Tuesday, February 8, 2011

Mentari merah diufuk timur




Cantikkan mentari merah tu. Rasa nak sepak je aku sebab letak tajuk tak henggat atau memang syiok tengok mentari merah diufuk timur tu.Gambar tu suami aku ambik masa memancing hari tu. Lagu Amy search pun ada tajuk Mentari merahkan.Hari ni kita cerita pasal hal ehwal lautlah ye.




Anak pemancing yang berbaju merah tu, korang kenal tak? Dia memang kerap lepak kat pengkalan ni, ikut ayah dia. Dia tu boleh ngam ngan semua orang kat situ.



Dia kerap menunggu pemancing balik membawa hasil kat sini..




Kalau dah boring, boleh join orang kat situ main terup.boleh gitu.Sila jangan ikut aksi ini, ia salah disisi agama islam.Kalau nak gak, pegi main donkey atau happy family.




Besarkan ikan tu. Selalunya dorang siang ikan kat pengkalan tu. Balik rumah senang, tak de lah takut rumah bersepah ngan sisik ikan.



Ikan pari.








Sebenarnya aku nak tunjuk umpan yang selalu dorang buat memancing, sotong kurita. Geli tau, bila pegang, dia boleh menjalar-jalar kat tangan korang. Sotong kurita ni, rega RM6 seekor. Sila percaya, sebab tu rega ikan mahal, dah umpan pun mahal. Nak mencari sotong kurita bukan senang... Minyak pun mahal, nasik baik kerajaan ada bagi subsidi, bolehlah bernafas sikit.

Okey sekianlah cerita hari ni anak murid, esok cikgu ajar lagi ye.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina