Showing posts with label ikan masin. Show all posts
Showing posts with label ikan masin. Show all posts

Tuesday, November 13, 2012

Happy Diwali 2012 kepada semua penganut agama Hindu ; I love my blog ;

Aku suka update blog dah tentu-tentu sebelum pergi berdiwali sakan aku update blog ye dak. Cerita yang aku nak update ni cerita hari minggu hari tu. Cerita ni takde lah  menarik mana pun hanya  cerita masak-masak je.

Nak cepat-cepat update lah nanti boleh cepat  pergi rumah MIL  tekak ni dah tak sabar makan  masakan  MIL : ) *hari ni hari goyang kaki sehari*

 Aksesori untuk sup separuh  ayam

1) 3 biji kentang- dipotong baji
2)sebatang carrot sederhana besar- potong ikut citarasa masing-masing
3)3 biji tomato dipotong baji
4)setangkai dua  daun saderi dan daun bawang-dihiris

Bahan-bahan untuk tumisan

1)3 biji bawang merah-diketuk dan dikupas kulit
2) 4 ulas bawang putih diketuk dan dikupas kulit
3) 1 cm halia -diketuk
4)dua sudu besar rempah sup "ADABI"-bancuh dengan sedikit air
5) 800 ml air

Bahan-bahan lain

1)garam
2)sesudu kecil lada hitam

 Cara-cara membuat sup separuh ayam

1)tumis bahan 1,2, dan 3 sampai naik bau dan kekuningan
2)tumiskan rempah sup  sampai pecah minyak -guna api sederhana
3) masukkan tomato dan  ayam separuh tadi-kacau kaup supaya ayam bergaul mesra bersama bahan tumisan
4)masukkan  800 ml air -biar agak mendidih
5)masukkan  kentang dan carrot- biar sampai empuk
6)Masukkan sedikit garam dan sesudu kecil lada hitam kisar
7)sebelum angkat masukkan  hirisan daun bawang dan daun saderi

Biasalah tekak orang melayu kalau tak bedal sup dengan sambal belacan tak sah : )
Sambal belacan ni simple je cuma aku tambahkan 1/2 sudu  besar gula , secubit kecil serbuk perasa , sedikit  kisaran  mangga  sederhana manis dan  perahan jus dari tiga biji  limau kasturi  ke dalam kisaran 10-15 tangkai cili api yang dikisar bersama belacan sebesar ibu jari yang dah digoreng/bakar
 
Sambal belacan mangga 
 Dapat plak makan dengan ikan masin buatan suami, perghhh sedap
Apasallah aku boleh beli seikat je pucuk paku ni? Lepas seikat pucuk paku  digoreng belacan alahai dapatlah sinonit  rasa  tak puas makan..

Budak ni tak sah  kalau tak makan nasi  sambil melayan cite kartun 

Firdaus memang suka melayan makan nasi bersama apa  saje jenis  sup/kuah . 



Jumpa lagi ye..............



~~~~~Happy Diwali kepada semua penganut agama Hindu di Malaysia~~~~~


Terima kasih kerana sudi berkunjung ke sini Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Tuesday, October 23, 2012

Pagi selasa aku ; sarapan pagi ; nasi goreng kampung ; ikan masin hasil tangan suami

Sarapan pagi ; Tengok mood, tengok tahap  kerajinan, tengok situasi  serta tengok kreativiti aku ; yes pagi ni aku bangun pukul 5 pagi dah tentu-tentu hari ni  diri aku dilimpahi dengan  mood kerajinan serta segala mood yang ada dalam dunia ni dan segala  kreativiti .*hazabkan*Betul ke orang kata bila  kita sakit hati otomatik segala mood layu kita sebelum ni  kembali normal?.Itu orang kata kalau tak betul sila marah orang.

Kreatif ke?Tiada cara lain lagi  makcik atau mak macam aku ni nak berkreatif  selain dari mengkreatifkan  nasi semalam atau nasi malam tadi menjadi segala jenis nasi goreng. *buhsankan*

Buhsan atau tidak korang kena hadap gak nasi goreng kampung aku ni, ye dak?





Bahan-bahan untuk membuat nasi goreng kampung

1)ikan bilis sengenggam-basuh berseh kemudian kisar  kering sederhana halus
2)dua biji telur 
3)beberapa biji cili api(saper suka pedas yang berlebih- lebihan  boleh tambah cili api)-kisar halus
4)4 ulas bawang merah dan 4 ulas bawang putih-kupas kulit , basuh , hiris dan kisar kering sederhana halus
5)garam dan secubit serbuk perasa

Tak kiralah samada nasi semalam atau nasi baki malam tadi

Cara-cara membuat nasi goreng kampung
1) nasi digaul rata   dengan sedikit garam
2)Tumis bahan kisar hingga naik bau dan pecah minyak-guna api sederhana
3)pecah kan dua biji telur tadi -biar hingga sedikit garing
4)Masukkan nasi yang dah digaul rata dengan garam-kacau nasi hingga semua bahan tumis bergaul -guna api besar
5)Bila nasi goreng dah mengeluarkan aroma  nasi goreng  masukkan secubit serbuk perasa kemudian  barulah diangkat dan dihidangkan*dasatkan aroma nasi goreng-ko mampu*








 Cukuplah untuk  3 orang makan ye dak.
 Ikan masin hasil tangan suami tak pernah mengecewakan -saper makan boleh mengigaukan suami aku
 Jemput makan nasi goreng makan bersama dengan sedikit ikan masin goreng -tedap :)





Sekadar luahan hati

Aku jadi takut dengan orang yang sanggup memutar belit kenyataan demi kepentingan diri sendiri : (betul gak statement seorang blogger tu : zaman sekarang ni susah kita  nak percaya  dengan orang.




Terima kasih kerana sudi berkunjung ke sini

Thursday, October 18, 2012

hari minggu dan rabu aku ; perghh sedapnya gabungan ikan masin, sambal belacan dan sup

apa kenalah dengan  mata aku ni asal menghadap komputer je mulalah  mengantuk. Nilah masalah besar yang aku hadapi  sekarang ni mengantuk, mengantuk dan mengantuk.Fed up !Kalau mata ni boleh disengkang dengan anak mancis mau aku sengkang.

haish macam dah lama je aku tak bercerita pasal masak-masak kat sini *poyonya simakcik ni* macamlah orang  di  luar sana  berminat sangat dengan  cerita masak memasak  kau tu. Ekceli aku tak  kisah pun  samada orang  berminat atau tidak  apa yang penting blog ni membuat hidup aku tersangatlah gembiranya.


Berbalik pada tajuk entry aku kali ni ; seminggu ni aku  asyik  masak sup fishball & cendawan tiram tak pun sup fish cake plus fish ball ni semua gara-gara  suami aku  memuji-muji kesedapan  sup fishball aku ni.*naik lif tekan butang sendiri*
Bahan -bahan  untuk membuat sup fishbal & bebola ikan ni mudah banget semudah ABC tak pun 123  resepi ni sesuai  buat ibu rumahtangga yang bekerja  dikantor atau dikilang. *semangat Indon dah menyelinap masuk*

bahan-bahan  untuk membuat sup fishball (semua anggaran  bahan masakan  mengikut anggaran fishball dan sup)

1)3-4  ulas  bawang merah
2)3-4 bawang putih
Kedua bahan dibasuh,diketuk kemudian dibuang kulit dan cincang kasar  mengunakan pisau besar
3)5-6 keping cendawan tiram-cuci kemudian siat-siatkan dan tuskan airnya
4)sepaket fishball sederhana besar
5)1 1/2  kiub  pati ayam maggi

6)2-3 tangkai daun bawang-dihiris sederhana halus

Cara-cara  membuatnya

1) Tumis bawang ketuk  (no-2)dalam minyak yang sedikit hingga  naik bau dan layu.
2)pecahkan kiub pati ayam maggi , tumiskan sekejap
2)Masukkan 1 liter air  , biar agak mendidih
3)masukkan  fishball, biar seminit
4)masukkan cendawan tiram biar seminit
5)sebelum angkat  taburkan daun bawang yang dah dihiris tadi, seminit kemudian terus tutup api.

*kalau suka kita boleh juge mengunakan  fishball (bebola ikan atau bebola ayam) buatan sendiri*


Terpulang pada kengkawan semua  samada hendak memilih fishball yang kecil atau yang besar  ataupun  fish cake
Cendawan Tiram
 
sup fishball dan fish  cake
keesokannya masih sup fishball tapi kali ni aku campurkan cendawan tiram
Aku goreng sedikit ikan masin buatan suami
"TERBAEK "ikan masin  buatan suami dan kawan kawan memang sedap
tak sah kalau tak de sambal belacan simple je sambal belacan aku ni ; sedikit cili api + sedikit cili masak +  1 inchi belacan bakar (kisar kering) kemudian masukkan cili dan belacan kisar tadi ke dalam mangkuk.Perahkan asam limau , buh sedikit gula dan secubit kecil serbuk perasa , sedia dihidang.
 malam -malam buta cam ni tetiba je tekak  nak makan tempe, harus goreng tempe masa tu gak.
sedap dimakan ketika masih panas



 Okeylah masa tak mengiizinkan untuk aku lepak lebih lama di sini.faham-faham  sudah.wa cau dulu.

Sunday, July 15, 2012

Borak kosong pasal masakan masakan dan masakan


Aku tak suka masak sambil membebel tapi kalau update cerita masak aku suka plak membebel panjang lebar.Semalam aku masak simple je aku masa  sup sawi + telur,  celur bendi, tumbuk sambal belacan dan goreng  ikan masin. Seperti mana yang kita tahu masakan simple tulah yang membuat nafsu makan kita bertambah. Sila ambik perhatian di sini   aku  senaraikan masakan yang boleh membuat kita bertambah nasi.Bila cerita pasal masakan otomatik  perut aku berkeroncong unuk Ana.InsyaAllah tengahari ni aku masak ikan kicap kot. Jomlah kita tengok calon-calonnya

Masakan simple yang pada aku akan membuat  selera makan kita bertambah:-

1)betik  ala ala muda tumis air (buh lada hitam sikit arwah mak aku kata) judu ngan sambal belacan dan ikan masin

2)masak tumis apa je sayur judu ngan ikan goreng atau sambal belacan

3)singgang ikan

4)asam rebus ikan ngan bendi

5)ikan bakar judu ngan kicap cili atau air asam

6)ayam percek dan bakar


Aku rasa kalau aku senaraikan lagi masakan  simple yang sedia ada kat Malaysia ni  mahu aku tak masak Firdaus ngan suami  aku kat tepi duk jeling.la la la la
Sup sawi +telur + ikan bilis-laju je Firdaus makan sup sawi ni sukalah gamaknya.
 Mantop bendi cicah ngan sambal belacan. Celur bendi ngan air mendidih yang dibuh sedikit garam dan sedikit minyak.sejurus angkat bendi tu  cucur kan kat bawah air paip sekejap.
 ikan masin homemade  goreng sikit je dah cukup , ikan masin ni kena cuit sikit-sikit je sebab tekstur ikan masin ni  ala ala  ikan tenggiri  atau  ikan gelama masin.
 Tangan je nampak kurus ye, badan idak.
Orang nak tumbuk dia pun nak menumbuk. Sekejap je aku bagi can menumbuk,aku bukan apa aku takut cili api terpercik kat mata dia je. Kalau mata aku tak pelah dah  lali kena terpercik cili api.
 Sambal belacan campur air asam jawa(kalau boleh asam jawa tu bancuh ngan air suam) +sedikit gula + secubit kecik serbuk perasa.

Adik !!sebutir nasi ibarat setitik peluh petani. 



Sekadar luahan hati

Dulu aku suka baca  satu blog ni , cerita dia banyak berkisar halal haram dan banyak menjurus pada keislaman sikit masa tu aku anggap dia baik sangat   tapi semenjak kebelakangan ni  aku naik muntah hijau bila aku tersedar  dia  dah  44 kali menipu orang  tanpa dia  sendiri sedari. Malas aku nak cakap  dia dah besar dia sendiri tahu apa yang dia dah buat.

Sunday, July 1, 2012

Pendedahan eksklusif yang pada aku dah tak eksklusif

Pendedahan  eksklusif cara-cara membuat  ikan masin aku rasa lebih memberi feadah  dari pendedahan eksklusif yang tak mendatang hasil dalam negara mahupun luar negara.Ikan masin gambar di bawah baru saje suami aku bawa balik dari tempat pertapaan .  Makan ikan masin ngan nasi memang sedap dan mudah tapi nak membuat ikan masin tak semudah yang disangka. Aku belum habis berguru buat ikan masin ngan suami aku esok lusa bila dah penuh ilmu membuat ikan masin didada nanti  aku kongsi  ngan  korang ye.

Kali ni  suami aku  ngan geng menjadikan ikan tirusan sebagai mangsa dijadikan ikan masin.

Hasil pertapaan ikan tirusan selama berapa hari atau  bulan lupa plak aku nak tanya suami.
Rasa  ikan masin  tirusan ni ala ikan tenggiri jeruk sebab tu aku berani cakap yang membuat ikan  masin ni tak semudah yang disangka ia bukan cam ikan masin biasa. Tekstur ikan masin ni agak lembut ia amat sesuai digoreng bersama kailan, kangkung dan nasi goreng.
Ada sedikit macam membelah kepala orang je. lantak ko lah gambar suami aku tak de kepala mana tak nya sebelum aku ambik gambar dia , dia dah dah warning aku dulu, mak akur sebelum parang hinggap kat belakang mak. la la la .

Permintaan suami nak makan kangkung goreng ikan masin.
Sekali masak  2 1/2 ikat kangkung.Siang kangkung cuci berseh kemudian tuskan.
Kebiasaannya kalau aku menggoreng kangkung belacan atau ikan masin aku  tak guna  hirisan bawang putih seperti kebiasaan  aku akan guna hirisan bawang holand sebagai bahan tumisan. 1/2  biji bawang holland  dan 6-7 biji cili api dibelah dua.
Aku siatkan lebih kurang dua ketul  ikan masin sederhana besar . Basuh dulu ikan masin tu sebelum disiatkan sederhana besar.
Tumis hirisan bawang holand sampai naik bau dan layu kemudian masukkan ikan masin tadi  tumis sekejap . Bila keduanya dah naik bau masukkan cili api diikuti ngan  kangkung , kaup  balik   kankung sebelum angkat buh  secubit kecik serbuk perasa dan sedikit air. Terpulang pada citarasa masing samada nak tambah sedikit garam atau tak. Aku tak tambah garam sebab pada aku ikan masin ni dah cukup masin.
 
kangkung goreng ikan masin

Lauk tambahan telur dadar bawang
Aku goreng dalam dua ketul kecik  ikan masin tadi.
Firdaus dapat ikan masin laju je. Ikan masin ni tak boleh makan selalu terutama budak baru nak membesar bagai johan.
Suami aku tak potong semua ikan masin tadi , baki yang separuh lagi dia bungkus kemudian gantung. Mengantung ikan masin tak pe lagi jangan sesekali kita  membungkus diri sendiri  kemudian kita gantung sendiri.




Sekadar luahan hati

Pagi ni  aku nak terbahak -bahak sampai terkeluar air  liur bila terbaca muka depan  Berita Harian pendedahan eksklusif  Edar dadah dalam penjara.  "Aku kah tercepat mengetahuinya  atau mereka terlambat mengetahuinya."kata dalam hati aku.tak tak aku tak cakap apa-apa.kah kah kah 

Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina