Saturday, June 6, 2009

Harijadi firdaus 4 tahun/pulut kuning/rendang ayam/kari telur



Sempena harijadi firdaus aku buat sikit hajat nak masak sikit nak bagi jiran-jiran.
Ini dia pulut kuning/kari telur dan rendang ayam yg siap dibungkus , nak di bagi kat jiran-jiran yg terdekat.





Persediaan mesti ada dlm entry aku. mula-mula kupas apa patut dulu.





bawang merah/putih kecil/kunyit hidup/serai/lengkuas/halia dah di kupas terus dibasuh. basuh dulu sebelum dihiris.



semua bahan-bahan dihiris sebelum dimesin. mesin mak kena hiris dulu nanti mesin tak boleh jalan.almaklum mesin jenis murah punya.







nak buat kari telur. telur direbus dulu ngan sikit garam.nanti senang kupas. hari ni aku masak banyak sikit, mesti masak dalam periuk. kalau masak sikit aku guna kuali je, senang nak kacau.






lepas dah masak kopeklah telur. ini tak payah ajar, semua org tahu , anak aku kecik pun tahu .




aku buat kari telur dulu. ambil sikit hirisan bawang merah/putih/halia tumis . campur kayu manis/bunga lawang/ daun kari.tumis sampai naik bau.





tumis rempah kari yg dah dibancuh ngan air. tumis sampai naik bau. bukan bau hangit tau, bau wangi





letak santan dan kentang. biar kentang empuk dulu baru masuk asam keping.





baru masuk telur, jgn kacau sangat.dah masak baru angkat.






ini dia hasilnya.





pulut direndam ngan kunyit selama 4 jam.lebih jam aku tak tahu boleh ke tak?






lepas tu dikukus sampai masak. selepas masak angkat gaul dengan santan pekat dan garam. agak-agak letak garam tu karang darah tinggi pulak.




ini dia dah siap.




ayam ni aku nak buat rendang. basuh dan garam kunyit.






tumis bahan-bahan yg dimesin sampai garing dan naik bau.aku suka banyak bumbu, nanti senang nak cicah ngan ape-ape.






dah garing letak cili mesin.





bahan tadi dah garing. masukkan ayam dan kerisik. masak sampai ayam kecut.




baru masukkan santan. kalau masuk santan terlalu cepat nanti ayam tak masak.



masukkan daun kunyit. masak sampai kering. kali ni aku tak nak kering sangat sebab nak cicah ngan pulut kuning.






dah siap bolehlah diangkat.





















































































































































































































































































































































































Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina