Monday, December 19, 2011

sambungan cite songlap ngan kari sotong : )

Sambungan cite hari sabtu, lepas lempeng habis dicicah ngan kari sotong, aku gigih plak buat  bun kosong, nak buat lempeng lagi  tapi dah kehabisan tepung gandum.



Sedap gak bun kosong cicah kari sotong .



Resepinya cilok dari geleri sendiri

Bahan-bahan

400 grams tepung high protein
1 tbsp butter
2 tbsp lemak sayur
1 tsp susu pekat manis
1/2 tsp garam
10 grams yeast kering
150ml air suam-ikut quantity tepung

masukkan semua bahan kedalam mesin pemutar(style orang pemalas), putar hingga doh menjadi licin dan elastic. rehatkan doh selama 30 minit, kalau boleh tutup doh ngan plastik sebab doh akan cepat mengembang ditempat suam. Selepasa 30 minit bahagikan doh kepada beberapa ketul, nak dapat bun sama besar seelok-eloknya timbang setiap seketul bun tu 60gm, oleh kerana timbang dah jahanam, aku bantai je, biarkan doh tadi naik dua kali ganda.Panaskan oven pada suhu  190 darjah celcius, bakar selama 25 minit, atas permukaan bun tu nampak berkilat sebab aku sapu ngan egg wash .

Cara membuat egg wash
telur 1 biji
1 tsp minyak masak
1 tsp susu pekat manis

kacau ketiga-tiga bahan ni.




tedap tau bun kosong cicah kari , akibat terlalu ghirah bertwit ngan ratu ciput, aku hampir terlupa bun dalam oven: ) abaikan kehitaman bun tu.





Sambungan cite songlap,ini anak no 2 aku, namanya vickc, muka dia sama tak cam sara Ali?, kui kui kui, kalau tak sama dari segi muka pun , mungkin sama garang cam sara Ali kot : )






selamat menonton filem songlap : )
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina