Monday, March 21, 2011

Jejari gebus



Siempunya jari gebus sedang tidur.



Jari gebus Firdaus, ada peminat sendiri.



Jari gebus Firdaus.



Teddy bear baca buku terbalik.



Habis bulu teddy bear pemberian uncle Jimmy kawan suami, ditrim nga gunting.Tu kerja dialah tu, teddy bear pulak kena baca buku.



Biar betik, teddy bear hisap rokok ke?


Kalau tak de sunyi, kalau ada, ini lah kerja dia .punggah sana punggah sini. Budak-budak ni suka sangat berimiginasi. Kalau start imiginasi datang, ada je barang yang dia duk krobek.

Part paling best malam sabtu , tergelak-gelak aku dibuatnya. Tengah malam lebih kurang pukul 11, aku call Celcom, buat aduan pasal line broadband slow sangat. Firdaus duk kat sebelah , tengah tulis ntah apa-apa. Malam susah sangat dia ni nak tidur, kalau tidur pun mesti atas pukul 12.

Berbalik cerita pasal Celcom, kalau kita call nak buat aduan atau pertanyaan, mesti dorang tanya nama mak sebagai securitykan?.Aku tak sangka duk dia menulis kat sebelah, boleh pasang telinga sekali perbualan aku ngan org Celcom.

Bila aku dah habis cakap terus dia tanya aku "kenapa nama mak Fatimah Dogel?," bukan Zarina. Ceritanya, nama arwah mak aku Fatimah Dogel. Masa sekolah rendah , kawan selalu ejek, Dogel,Dogel . Bosan sangat, aku tanya mak, "kenapa nama atuk tu Dogel?" Arwah mak cakap "Sebenarnya Darus ,orang tua dulu salah dengar, pergi buat surat beranak letak Dogel."

Puas aku duk terangkan kat Firdaus, Fatimah Dogel tu ibu punya mak, ko panggil nenek. Mak pun ada ayah, ko panggil atuk.

Firdaus : Atuk kat mana plak

Aku : Atuk dah meninggal dunia

Firdaus : meninggal dunia kat atas ye mak?(sambil tunjuk bumbung rumah).

Aku : Kat dalam tanah, kubur.

Firdaus : kubur tu kat atas ye mak?

Aku : Nantilah, mat tunjuk.

Jarum jam dah menunjukkan pukul 1 pagi.

Firdaus : Mak , kenapa dalam gambar mak ngan ayah, tak de Firdaus(sambil tunjuk gambar kahwin kami kat dinding.

Aku : Masa tu Firdaus belum lahir lagi.

Firdaus : kat mana masa tu

Aku : dalam perut

Firdaus : Mak perut tu mana?

Macam manalah nak tunjuk perut, aku tak ambik gambar masa pregnant. Kesudahan ceritanya aku suruh Firdaus tidur, mata aku dah nak terlelap.


Budak-budak ni pertanyaan dia kadang-kadang yang kita tak boleh sangka. Mulai sekarang aku kena standby , takut dia tanya soalan-soalan yg pelik.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina