbar daripada bijinya pulak antara bahan utama dalam rempah kari.

Suami yang sedang mengopek durian itu tak de kena mengena dengan herba dan rempah ye: ). Cop aku pilih durian yang ada ulat,, memang durian kampung sebenar tak de bahan kimia, fresh from farm, isinya manis dan pahit, memang kena dengan citarasa aku.

Aku bersyukur pada Allah SWT atas rezeki yang dikurniakan , syukur sangat sebab ada orang yang sudi nak kasi aku 3 beranak merasa durian tu, biarpun hanya 3 biji, , aku dapat rasa macam makan durian seguni, betapa besarnya kurnian Allah SWT.


Abaikan seluar suami yang terkoyak kat lutut style rock kapak memang sebegitu : )


Budak yang teruja dapat makan durian.


MENU MALAM TADI-kailan goreng ; sambal tempoyak gedik :) ngan kari ayam simple je.

Aku guna 2 paket suria spices rempah kari ayam bersama rempah campur , bunga lawang serta hirisan bawang putih, merah dengan halia untuk masak kari ayam separuh bahagian.



Aku baru pertama kali , petang semalam mencuba jenama rempah suria spices untuk masak kari ayam simple. Aku jamin 80 % sekiranya bahan tumisan untuk masak kari ayam itu ditumis sehingga naik bau , manakala rempah tu ditumis hingga pecah minayk, InsyaAllah kari ayam itu akan  menjadi sedap.

Pertama kali juga aku mencuba sos tiram Mahsuri, sebelum ni aku hanya guna sos tiram life.




Teknik dan cara masak kari dah sering sangat aku tepek kat sini, sekiranya nak semak semula sila selak label belah kanan ye.



kari ayam simple , yang penting cukup rasa. Kalau boleh jangan bubuh bahan perasa bila masak ayam.



Nak dapatkan sayur kailan yang sedap, hirisan bawang putih hendaklah ditumis hingga naik bau serta bertukar kecoklatan.betul ke ayat tu, cam serabai je:(



Cilok durian suami 2 ulas, aku gaul isi durian dengan cili masak 2 biji  + cili api 2 biji dikisar kemudian buh sedikit garam.


Biasalah , Firdaus dengan kailan atau bak choy goreng tak boleh dipisahkan.




Selamat berhujung minggu bersama keluarga tersayang : )jangan nakal-nakal.





Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina