Showing posts with label kek. Show all posts
Showing posts with label kek. Show all posts

Friday, September 28, 2012

butter kek air tangan pelajar top student UPM

Untuk pengetahuan anak-anak makcik kat luar sana ; kebanyakan Technical Service  di Syarikat Buah Letup-Letup Sdn Bhd  tempat aku  bekerja ni adalah pemegang  degree in Food Technology /Food Science/Chemistry dan dorang tu semua top  student dari  Universiti Putra Malaysia .

Sebagai makcik sapu sampah  yang dah  lama bekerja di syarikat ni, makcik tidak pernah rasa terpinggir dengan kehadiran top student ni semua malah makcik tumpang  bangga ngan kejayaan dorang  . Makcik tidak pernah rasa dianak tirikan???? makcik sentiasa diberi layanan yang baik buktinya  top student bagi makcik kek butter yang baru keluar dari oven.Tak delah banyak sangat kek tu tapi boleh makcik kongsi ngan  sorang kawan.
Ratu kebaya makcik tumpang kerusi meja kau ye buat  luruskan pinggang yang lenguh ni.
 petang tadi  sebelum balik makcik dapat butter kek dari top student , sedap makcik 
suka: )
Dasar makcik kebulur kek tak sempat sampai rumah kena  bedal sampai habis *dasar*


"makcik" gantinama diri  paling sesuai untuk aku sebabnya  top student tu semua sebaya yuyi 

makcik cau dulu makcik ngantuklah.

Saturday, June 16, 2012

ideal sangat best

Salam kengkawan Port Klang catat jerebu yang paling teruk, hal ni aku kisah sangat  , kalau boleh   tengah jerebu cam  ni  sila  elakkanlah  dari membuat  pembakaran terbuka.

Stop cite pasal jerebu aku nak cite pasal kek plak.Malam tadi aku buat kek butter orang kata kek kosong ,itu orang kata kalau tak betul sila marah orang.dah lama rasanya aku tak buat kek. Almaklumlah nak jimat  duit karen . Meroyan  aku  buat kek tengah-tengah malam.

Kek butter ni semua orang tahu buat  tapi kalau ada yang tak tahu tu aku suka je nak bagitahu.la la la la

 aku gedik nak campurkan adunan kek aku ngan 1/2 cup susu ideal terbaek dari ladang.
Macam biasa pukul seketui  butter (aku guna butter SCS) ngan 220 gm gula castor  sampai  kembang dan putih melepaklah sangat.Kemudian masukkan telur (4 biji) satu persatu  sambil terus memukul adunan hingga kembang.Bila adunan dah cukup  kembang masukkan sedikit essen vanila pukul lagi kemudian masukkan  tepung gandum 300gm yang diayak bersama 1tbsp baking powder  sedikit demi sedikit berselang seli ngan 1/2 cup susu ideal  sambil memukul adunan menguna kelajuan no 2.Okey siap masa untuk membakar 
 Bangku betullah tak de kertas plak terpaksa aku lengser loyang ngan sedikit butter. Aku  campurkan 1 tbsp serbuk koko bagi  kek aku berzebra.
 Dapat dua loyang kecik cukuplah untuk 3-4 orang makan.
  Bakar selama 35 minit guna suhu 180 darjah celcius.
 Budak tembam tak sabar nak makan kek
 Kek dalam proses mengembangkan diri
 
Zebra yang tak zebra sangat okeylah janji nampak sikit zebra
Jemput makan. Breakfast aku pagi tadi  kek ala -ala zebra dan n bihun goreng guna cili tumbuk, next entry aku tepek ye ...........................


Terima kasih berbanyak pada yang sudi bagi email kat aku , InsyaAllah bila ada masa terluang  InsyaAllah aku akan balas email-email tu semua : )

Monday, June 4, 2012

Meow meow my first rainbow cake

Jangan marah ko mampu besday kek gambar kucing kek rainbow lagi. First time aku merasa makan kek rainbow tak terkata sedapnya, sedap  hingga menjilat siku. Kek rainbow ni kawan aku  bagi , dia beli kek ni sempena besday mak dia yang ke 53 tahun.Kawan aku ni excited nak makan  kek rainbow sampaikan tak sempat tunggu besday girl  potong kek, dia dah potong dulu. Lepas  kenyang makan  kek dia MMS gambar kek kat kawan dia yang terdekat termasuklah kawan dia yang kat Kanada.kawan dia yang kat  Kanada tu benggang perasaannya bercampur baur  sedih, sayu dan  teruja  wajah kucing yang kat atas kek tu mengingatkan dia pada kucingnya yang baru sahaja mati .
dia sedih : (

Sebenarnya  kawan aku dah  suruh tauke kek tu  tulis happy besday mak dia yang ke 53 tahun  kat atas kek rainbow  tapi oleh kerana tauke kek dah mamai gara-gara terlebih makan kek dia boleh plak tepek gambar  kucing sekor kat atas kek.sabau jelah Jarang dibuat orang besday kek ada  gambar kucing lebih lagi  kek  untuk besday girl yang berumur  53 tahun. la la la la


Gambar kucing siap ada tulis  meow meow gitu .
Sedap yang penting cream kek dia sedap

InsyaAllah kalau panjang umur minggu ni aku nak buat kek rainbow untuk besday Firdaus yang ke 7 tahun 6/6. First time suami aku ngan Firdaus makan kek rainbow dorang jatuh suka plak ngan kek ni nanti  InsyaAllah kalau  aku buat kek ni  aku  tepek kat sini ye.


Okey bye bye .........

Monday, April 16, 2012

Rahsia pandan swiss roll yang gebu


Jangan teruja sangat ngan tajuk tu, aku bukan sengaja nak bikin kontroversi, cuma aku nak luahkan keterujaan diri bila dapat makan pandan swiss roll dari Bee's bakery yang gebu lagi mantop dan tedap . Dulu sebelum kenal ngan Secret Recipe  & Lavender aku memang  selalu beli kek  kat  Bee's Bakery, sekarang ni  je aku dah  jarang beli  kek kat situ mungkin sebab kat situ  tak banyak pilihan kot.

Dari aku kecik sampai la sekarang ni ,aku suka sangat makan pandan swiss roll ngan coklat swiss roll. Dula Arwah mak suka  belikan  untuk anak -anak dia swiss roll kat kedai kek jepun, zaman dulu kat Port Klang ni kedai kek jepun paling femes , almaklumlah harga kek dan roti kat situ sesuailah untuk golongan marhaen cam family aku. 

Aku pernah cuba buat kek swiss roll , tapi tak jadi terus fed up, tak nak aku buat lagi, menghabiskan beras je. Mak malu nak tunjuk kat kengkawan swiss roll yang tak jadi tu, buruk beno langsung tak de rupa swiss roll . Ihuk huk huk .InsyaAllah bila ilmu swiss roll aku dah penuh di dada , baru aku akan cuba buat sekali lagi .

Jemput makan pandan swiss roll ni terbaek dari ladang- Sebelum ni Firdaus  hanya suka  makan kek coklat ngan cheese kek je, kek yang berkrim dia kurang minat tak sangka   first time makan pandan swiss roll ni dia boleh suka plak..
Gebu dan mantop terbaek dari ladang 
harga Rm5.50 kot aku pun dah lupa reganya.




Tak payah baca ni sekadar luahan, kalau nak sangat baca ada aku kesah : (


Percaya tak ?, ada masa dan ketikanya kita susah nak menegakkan kebenaran atau meluahkan pendapat, saat tu kita hanya mampu terdiam dan membisu seribu bahasa.
pasrah jelah


okey InsyaAllah panjang umur jumpa lagi.


Tuesday, December 20, 2011

bukan tak nak, tapi tak boleh-maafkan saya nuffnang.

sambungan cite tadi, ayah twins komen/bertanya, cik ina jawab "blog cik ina berada ditahap selesa" bermaksud pengunjung blog ni dah lebih dari seribu orang sehari, InsyaAllah. Cik Betty , pakaian sekolah jenama professor tu, dulu cik ina beli kat kedai professor dalam tesco, setahu cik ina dia hanya jual dalam kedai professor je, tak tahu plak sekarang ni.

Hari tu nuffnang ada hantar email ajak aku join contest katakan tak nak pada rokok, maaflah aku terpaksa menolak, aku tak nak hipokrit sebab aku memang tak de masalah ngan perokok , kat rumah aku sendiri ada perokok tegar, kang sia-sia je dorang pandang serong ngan aku : ) , Aku cuma tak berapa selesa dan menyampah dengan orang yang menghisap rokok , kat dalam restoran yang terbuka,sesak ngan orang ramai, kebetulan plak aku ada kat situ .

Aku tak de masalah ngan perokok kat rumah aku , sebabnya :-


1)dorang hisap rokok dalam bilik air ngan di luar rumah.
2)Suami aku walaupun sorang  perokok dia tak suka dalam rumah bau rokok, sebab tu dia lebih banyak merokok  masa memancing atau bila bersama ngan  kawan-kawan .



Firdaus dengan isyarat "KATAKAN TAK NAK" pada rokok



Firdaus tunjuk satu gambar yang dia lukis, aku tanya dia apa gambar tu. Dia kata "kat tepi tu polis, polis tu masukkan penjara orang yang hisap rokok". kah kah kah


jom layan , boring-boring hari minggu , aku buat  butter cheese cake.




Kalau suka boleh ambik resepi kat sini dan tips kat sini.

Butter cheese cake

Bahan A

225 gm tepung gandum - Aku guna tepung naik sendiri 225 gm
1 1/2 tsp baking powder
1/4 garam

Bahan B

200gm butter
175gm cream cheese
1/2 sudu teh lemon zest
160gm gula castor
5 biji kuning telur

Bahan C

5 biji putih telur
1/2 tsp jus lemon

Cara-caranya

1.pukul butter dan cream cheese sampai gebu
2.masukkan gula, pukul lagi
3.masukkan kuning telur dan kulit lemon, pukul lagi
4.Masukkan bahan A dan gaul rata
5.Dalam mangkuk lain pukul bahagian c hingga kental
6.kemudian masukkan ke dalam campuran butter tadi dan kacau rata
7.masukkan ke dalam loyang ukuran 7 in x 7 in yang telah digris dan dialas, bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 30 minit.





Saja mengedikkan diri, buh dalam aluminium foil ala-ala kek silver bird.




jumpa lagi dilain hari dan waktu : )

Wednesday, December 7, 2011

Terima kasih dayang Nurfaizah -Lemon and Passion Butter Cheese Cake

Salam hari rabu...................


Saja je aku buh dayang nurfaizah, cepat sikit korang masuk blog ni, kang korang tak perasan plak , kalau aku buh nama dayang sulu atau dayang Jack.kah kah kah.Tersedak-sedak dayang nurfaizah kat rumah.Bahagianya rasa, kek yang aku buat ni menjadi, gebu dan sedap plak. Aku dah lama berkenan ngan kek ni, selalu beli kat Giant atau lavender, akhirnya kini pasti kah kah setelah beberapa kali tertangguh, tercapai gak cite-cite nak buat kek ni malam tadi. Tepuk tangan untuk diri sendiri.


Aku hampir setiap hari buat kek,kek yang aku buat bukan aku nak makan sangat pun, aku buat semata-mata nak puaskan hati sendiri. Rutin bila kek keluar dari oven, aku akan ngadap kek tu puas-puas , belek belek , ambik gambar sambil senyum sorang-sorang tanda puas hati. Aku akan potong kek tu, bagi suami ngan anak -anak makan, bakinya aku agih-agihkan pada kawan kat tempat keja. Kalau dengan cara itu boleh buat aku bahagia, peduli apa orang nak kata, ye dak?


Suami selalu kata aku gila, sebab senyum sorang-sorang depan kek. Ada aku kisah, janji aku bahagia dengan apa yang aku buat .kah kah kah. Dalam hidup aku, aku make up masa nak pegi keja, pakai cantik-cantik , ketawa-ketawa, bergurau dengan kawan dan keluarga, semua yang aku buat tak de niat pun nak puaskan hati orang lain, itu semua nak puaskan hati sendiri. Aku lebih menghargai diri sendiri dari orang lain atau family , macam orang selalu cakap , pentingkan diri sendiri. Aku rasa tak pe kan pentingkan diri sendiri, janji tak menyusahkan hidup orang lain.

Aku beri diri sendiri kasih sayang 90%, selebihnya untuk anak-anak, suami, dan orang lain, sebab tu aku tak kisah, kalau satu hari nanti suami tak sayang kat aku, atau ada kawan-kawan yang tak suka aku, apa yang penting aku akan elakkan dari menyusahkan dan menyakiti hati keluarga atau orang lain , InsyaAllah. Mana yang buruk tu datangnya dari aku sendiri, yang baik dan terpuji datangnya dari Allah SWT. Walaupun aku tak kaya macam orang lain, tapi aku bersyukur kepada Allah SWT kerana masih sudi memberi aku nyawa untuk terus hidup hingga sekarang, Alhamdulillah.


Jom layan butter cheese cake yang baru first time aku buat : )


Terima kasih Dayang Jack resepi yang sedap ni.

Bahan A

225 gm tepung gandum - Aku guna tepung naik sendiri 225 gm
1 1/2 tsp baking powder
1/4 garam

Bahan B

200gm butter
175gm cream cheese
1/2 sudu teh lemon zest
160gm gula castor
5 biji kuning telur

Bahan C

5 biji putih telur
1/2 tsp jus lemon

Cara-caranya

1.pukul butter dan cream cheese sampai gebu
2.masukkan gula, pukul lagi
3.masukkan kuning telur dan kulit lemon, pukul lagi
4.Masukkan bahan A dan gaul rata
5.Dalam mangkuk lain pukul bahagian c hingga kental
6.kemudian masukkan ke dalam campuran butter tadi dan kacau rata
7.masukkan ke dalam loyang ukuran 7 in x 7 in yang telah digris dan dialas, bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 30 minit.

Tauke kek apa lagi, sila sahut cabaran : )






Masa memerhatikan Firdaus makan kek tu dengan lahap, otak aku berputar jauh, dalam hati "alangkah bagusnya kalau aku berniaga kek ni", aku senyum sambil usap dagu.kui kui kui


Jumpa lagi di lain waktu dan hari, semoga korang happy dengan butter cheese cake yang aku tunjukkan kat sini : ) kah kah kah

Thursday, November 24, 2011

Besday Rishan yang ke 3 tahun, cream cheese brownies



Salam hari khamis........................

Tahniah pada Harimau muda,biarpun tewas 2-0 dengan Syria malam tadi ,mereka menunjukkan corak permainan yang boleh dibanggakan. Teruskan perjuangan anda.

Syukur Alhamdulillah, petang semalam , time aku balik keja, hujan tak lebat sangat. Malam tadi lepas masak, aku terus buat cream cheese brownies tuk adik ipar. Hari tu dia call, tanya pasal cream cheese brownies yang aku bagi MIL Deepavali hari tu, dia terbekenan nak tempah tuk besday Rishan.Aku bagi tau kat dia yang selama ni , aku tak pernah lagi jual cream cheese brownies , kalau teringin sangat, aku buatkan.

Sekarang ni pun aku dah stop berniaga cheese tart, entah lah , aku ni tak boleh berniaga kot , tak pun belum sampai seru. kah kah kah. Aku kena menuntut ilmu berniaga, sebab spesis aku berniaga , tak pandai nak letak rega, kesian dan simpati tu masih menebal dalam sanubari . Satu hari nanti ,kalau teringin sangat nak berniaga, kenalah dulu menuntut ilmu berniaga ngan tauke cheese tart :) keh keh keh



Ni adik ipar aku ngan anak dia Rishan. Hari ni Besday Rishan yang ke 3 tahun.InsyaAllah kalau tak aral melintang, malam ni aku gi besday party Rishan.


Aku tepek resepi cream cheese brownies yang aku buat malam tadi ye, rasanya dah kali ketiga aku tepek resepi ni, tapi tak pe lah nanti senang sesiapa yang teringin nak buat brownies , boleh rujuk kat sini.

Sebelum membako siapkan kelengkapan penting.


lapik loyang ngan greese proof paper kertas dulu, biar paper tu berjuntaian .


Sediakan bowl yang berseh ngan alat pengacau.


Cream cheese brownies

Resepi : rinnchan

1)250 grams butter-cair
2)1 cup serbuk koko
3)1 1/2 gula castor
4)telur 3 biji
3) 1 1/2 cup tepung gandam diayak ngan 1/2 tsp baking powder
4)1/2 cup susu cair
5) sedikit essen vanilla

Cairkan butter, masukkan serbuk koko dan kacau rata. Handwhisk castor sugar ngan telur masukkan kedalam adunan butter + koko tadi, kacau sebati.Masukkan susu cair, kacau sebati akhir sekali masukkan tepung gandum + baking powder yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit sambil mengacau hingga sebati. Tinggalkan sedikit adunan brownies untuk membuat corak diatas cheese nanti. Tuangkan adunan ke dalam loyang yang dah dilapik ngan kertas.
Panaskan oven pada suhu 180 darjah celcius
Masukkan adunan ke dalam loyang, bakar selama 25 minit guna api atas dan bawah.

untuk cream cheese

250 grams cream cheese
100grams gula castor
1 biji telur

Pukul cream cheese hingga gebu, kemudian masukkan castor sugar , pukul lagi hingga sebati, akhir sekali masukkan telur, pukul lagi hingga sebati.


Selepas brownies keluar dari oven, tuangkan adunan cheese dan ratakan, paipkan baki adunan brownies tadi, lorekkan corak ikut citarasa korang. Masukkan kedalam oven bakar selama 15 minit atau sehingga cheese masak. Biarkan sejuk sebelum dipotong.

Tips


Sebarang jenis susu ,sekiranya tak habis guna, masukkan ke dalam plastik , ikat kuat -kuat untuk mengelakkan dari cepat rosak.




Cream cheese brownies ni aku siap potongkan, nanti senanglah adik ipar aku , tinggal susun je dalam bekas masa besday party Rishan malam nanti.


JUMPA LAGI..............................



SEMOGA HARI KHAMIS NI MENJANJIKAN SERIBU KEBAHAGIAN KEPADA SEMUA.INSYALLAH.


Saturday, November 12, 2011

Tak jemu ngan kek lemon beryogurt


Salam hari sabtu...................


Apa cerita? Mendung je cuaca kat luar sana. Kalau korang ada plan nak ke mana-mana, hati-hati sikit bila memandu, sebab sekarang ni musim hujan, jalan licin . Bagi org yang tak de kenderaan cam aku ni, kenalah bawak payung , peribahasa kan ada menyebut, sediakan payung sebelum hujan. Peribahasa tu sesuai digunakan pada bila-bila masa je. Penting tu sediakan payung sebelum hujan, bukan payung je, baju hujan sekali kena sediakan terutama pada penunggang motosikal .

Cerita pasal kek plak ye, olah kerana anak-anak ngan suami dah jatuh suka ngan kek lemon beryogurt ni, rasa cam setiap hari plak aku nak buat tuk dorang.

Jom layan kek ku..............




Bahan utama

sediakan yogurt, aku guna yogurt apricot-sesuka hati je kan.
sebiji lemon-ambik juice
parutan kulit lemon-dari sebiji lemon
150grams butter-dicairkan

Bowl pertama

170 grams tepung naik sendiri
1/2 tsp garam


Bowl kedua

Kacau guna handwhisk

170 grams castor sugar
telur 3 biji
yogurt low fat
juice lemon


Tuang adunan bowl pertama ke dalam bowl kedua secara perlahan sambil mengacau guna handwhisk.





Tuang butter cair kedalam adunan tadi secara perlahan -lahan sambil mengacau .Jangan lupa masukkan sekali parutan kulit lemon dari sebiji lemon ye.


Abaikan corak atas adunan ke saja nak wat geli-geli

Bakar selama 180 darjah celsius selama 40 minit.




tedap, lemak berkrim , berlemon. semua cukup. Sesuai tuk breakfast mahupun, apa ye omputih sebut,,,,,,,,,,,,, high tea-kui kui kui.


sebelum beredar aku tepek juadah malam tadi ye, saja wat geli-geli.



Telur dadar + bawang besar + kacang panjang- kalau aku malas nak goreng sayur cam ni lah rupanya.


Sambal daging buh rempah skit.




SELAMAT BERHUJUNG MINGGU BERSAMA FAMILY TERSAYANG YE.

Sunday, July 3, 2011

Blended orange cake

Salam hari minggu.............



Dua hari mengigihkan diri wat blended orange cake, sebab teruja ngan kek tu sedap, itu pun kawan opis yang kasi. Geledah kat internet jumpa plak resepi kek orange . Aku agak je mungkin kek tu. Aku pun gigih mencuba. Insyallah korang pun boleh cuba , bak kata Azlita pejam mata pun boleh buat.



Aku yang tamak, sebenarnya guna sebiji limau je, tapi aku tambah satu biji tuk ambik kulit je.


Sebijik limau tu aku ambik kulit je dan parut.


Kacau guna sudip je, tuang sedikit demi sedikit tepung ke dalam hasil yang diblend tadi.


Banyak ni je dapat tuk satu adunan tadi.


Tak senonoh tak sempat tunggu sejuk , dah buat istiadat pemotongan.


4 ketul dihabiskan Firdaus.


Muka teruja.



Firdaus dah mengila makan kek orange ni. selalu aku wat kek lain jangan harap dia nak makan banyak tu. Terima kasih pada penyumbang resepi ni. Semalam je dua kali aku membaking. Next year raya Cina tak payah nak risau bila dapat limau banyak, buat je kek ni, boleh gak buat kudapan minum petang.

Maaf ye ada resepi yang ku ubah mengikut situasi dan keadaan. Ada pertambahan 1 tbsp susu cair ideal kat situ . Biasalah tangan ni gatal mesti nak ubah.


BLENDED ORANGE CAKE

Sumber : Azlita
sumber : Hasue


Bahan-bahan ( loyang 9 inc )

1 bji buah limau - 1 biji lagi parutan kulit orange
1 cawan minyak
1 1/2 cawan gula halus
3 biji telur
2 cawan tepung gandum*
1 sb baking powder* ( *diayak bersama )
1/2 tsp perisa oren(kalau tak de pun tak pe)

Cara-cara

Cuci buah limau,potong dan buang biji dan urat putih di tengah2.Potong lagi buah limau kecil2 bersama kulitnya sekali.
Masukkan kedalam blender bersama,minyak,gula dan telur dan kisar hingga halus.
Tuang bahan yang dikisar kedalam mangkuk dan masukkan campuran tepung sedikit2 sambil dikacau sebati.
Tuangkan adunan kedalam loyang yg beralas dan gris.
Bakar pd suhu 170C selama 40 min hingga 1 jam atau hingga masak.

Saturday, May 30, 2009

Buat kek untuk pengasuh anak



Persedian untuk buat kek

butter SCS, mahal tapi baunya wangi. satu adunan satu buku butter 250 grams.




bekas untuk membakar kek. pakai ni senang nak keluarkan kek selepas masak.jangan basuh guna gosok periuk yg kasar.



gula castor 220 grams kalau tak suka manis boleh letak 200 grams. aku tak suka pakai timbang sangat kecuali buat biskut.




mesin butter dengan gula sampai hancur dan bertukar warna putih.


pukul sampai kembang jadi macm ni. jgn lupa letak essen vanila.





letak telur sebiji demi sebiji. semuannya 4 biji. mesen sampai sebati.




masuk tepung naik sendiri 250 grams lepas tu mesen lagi.
dah sebati. aku masuk pewarna merah , biru , hijau jadi cam pelangi.







dah siap , masuk dalam bekas utk di bakar





masuk dlm oven suhu 180 c selama 45 minit.




inilah hasilnnya. cubalah kawan-kawan.








Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina