Showing posts with label twiggies gardenia. Show all posts
Showing posts with label twiggies gardenia. Show all posts
Thursday, February 16, 2012
terima kasih twiggies coklat gardenia-kisah dan tauladan siri 1
Satu hari tu kat tempat cashier , nak bayar apatah aku tak ingat, Firdaus masa tu senyum-senyum kat perempuan cashier tu, cashier tu tengok Firdaus senyum , dia tanyalah kat Firdaus
cashier : adik dah sekolah ?
Firdaus : dah, darjah satu
cashier : Adik nangis tak kat sekolah?
Firdaus : tak nangis, saya nangis bila kawan tak nak tolong bukak bungkusan roti je
cashier : ye ke ciannyaaaaaaaaa, ( senyum sambil pandang aku)
Muka aku masa tu tiba-tiba je konpius, terpinga-pinga, tak tahu nak cakap apa, aku lempar senyum kambing kat cashier tu, terus bawak Firdaus beredar dari situ., lagi cepat lagi baguskan : )
Dalam perjalanan balik , berulang kali aku tanya Firdaus "betul ke adik tak tahu bukak bungkusan roti?". Dia plak berulang kali bagi jawapan yang sama "ye, tak tau." Masa ni mula lah aku teringat lirik lagu Najwa latif
Banyak persoalan yang berada di minda
Banyak tanda tanya dan juga kata kerja
INTERMISSION
Minggu lepas , ada satu hari tu aku MC, hari apa aku tak ingatlah plak , sebelum Firdaus pegi sekolah suami suruh aku bukakkan twiggies coklat letakkan dalam bekas Firdaus, katanya nanti time rehat senanglah Firdaus makan. Tiba-tiba je aku teringat kejadian ditempat cashier???????? ooo baru aku tahu kenapa Firdaus jawap cam tu , bila cashier tu tanya.
Aku ceritalah kat suami kejadian kat tempat cashier tempoh hari, aku bagi nasihat kat suami, nak sayangkan anak tu biarlah bertempat , sampai tak tahu bukak sendiri bungkusan roti , macam tak boleh diterima dek akal. Bila aku cakap cam tu, dia tak bagi apa -apa respon, dia senyum je . Keesokan hari dan hari-hari seterusnya dia buat lagi perkara yang sama, bukak dan masukkan roti Firdaus dalam bekas. Dah malas aku nak cakap, biarlah janji dia bahagia ngan apa yang dia buat. Spesis aku ni baik ngan suami waima anak,, aku nasihat atau tegur sekali je, lepas tu terpulang pada dorang samada nak dengar atau tidak : )
Sayang anak , tangan-tangankan ; milo ais kurang manis ko suruh anak makan kertas sebab main -main masa belajar tak cukup zalim nak bawak watak mak tiri bawang merah , kalau nak dibandingkan ngan akak yang pernah tenyeh mulut yuyi ngan cili besar gara-gara tak hafal sifir . Itu dulu sekarang ni aku dah insaf.kah kah kah. Sampai sekarang yuyi bantai gelak sendiri bila teringat aku pernah tenyeh mulut dia ngan cili besar, sebab tu dia suka makan cili kot : ) zaman aku belajar dulu ngan arwah ayah, menggigil kepala lutut kalau tak hafal sifir, kat kepala dah terbayang tali pinggang ngan rotan halus.
Okey sekianlah sahaja kisah dan tauladan siri 1, semoga kita berjumpa lagi di siri -siri yang lain dimasa akan datang. Lepas ni mana tahu ada kisah dan tauladan perlumbaan arnab dan sang kura-kura : )
Di catat oleh
Cik Ina Do Do Cheng
Labels:
Kisah Anak,
kisah dan tauladan siri 1,
kisah hujung minggu,
Lain-lain,
sembang-sembang,
super ayah,
twiggies gardenia
Subscribe to:
Posts (Atom)
Jangan ikut sangat
makan-makan
- Bubba Gump The Curve
- The Blossom Chinese Restaurant Swiss Garden Hotel Resorts & SPA
- The Garden Terrace-Swiss Garden Hotel Resorts & SPA
- Restoran Port Village-Bagan Hailam Port Klang
- Restoran Port Village -Bagan Hailam Port Klang
- Restoran terapung-HM sri bagan -Bagan Lalang
- Bagan lalang-art caterer
- Restoran Windmill-Jaya Jusco bukit Tinggi
- Restoran David Brown-Bukit Bendera
- Secret Recipe
- Restoran Port Village-Bagan Hailam Port Klang
- Burger king-Bukit Tinggi
- Boston-Jaya Jusco Bukit Tinggi
- Best Seafood-Star Cruise West Port
- TGI Friday--Garden Mall
- TGI Friday -Subang Parade
jalan -jalan
- Swiss Garden Resorts & SPA Kuantan
- Dewi Sri Spa Alam Sentral
- Amoaras Relaxing Spa
- Samsara Spa Swiss Garden Resorts &SPA Kuantan
- Swiss Garden Resorts & SPA Kuantan
- Banting-Perkampungan orang asli Tanjung Sepat
- Melaka Bandaraya bersejarah
- Banting-Perkampungan orang asli-Tanjung Sepat
- Banting-Perkampungan orang asli-Tanjung Sepat
- Genting Highland
- Penang-Penang Butterfly Farm, Empangan Teluk Bahang, Jeti Teluk Bahang, Pantai Teluk Bahang
- Penang-David Brown's Restaurant, Bukit Bendera
- Penang-Jalan Chowrasta, Batu Ferenggi, Nasi kandar
- Penang-Tempat penginapan
- Penang-Bukit bendera








