Wednesday, September 22, 2010

Versi bersyukur walaupun tak kaya mana

Sebelum balik rumah singgah kejap kat giant .Beli apa yang patut untuk masak makan malam.Dah lama tak masak selepas raya ni.Bukan makan kat rumah terbuka yang aku maksudkan ngan dah lama tak masak.Cuma asyik makan kat luar je kebelakangan ni.Makan kat luar pun hanya makan mee atau bihun sup je.nak lapik perut waktu malam.itupun aku bersyukur, sebab dapat gak makan.

Kisah selepas masak , aku duduk melepak kat depan tv.Aku ni orang yang jarang nak menghadap tv nak tengok apa jenis drama tv...Cuma aku tak boleh kalau tak tengok siaran berita, itu memang penting bagi aku. Drama TV pulak bukan aku tak minat, cuma aku takut kalau dah tengok kerja lain tak menjadi.sebab tu aku elakkan.Duduk melepak tak sengaja tengok pulak cerita pasal zaiton sameon.Dia duk menangis cerita kisah lama dia ngan family.Yang wartawan ni pun duk sibuk tanya.Tapi yang aku tak boleh terima bila dia cakap , hidup dia dah tak bermakna.Aku tak paham betullah , bila orang cakap hidup dia dah tak bermakna.come onlah, walaupun aku hidup sebatang kara, tak pernah keluar dari mulut aku ni,aku lafazkan hidup dah tak bermakna.

Bagi aku selagi Allah SWT bagi kita bernafas dan bernyawa,dan masih boleh menyuap nasi kat mulut sendiri , hidup aku masih bermakna.Itulah dia manusia yang tak pernah bersyukur, apa yang ada depan mata.sebab tu dalam dunia banyak manusia yang tamak haloba, dan dengki sesama manusia. ahhh Tak payah cerita pasal zaiton sameon, cerita pasal menu aku malam tadi lagi bagus.

Dah seminggu raya ni dah jemu asyik makan daging, lembu, kambing ngan ayam.tukar menu ikan sardin pulak.



Tumis 1 biji bawang besar(potong nipis), halia potong nipis dan besar, bunga lawang ngan kayu manis sampai naik bau.




Masukkan ikan sardin yang dah diasingkan dari sos bersama 3 atau 4 biji cili api yang dah dibelah dua.Tumis lagi sampai ikan sardin kegaringan sedikit.




Masukkan kicap kipas udang (ikut suka) ngan sedikit sos tiram.Selepas tu masukkan pulak sebiji tomato yang dah dihiris nipis-nipis.




Nak kesan yang lebih menghangatkan , masukkan serbuk lada hitam.Jangan bubuh garam lagi.




Hangat dari biasa.





Sayur pilihan, sawi hijau yang cute ni.rasanya yang manis menambat hati simontel.




Saja nak tunjuk parang yang besar untuk meracik bawang putih.




Tumis bawang putih samapai garing, lepas tu masukkan sos tiram sedikit.





Masukkan sayur, kacau sekejap, dan terus angkat.






Okey, simontel mesti happy, bila dapat makan sayur ni.

Semanis gula : Sentiasa bersyukur walaupun makan berlaukkan sardin.Ada gak makan, dari tak de.Manalah menghilangnya cik pah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina