Tuesday, September 28, 2010

Pindang untuk Dayana

Semalam aku betul-betul sebak hingga menitiskan air mata, bila mendengar dari rakan kerja mengenai teman baik aku sendiri ditimpa musibah selepas berkahwin dengan pemuda pilihan sendiri. Lagi menambahkan sebak di dada bila kuah yang aku makan pada hari tu , kuah pindang ikan kembung. Mana taknya , Pindang ikan kembung memang kesukaan teman baik aku tu. Kalau dia berkunjungan , pindang ikan kembung mesti aku titipkan sebagai bekalan pulang. Cukuplah kalau korang kenal dia dengan nama Dayana.Teman baik aku ni berumur lebih kurang 27 tahun.Orangnya cantik dan lemah lembut. Aku kenal rapat ngan Dayana sebab dulu pernah berkerja ditempat yang sama.Kami putus hubungan sebab aku berpindah ke tempat kerja sekarang.

Aku keliru tanpa sebab musabab, Dayana menjauhkan diri dari aku. Setahu aku selama menjalinkan hubungan rapat, tak pernah aku menyinggung perasaanya.Cuma pada satu hari selepas seminggu dia mendirikan rumahtangga, kami ada berbual -bual kosong. Dia beritahu, sekarang dia gembira sangat dapat suami dengan mak mertua begitu mengambil berat . Selepas berkahwin dia memilih untuk tinggal bersama mak mertua. Siapa yang tak gembira , bila teman baik sendiri gembira. Sebagai teman rapat , adalah aku nasihatkan dia , seperti nasihat seorang kakak kepada adik sendiri . Aku titipkan pesanan, supaya berhati-hati mak mertua tak sama dengan mak sendiri.Baru kahwin, semuanya okey, tunggu lagi sebulan dua.Mungkin dia tak dapat menerima kata-kata aku.Aku agak , itulah punca hubungan dingin kami. Aku tak pernah menyimpan perasaan marah , walaupun jauh dari sudut hati ada tersinggung sedikit dengan perbuatan dia. Walau cam mana pun aku tetap menerimanya sebagai teman rapat , sewaktu ketika dulu pernah hidup susah dan senang bersama.

Dari cerita rakan kerja semalam , Dayana mendapat tekanan mental dari mak mertua. Sebulan selepas berkahwin, baru Dayana tahu yang suaminya anak emak. Segala urusan rumahtangga, mesti mendapat nasihat dari maknya dulu. Suaminya sering mengikut telunjuk mak , sehinggakan nak pergi kerumah mak sendiri pun dihalang. Hari raya lepas Dayana hanya dapat balik kerumah mak selepas seminggu raya, itu pun setengah hari saja. Lagi menambahkan tekanan, bila mak mertua tak membenarkan suaminya berpindah kerumah lain.


Aku harap Dayana dapat bersabar dengan dugaan-dugaan yang mendatang. Allah akan sentiasa bersama orang yang sabar.Dayana , kalau kau ada membaca blog ini, haraplah hubungi akak , kalau memerlukan apa-apa pertolongan.

Kesimpulan dari cerita Dayana ni, Mana -mana perempuan yang ingin mencari calon suami, kena berkenal rapat dengan bakal mak mertua dulu. Kalau nak lebih selamat cari calon suami yang yatim piatu.

Ketepikan sekejap kisah Dayana, itu pandangan peribadi aku .


Kalau nak hilangkan tekanan, mari kita tengok resepi pindang untuk dayana




Kunyit hidup, lengkuas, halia , bawang putih, bawang besar dihiris.




Bendi ikut suka.





Perahan air asam jawa.




Ikan kembung disiang dan dibersihkan.




Tumis bahan hirisan sampai naik wangi.




Masukkan air asam jawa .Tunggu kuah mendidih, kemudian masukkan bendi diikuti ngan ikan kembung tadi.Bubuh garam ngan sedikit perasa.Bila kuah mendidih , baru boleh diangkat.





Pindang ikan kembung ni aku dedekasikan khas untuk teman rapat aku Dayana.




Lupa pulak aku nak beritahu, Dayana suka makan kuah pindang ni bersama sambal belacan yang aku buat.



Senyum kambing : Kawan aku , mak mertua dia lagi zalim, Selagi tak buat sarapan pagi, jangan harap dapat buang air besar.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina