Monday, August 22, 2011

hapa cerita?

Salam Ramadhan............

Dah dua hari tak menjengah ke sini, terasa rindu plak. Blog ni cam berpuaka pun ada. Bizi sangat dalam dua hari ni sebab nak siapkan tempahan biskut raya dari pembeli limited edition.boleh gitu?Lega, settle bahagian biskut raya. Mulai dari hari ni aku nak start buat crust tuk chese tart. Semuanya kena siap sebelum 29/8/2011, sebab tarikh tu aku akan ke Jepun melawat kawan yang tak dapat balik beraya .

Masa dalam kereta pagi tadi , dengar lagu raya rasa hati syahdu plak. Lagu raya dolu-dolu memang touching. Kenapa ye,? lagu raya zaman sekarang tak berapa nak menangkap jiwang sangat. Banyak-banyak lagu raya, aku paling suka Dendang perantau.Biasalah orang yang dah tak de keluarga cam aku ni bila time raya ada gak terasa sedih, tapi tak delah desperate houswife sangat cam sms budak muda tu "akak dah tak de keluarga memang tak dapat nak cerita masalah pada sesiapa". Nak gelak masa baca, at least walaupun aku sebatang kara, tapi masih ada suami dan anak. Dalam kubur pun sorang gak beb.

Petang semalam ada 3 orang tetamu yang datang berbuka kat rumah, memandangkan tengah penat dan kering idea nak masak , aku buat je nasi lemak.Lauknya sambal udang ngan ayam goreng mencongkam.

Alhamdulillah habis semua makanan , tak membazir langsung.Tetiba je hangin masak sambal sedap plak. Biasalah masakan aku ni kekadang ada masa sedap ada masak hampehh.Bila mengenangkan yang makan tu orang yang berbuka berpuasa , semua hidangan habis dan tak membazir rasa cam nak bagi award kat diri sendiri plak. Mulalah berangan...........

Jom jamu mata hidangan berbuka puasa yang sedap dimata sendiri.



Sambal udang , jap nak cari link resepi,... ahhh ahhh dah jumpa kat sini ye.



Telur rebus , kalau tak tahu gak resepi ni tak pek den nak nolong.



Timun anda hendak dibasuh ngan air garam agar kesegaran sepanjang zaman cam lagu dendang perantau.



Ayam goreng mencongkam ni tak sempat nak makan sebab dah habis.kenapa habis ? tak tahu lagi, sebab sedaplah. kalau nak resepi sila sms ye atau gelidah kat sini.



Baulu kemboja disponsor oleh yuyi.



Popia-popia zaman sekarang.pelik . popia basah isi taueh, sengkuang , timun, tak dimasak langsung, naik ke pukul 11 malam tetiba je ada bau cam masam menusuk ke hidung.....dah boleh buang dalam tong sampah.Popia basah ngan kering disponsor orang yang sama.

Agenda yang buat aku sibuk , lemah lutut dan terasa cam di awana Genting Highland main judi sekarang ni.



Coklat cip



Tahun ni aku tak jual tart nenas, buat ni pun atas permintaan yuyi.



Bunga Dahlia.


Okeylah jumpa lagi , jangan lupa ye balik ni dengar lagu dendang perantau.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina