Showing posts with label Kisah Pemancing. Show all posts
Showing posts with label Kisah Pemancing. Show all posts

Saturday, February 12, 2011

Ronaldo no 9

Aku benci, tadi aku dah taip banyak cerita kat sini, aku luahkan semuanya kat sini, keterujaan aku pasal laut. dammm celcom, dia putuskan line, sedangkan aku baru je bayar boadband ni. Aku call maki dia, tak pedulik, aku cakap aku dah taip panjang lebar, lepas tu tak boleh connect. Celcom cakap aku dah habiskan 5GB. Aku kata kalau aku dah habiskan GB, kenapa tak boleh tinggalkan satu GB, aku boleh bayarlah lagi. Di kata nak tambah GB lagi berapa. Aku cakap bagi GB yang paling laju sekarang gak aku bayar. Damm aku penguna celcom dari tahun 2004, cam tu tak delah beza aku nak penguna celcom yang lain.korang tengok je lah gambar ni tanpa aku tulis apa-apa. Aku dah kecewa sangat ngan celcom ni.

Gambar ni aku ambil tadi.





























































Bila aku tengah benggang ngan celcom, jiran sebelah aku pulak naik buaian yang tak taruh gris.korang tahu bunyi dia, macam babiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii.

Sekarang aku tengah pasang dvd hantu kak limah ngan kuatnayyyyyyyyyyayyyaaaaaa nak puaskan hati.

Senyum tapir : Bila aku dah taip ikut naluri aku , bila dah hilang sekelip mata, aku dah tak dapat kembalikan ingatan aku. Sekarang ni aku tengah mengucap banyak-banyak, sebab baru maki hamun orang. Aku bukan manusia yang penyabar sebenarnya. Dalam blog ni je, tulisan aku nampak cool. Sebenarnya aku hipokrit. Aku tengah cuba untuk berubah ke arah menjadi cool.

Tuesday, February 8, 2011

Mentari merah diufuk timur




Cantikkan mentari merah tu. Rasa nak sepak je aku sebab letak tajuk tak henggat atau memang syiok tengok mentari merah diufuk timur tu.Gambar tu suami aku ambik masa memancing hari tu. Lagu Amy search pun ada tajuk Mentari merahkan.Hari ni kita cerita pasal hal ehwal lautlah ye.




Anak pemancing yang berbaju merah tu, korang kenal tak? Dia memang kerap lepak kat pengkalan ni, ikut ayah dia. Dia tu boleh ngam ngan semua orang kat situ.



Dia kerap menunggu pemancing balik membawa hasil kat sini..




Kalau dah boring, boleh join orang kat situ main terup.boleh gitu.Sila jangan ikut aksi ini, ia salah disisi agama islam.Kalau nak gak, pegi main donkey atau happy family.




Besarkan ikan tu. Selalunya dorang siang ikan kat pengkalan tu. Balik rumah senang, tak de lah takut rumah bersepah ngan sisik ikan.



Ikan pari.








Sebenarnya aku nak tunjuk umpan yang selalu dorang buat memancing, sotong kurita. Geli tau, bila pegang, dia boleh menjalar-jalar kat tangan korang. Sotong kurita ni, rega RM6 seekor. Sila percaya, sebab tu rega ikan mahal, dah umpan pun mahal. Nak mencari sotong kurita bukan senang... Minyak pun mahal, nasik baik kerajaan ada bagi subsidi, bolehlah bernafas sikit.

Okey sekianlah cerita hari ni anak murid, esok cikgu ajar lagi ye.

Wednesday, February 2, 2011

Pada suatu hari







Hari tu kawan suami memancing, tak sangka terpancing Pari Rimau , berat lebih kurang 100 kilo. Mula-mulanya dia tak tahu benda berat yang dipancing tu, seekor ikan pari. Dekat nak 2 jam dia berhempas pulas nak menaik benda tu. Sehingga kawan dia mengeluarkan ayat "kalau kau timbul cepat, aku akan putuskan tali ni". Tak sampai berapa minit pari rimau tu memunculkan diri. Kawan suami terus memutuskan tali tu. Maka terlepaslah pari rimau dari dibaham manusia.


Sekianlah cerita hikayat pari rimau yang kalau dapat , sedap dibuat kuah asam tumis. Maka hari ni aku berharap syarikat akan menutup operasinya dengan segera, sebab bolehlah aku ke rumah mak mertua untuk makan besar Chinese New Year. Jangan risau teman-teman, makan besar ni hanya makan sayur je, sebab mak mertua aku walaupun cina, dia tak pernah memasak ba alif ba ya kat rumah, sebab bapak mertua aku India.

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU CINA.


Skema tak?

Tuesday, February 1, 2011

Diary pancing

Hari tak ni de cerita , sekadar tempelan ikan yang suami dapat masa memancing pada hari sabtu . Dia pergi petang sabtu sampai petang minggu, bersama Vernon geng pancing. Masa tu kan hujan turun tanpa henti, suami aku pun memancing tanpa henti kat laut. Dia ni kan brutal, mana kira semua tu. Cian, dia tak dapat tempel gambar masa tengah memancing kat blog dia, handphone dia tak de bateri. Gambar kat bawah ni pun blur sikit, sebab guna handphone lama .



GT orang kaya kalau depat ni selalunya buang balik kat laut, gua miskin makan je.



Maaf , cekci sikit suami aku ni, baru balik dari memancing, habis basah lencun. GT (5 1/2 kilo ngan Jenahak(3 kilo).




Aksi tengah membersihkan sisik ikan.







Suami aku kalau siang ikan menyeramkan , kalau tengok, ganas.



Lupa cakap, dapat ikan merah(2 kilo) gak.







GT sedang dalam proses penyiangan.






Best tengok masa tengah keluarkan perut ikan.



Biasalah perasmian Firdaus makan dulu. Nak buktikan ikan GT pun sedap, isi kenyal.



Isi GT putih, kalau tangkap terlalu besar pun tak sedap, isi jadi liat.


Senyum tapir : Sekarang ni musim orang cina ke laut, sebab dorang nak cari lauk untuk makan besar Chinese New Year tak lama lagi. Ikan pasar pun harga mahal sekarang ni, dengar orang cakap.

Tuesday, January 11, 2011

suami , tak de kawan

Brad pitt, aku masih ingat, masa ko tercari -cari teman dalam kalangan blogger? Masa tu ko masih hijau lagi dalam dunia blog ni. Begitu jugak ngan suami akak, apa kata ko pergi teman kan dia kat rumah atas laut. Suami aku beruntung, sebab aku boleh tolong up kan dia punya website. Aku dulu merangkak-rangkak keseorangan mencari teman . Alhamdulillah, dengan usaha yang tak kenal jemu, dapat gak sebulan, 1 juta rupee dari Nuffnang hasil pengunjung aku yang terlampau unik 2000 3000 sehari(kirim salam malam-malam)



Antara kawan suami



Vernon kawan suami



Joran je ada, suami saya mana? Vernon je ada?



Hasil tangkapan suami and geng, ikan jenahak 11 ekor dan seekor ikan yu.



Anak suami, anak aku gak

Ikan yu, besar tak.Kalau nak masak kena buang kulit dia. Bila suami buang kulit, aku tunjuk caranya.Kena tunggu hari cutilah, masa kerja tak sempat.



Muka excited.



Terkejut betul muka Firdaus tu, first time nampak ikan yu.



Gembira tak terucap.

Senyum tapir : Kalau nak mencari teman , sila layari www.ikanbesar.com dah lebeh ni, aku pun pakai blogspot.

Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina