Showing posts with label minggu ikan. Show all posts
Showing posts with label minggu ikan. Show all posts

Sunday, May 6, 2012

Minggu ikan part 3 ; ikan goreng halia ngan bendi

Salam hari  Minggu. Cerah cuaca kat luar sana jemur  kain banyak pun sodap ni. Esok Firdaus periksa pertengahan tahun , cam mana ngan kengkawan yang kat luar sana  yang ada anak bersekolah rendah periksa juge ke esok? Semoga Firdaus dan anak kengkawan kat luar sana  dapat menjawab soalan peperiksaan ngan mudah hendaknya.


Bersambung lagi minggu ikan  dari part 1  ke part 2  sampailah ke part 3 plak . Resepi ikan goreng halia ngan bendi salah satu masakan peberet suami ngan  Firdaus. Sekiranya  kengkawan kat luar sana nak mencuba resepi ikan goreng halia ngan bendi ni tapi tak berapa gemar ngan  ikan  kengkawan boleh gantikan ngan sotong, udang atau ayam ye. Family aku ni  tak payahlah  kengkawan nak heran sangat  memang kalau dengan ikan berhantu.
Mula -mula sekali asingkan isi ikan ngan tulang , potong isi ikan sederhana kecik(sekurang- kurangnya 2cm). 
Gaul isi ikan ngan kicap cair lepas tu gaulkan dalam bancuhan sebiji telur . sebelum digoreng dalam minyak panas gaulkan ngan tepung jagung.
Abaikan botol -botol yang agak buruk tu.hua hua. Untuk membuat sos ikan goreng bendi ngan halia aku gabungkan 3 jenis sos ;  sos tiram , kicap pekat ngan sos cili.Untuk pengetahuan kengkawan kicap pekat  sedikit pahit jadi janganlah buh  banyak sangat, selalunya kicap pekat digunakan untuk menukar warna dan  memberi sedikit rasa pada masakan .  

Lebih kurang 10 batang bendi muda dibersehkan

2 cm halia tua dihiris bulat-bulat, sebiji bawang besar holland dihiris dan 5 tangkai cili kering dipotong 1/2 cm.
Part paling penting, tumis bahan hirisan hingga naik bau dan layu, bila semuanya dah layu masukkan bendi  yang dipotong panjang 2 cm secara menyerong,  kacau seketika hingga bendi  empuk.Bila bendi dah sedikit  empuk masukkan isi ikan bersama dengan ketiga-tiga sos ; sos cili, kicap pekat ngan sos tiram, gaul supaya isi ikan bergaul ngan ketiga-tiga sos tadi, sebelum angkat masukkan lebih kurang 200ml air, kaup balik sekejak kemudian bolehlah diangkat. 

Jeng jeng jeng ikan goreng ngan halia dan bendi

Hye!!! kenapalah  Firdaus ni  semakin hitam tak pun sebab  aku tak pandai  ambik gambar. Hitam pun hitamlah janji manis tu ada : )




kengkawan bagilah  petua rajin lipat kain baju : (



















Saturday, May 5, 2012

minggu ikan part 2 ; kari ikan pecah periuk bukan periuk pecah ye : )

Selamat berhujung minggu kengkawan semua . Kemana kita hari ni? InsyaAllah aku tak kemana-mana  kot  niat aku hari ni nak kemas rumah, hendaknya  niat aku nak kemas rumah  terlaksana ngan jayanya: )


Seperti yang aku janjikan di  minggu ikan part 1 , hari ni aku sambung lagi  ke part 2, sebelum tu aku nak bawak kengkawan semua berkenal -kenalan ngan  ikan pecah periuk. Kengkawan jangan sangka walaupun rupa ikan pecah periuk ni macam rupa pecah rumah tapi  isinya boleh tahan sedap. Ikan pecah periuk ni sesuai kalau dimasak kari, kuah asam tumis ,sweet and sour atau goreng halia. aku rasa cam  dah lama je tak masak kari  makanya hari tu  kepala ikan pecah periuk ngan berberapa bahagian badan ikan pecah periuk  tu aku masak kari.
Kepala ikan pecah periuk
dengan beberapa bahagian badan pecah periuk
Aku suka garam kunyitkan ikan sebelum dimasak  kuah.

 Bahan tambahan beberapa biji bendi muda ngan dua biji tomato dipotong ikut suka
 Kari aku simple je, aku masak kari india tak buh santan


bahan tumisan
1)hirisan 4 biji bawang merah kecik
2)hirisan 4 ulas bawang putih
3) hirisan 1/2 cm halia
4)1 tangkai daun kari
5)1 batang kayu manis ngan 2 kuntum bunga lawang
6)sedikit rempah campur ngan halba


Aku guna rempah kari Alagapas. Bancuh lebih kurang 5 sudu besar rempah kari ngan air. 
 Bancuhan air asam jawa lebih kurang 700 ml
Tumis bahan tumisan hingga naik bau dan layu selepas semuanya  naik bau tumiskan rempah kari yang dah dibancuh ngan air  hingga pecah minyak(kalau boleh masa menumis gunakan  api sederhana) Bila rempah kari dan pecah minyak masukkan tomato ngan air asam jawa biar  kari ikan agak mendidih.



Bila kari  ikan dah  agak mendidih masukkan bendi ngan ikan  pecah periuk yang dah digaram kunyit tadi. Untuk  mengekalkan tekstur ikan  serta kemanisan isi ikan  aku   masukkan bendi ngan ikan serentak. Sebelum angkat  jangan  lupa perasakan kari ikan  ngan garam , sedikit gula dan secubit serbuk perasa. 

Siapa pembaca setia blog ni mesti perasan yang aku suka masak kuah dalam  kuali , aku  suka guna kuali senang nak mengacau kuah ngan balik-balikkan ikan.
 Bila dah siap  masak baru aku salin kuah ikan ke dalam periuk.
 Kari ikan pecah periuk
Peberet suami aku kari ikan, dia kata  kari lagi disimpan lama lagi sedap. Suami aku makan sikit  je tapi kerap : )
Nasi Firdaus   aku siap gaulkan ngan isi ikan  nanti time dia makan tak payahlah aku nak pantau tulang ikan.
Firdaus makan atas kerusi belajar dia . Masa  aku nak  ambik gambarlah  dia sibuk nak  kipas-kipas tangan dia.




Sampai sini je kengkawan InsyaAllah  lenkali  kali kita jumpa lagi.






SELAMAT BERHUJUNG MINGGU  BERSAMA  KELUARGA TERSAYANG

Friday, May 4, 2012

minggu ikan part 1 ; ikan kurau sweet and sour



Salam kengkawan, minggu ni minggu ikan ye.opss terlupa plak semalam lieya mata bulat ada tanya pasal  daun  yang aku tepek kat roti telur semalam   ni jawapannya  ;  daun ganja opssss daun bawang lieya , akak  buh daun bawang sebab kat rumah kehabisan bawang besar. Sama  jekan  bawang besar atau  daun bawang  janji  hujung atau pangkal perkataan  ada  perkataan bawang.  Baca boleh , percaya jangan : (

Jom lah kita masak ikan kurau sweet and sour  yang tak berapa sour sebab nak sesuaikan ngan tekak kanak-kanak. Korang perasan tak ? bila kita dah menjadik  Ibu-ibu surirumah tangga ni  kebanyakan masakan kita semua ikut selera suami ngan anak-anak, selera sendiri sering diabaikan ye dak?*bajet ibu mithali*
Ikan ni ikan kurau , tak tahu samada suami aku  yang pancing atau kawan dia ,apa yang aku tahu masa dia bawak balik ikan ni  ke rumah dah siap berpotong,  tak peduliklah sapa yang pancing janji tedap ye dak? Masa zaman aku kecik tak merasa nak makan ikan kurau dan ikan sedap yang seumpama dengannya , bila dah tua-tua ni barulah  dapat merasa , syukurlah dapat suami  suka  memancing  : )

Kalau masak ikan yang  banyak isi ni aku suka  asingkan isi  dari tulang  nanti  senang anak-anak aku  nak makan.

Tulang ikan yang  terkumpul  selepas diasingkan dari isi ikan tadi aku simpan dalam esbok  esok lusa boleh wat pemanis  bubur nasi ,stok ikan atau tomyam .yezaaa.
 Isi ikan kurau yang telah digoreng
Gaul isi ikan ngan kicap cair lepas tu gaulkan dalam bancuhan sebiji telur . sebelum digoreng dalam minyak panas gaulkan ngan tepung jagung.
Bahan-bahan ikut suka korang ye, aku buh  sebelah capsicum hijau di potong dadu, dua keping nenas yang sedikit masak dipotong dadu ,  hirisan tomato, sedikit hirisan halia sebatang kayu manis ngan 2 kuntum bunga lawang dan hirisan sebiji bawang holland. Untuk sos aku guna campuran  sos cili ngan sos tiram.

Tumis semua bahan hirisan dan  kayu manis serta  bunga lawang hingga naik bau kemudian masukkan sos cili ngan sos tiram  , jika terlalu pekat  tambah sedikit air . tambah sedikit gula atau perasa jika suka.Akhir sekali masukkan isi ikan kurau yang telah digoreng tadi, kaup balik sekejap bolehlah diangkat. 

 jeng jeng , mesti nak ada jeng jeng kan , ikan kurau sweet and sour.
 Lauk tambahan goreng kobis cina ngan sos tiram, ni salah satu sayur peberet firdaus selalunya dia ratah cam tu je.
Sekarang ni susah nak nampak Firdaus senyum  almaklumlah semenjak  dah semakin besar ni  gak gak sikit, habis aku kalau dia tahu aku cakap dia berlagak.

Makan mengalahkan orang besar,aku tak kisah dia ambik nasi banyak ,  dia makan tak pernah membazir sekiranya  tak habis dia akan  simpan dalam tudung saji  nanti bila dia lapar dia sambung makan .


Jumpa lagi di minggu ikan  part 2 ,aku sendiri tersedak  siap ada part 2 macam macam baguskan . Jangan salah paham ye sebenarnya makcik tak bagus sangat cuma makcik buat buat bagus je. kah kah kah

Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina