Friday, June 19, 2009

doryan oh doryan



maaflah aku teruja sikit tengok durian ni. almaklumlah dah berbulan tak makan doryan. nasib baik hati laki aku ada baik sikit hari ni. aku balik kerja dah tersadai buah doryan kat tepi pintu. .tak delah mahal sangat . satu plastik besar tu RM20 je. tapi tak dapat makan dulu, tunggu lepas masak baru makan. anak aku jelah makan dulu.



ni aku kopekkan untuk sikecik tu .isi kecik, tapi harum , manis. pekat,likat.kuning, apalagi ye...



sorrylah cuaca tak memuaskan , gambar kurang menarik. kat tempat aku guruh, petir sambar menyambar.hujan turun lebat. acah je.kalau hujan bagus jugak , makan doryan kan panas.



colek sikit-sikit. lepas rasa betul-betul makan sampai tak boleh berhenti.



kan aku dah cakap. mula keluar trademark good. ni spontan tau. bukan rakaman.



sampai meleleh kat tepi mulut.



tengok-tengok mana tahu ade ulat yg hinggap.



ahhh nah nalar. berapa biji habis.



ngap lagi....



ini habuan aku. apalagi tak sempat jadi tempoyak. aku ambil 2 ulas makan ngan cili. selalu aku tumbuk cili ngan garam, ah ....ngan sambal belacan pun aku layan.



apalagi tutorial buat sambal belacan. bukan ape mak takut ade adik mak yg tak tahu buat sambal belacan lagi. kali ni tak pedas punya.almaklumlah laki aku yg nak makan.kalau utk kawan bolehlah pedas. cili api tumbuk dulu sampai hancur, baru cili masak. masukkan belacan yg dah dibakar. lepas lumat perah asam limau atau asam jawa.



nah ambik kau.cube jgn tak cube.



goreng kangkung. jgn makan selalu tau, nanti lemah sendi. tuskkan kangkung yg dah dibasuh.



goreng ikan bilis sampai garing , lepas tu masukkan bawang putih.



last masukkan sayur, lepas tu tak tahu nak angkat. goreng jangan sampai lebam.



cantikkan hijau, takdelah berlebam....



ayam diperap ngan bawang putih, merah dan halia yg dimesin.lepas tu perap ngan tepung jagung.



lepas perap goreng sampai garing.slowkan api sikit supaya, dalam ayam masak.





ayam yg dah siap digoreng. apalagi sorulah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina