Tuesday, December 20, 2011

professor-alah membeli menang memakai ; sambungan cite sara ali

sambungan cite sara Ali, kak zakie vicks anak no 2 cik ina, dia bawah yuyi, dalam blog ni, cik ina tak tulis cite pasal dia, sebab dia tak de kat sini, dia masih belajar di satu tempat.Anak cik ina semuanya 4 orang , 2 lelaki 2 perempuan, yang pertama yuyi, kedua vicks, ketiga lelaki yang besar tu dan keempat Firdaus.




vicks bersama anak buah.



yuyi dan anak lelaki no 3 semasa bersekolah rendah...... seronok tinggal di flat ni : )

Sekarang ni hanya tinggal Firdaus je yang akan melangkah ke alam persekolahan pada tahun 2012, 30/12/2011 ni hari orentasi dia memasuki tahun satu, terasa janggal, seronok pun ada bila teringat nak beli kelengkapan sekolah untuk dia. Dah lamanya rasa tak membeli belah kelengkapan sekolah anak-anak : )

Masa yang 3 orang lagi tu bersekolah, aku susah, gaji ciput, tapi hati besar nak sediakan kelengkapan sekolah utuk anak yang berquality je ,tak pelah korbankan sedikit kepentingan diri sendiri tuk anak, janji bila mata terpejam, hati rasa puas. Bab membeli pakaian sekolah anak-anak , aku mengaku memang cerewet, pilihan aku  jenama professor, jenis kainnya berquality,warna tak pudar dan tahan lama. Untuk baju sekolah yuyi adakalanya aku suruh orang jahit.

Aku percaya perumpamaan alah membeli menang memakai, hingga sekarang ni dalam almari aku tu masih tersimpan kemas, masih cantik pakaian sekolah menengah anak lelaki yang no 3 , yang sekarang ni berumur 19 tahun. InsyaAllah pakaian sekolah tu boleh Firdaus gunakan masa dia naik naik sekolah menengah akan datang .

Bila bab membeli apa sahaja untuk anak-anak aku tak sayang duit dan tak berkira, tapi kalau untuk diri sendiri aku berkira , kenapa ye?Adakah semua ibu macam tu?





Nota kaki : Syukur Alhamdulillah,aku memanjatkan syukur kepada Allah SWT, mulai tahun ni blog aku berada dalam keadaan tahap selesa : )
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina