Tuesday, June 23, 2009

Nasi goreng cili bersepai




korang kalau bace tajuk mesti tertanya-tanya apa yg bersepai . bersepai tu maksudnye, cili kering tak tumbuk halus. lesung batu aku ni halus jugak. tajam lagi tau. sebula seminggu 3 kali asah. hari ni aku malas sikit nak masak. nak turunkan ikan pun malas.apalagi aku ambil nasi sejuk yg semalam punye buat nasi goreng. kalau yg sebulan punye pun boleh jugak. terpulanglah pada masing-masing.lagi lama, lagi keras nasi tu, azablah korang nak makan. apalagi ambilah cili kering , rendam ngan air panas nanti senang ditumbuk. ikan bilis basuh dan tumbuk jugak.bawang merah biar banyak, kalau dapat sekilo lagi sodap.tumbuk jugak.



tumis bawang merah sampai naik bau.jangan plak sampai hangit.



masuk cili kering yg ditumbuk.kecikkan api tu sikit, nanti capat rentung kalau api kuat, sebab cili yg ditumbuk ni tak de air.



masukkan plak ikan bilis. tumis sampai garing lagi.akhir sekali masukkan nasi goreng. garam ke ape ke perasa ke, aku tak nak cakap.pandailah korang sendiri. agak nak mati cepat, letaklah garam banyak sikit.



ni dia nasi goreng cili bersepai. kalau korang nak tambah telur pun boleh jugak. tapi aku tak suke, mcm hilang sedap je kalau taruh telur. tak sempat aku nak bawa bekal.habis licin , sifirdaus mengerjakannye. berlumba-lumba plak makan ngan laki aku . lupa nak ambil gambar model aku sorang tu. tak boleh ambil gambar sebab dia makan ngan laki aku, laki aku kalau nampak aku ambil gambar dibomnye aku.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina