Tuesday, March 15, 2011

cepat, cepat datang sini.

Jumpa semula, aku mesti tepati janji, terimalah gambar yang seadanya buat stok geli-geli , cuci mata. Bukan apa, aku tak nak korang tersalah paham pasal cerita ini,, sebenar orang yang di maksudkan tu budak seopis ngan aku.



Alah cian sibusyuk aku ni, ceduk nasi sendiri, gambar model tetap ni mesti ada , takut kak zakie dah rindu. Model ni kata nak diet, makan Tuna ngan roti je, tapi janji tinggal janji tetap nasi gak dia nak cari.



Semenjak aku kenalkan Firdaus ngan croissant tuna ni, masa makan kat fruity Bakery and Cafe kat Taman Chi Liung , di terus jatuh cinta ngan tuna.

Maka senanglah hidup aku pagi-pagi, tak payah sibuk nak buat breakfast atau beli nasi lemak untuk dia. Sekarang rutin aku subuh hari buat roti tunalah nampaknya.

Jom menyandwich .



Penting sekali, lettuce wajib ada sebab Firdaus suka makan ni.




Hirisan timun dan tomato.



Tuna cap ayam.



Ambik roti gardenia sapukan ngan tuna.



Bubuh timun ngan tomato hiris. Bubuh roti lagi sekeping kat atas.



Dah siap, semudah ABC kan. Firdaus dah siap pesan, bila bukak sekolah nak bawak roti tuna. yeah , senang tak payah beli nasi lemak lagi.



Sekarangkan cuti sekolah, jadi agenda wajib pagi hari adalah masak lauk .Bila dah masak, sempat lagi aku bawak bekal pagi tadi. Jom tengok bekal apa yang aku bawak. saja nak gedik gedik tunjuk sambal sardin, telur dadar ngan sayur kobis campur carrot. Pasti jimat hari ni.



Ole ole dari pokok mangga depan rumah, saja nak bagi kawan opis rasa. Biasalah model terkini mira shinikoko ngan baju ngan tudung corak sedondon. Nasib baik tukang jaga pokok mangga(suami) beri kelulusan aku petik buah mangga ni. Tukang jaga, mak datuk garang yang amat.

Senyum tapir : Diharap semua enjoy ngan gambar dan cerita di atas.sekian terima kasih.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina