Monday, December 19, 2011

Sara Ali-Songlap

Salam hari senin......................





Pertama kali nampak Sara Ali ditemuramah ngan wartawan melodi, terus aku jatuh cinta pandang pertama ngan dia, boleh gitu? Biarpun tak pernah lagi tengok lakonan dia, naluri aku dapat rasakan dia pelakon yang hebat.

Tak sabar nak tengok Sara Ali dalam songlap hujung minggu ni, ombak rindu pun aku tak teruja semacam aku teruja ngan songlap . Cara Sara Ali bercakap ngan wartawan melodi tu dapat melambang karekter dia yang sebenar, terpegun aku, perempuan semuda tu berani mematahkan soalan wartawan.Memang padan ngan muka wartawan tu, suka sangat nak tanya soalan yang bukan-bukan.

Perempuan yang berani dan tegas senang buat aku terpikat. Berani dan tegas pun kena bertempat, jangan duk berani kutuk orang dalam blog je. Ada lagi satu jenis perempuan yang aku tak berapa nak berkenan , perempuan yang dengan family sendiri punyalah garang, kalau ngan orang lain boleh masuk dalam kain, hinggakan suami sendiri suruh ambik botol kicap, pun tak nak ambilkan : ( sedihkan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina