Saturday, August 28, 2010

Mak

Waktu ni tepat pukul 12.45 malam aku duduk kat depan lappy anak aku.mata aku cam tak boleh tidur.tiba-tiba aku terkenangkan arwah mak aku.Rasanya baru semalam mak aku pergi meninggalkan aku, tapi rupanya dah 12 tahun.

Kenapa ye? setiap tibanya syawal kita sering teringat orang yang dah tak de.Aku teringat jugak, tapi kalau boleh aku nak buang jauh-jauh ingatan tu. Mungkin korang semua ada yang tak tahu, keluarga aku semua dah tak de.Hanya tinggal ayah aku.Mereka semua dah meninggal dunia.Setiap menjelang syawal aku merayakan bersama anak-anak dan suami.Kebanyakan rakan aku sering hairan.mereka juga kerap bertanya.Adakah aku tak berasa sedeh bila syawal menjelma.

Apa yang harus aku katakan, hanya satu perkataan, setiap yang hidup pasti akan mati.Aku redha.Aku tak pernah merasai kekurangan itu.Aku mesti terus melayari hidup ini.

Kenapa mak tak pernah luput dalam ingatan setiap orang.mungkin orang tak mengingati ayah.termasuklah aku.Mungkin mak memang baik hati, sering menerima seadanya anak mereka.walaupun anak mereka jahat sekali manapun.

Setiap kali syawal menjelang arwah maklah orang yang paling sibuk.Kalau tak penuh meja ngan juadah dan kuih muih itu bukan mak aku.Minggu pertama puasa sahaja, mak dah sibuk mengerahkan aku menjemur tepung, memisahkan kulit kacang hijau, merendam kacang hitam dan berbagai-bagai lagi.Tapi aku tak kisah, walaupun penat hati gembira.Syawal mesti disambut ngan penuh meriah.Semua mak buat sendiri, semuanya tradisional.Mungkin aku terikut perangai mak aku.Semua biskut raya aku buat sendiri.

Cuma satu yang tak dapat aku ikut, langsir sarung kusyen , cebek kusyen semua sedondon.Ada lagi, semuanya dipasang pada malam raya.Kalau aku sekarang langsir sliding door ngan langsir tingkap semua kaler ngan corak lain.Baru aku tahu itulah yang mebezakan aku ngan mak.

Yang menjadi ikutan aku sampai , sekarang ada satu lagi, aku tak akan meninggalkan rumah pada hari raya pertama.Aku akan menjamu makanan untuk semua tetamu.Hati aku puas, aku bangga kerana orang yang datang, sudi menjamah apa yang aku hidangkan.Korang rasa arwah mak aku tahu ke apa yang aku buat?

Aku bersyukur kerana tuhan masih menyayangi aku, masih memberi aku nafas untuk hidup, Semoga tuhan masih memberi aku nafas untuk menyambut syawal akan datang bersama suami tercinta, ngan anak-anak tersayang.Mak walaupun aku merinduimu, tapi aku tahu ko tak akan dapat kembali lagi.Hanya yang aku mampu mendokan kesejahteraan kau disana. Mungkin aku bukan anak yang paling baik untuk mak dan ayah. Tapi cuma satu, mengapa aku masih lagi tak memahami isi hati seorang ayah.Aku dah cuba lakukan sehabis baik, tapi apa yang aku dapat hanyalah hinaan dan kejian .aku redha.Mungkin tempat ayah bukan disisi aku......

Jangan salahkan aku mak, mungkin mak pun tahu................Maafkan aku mak, aku tak pernah melawat, kubur mak, sebab aku tak nak hidup diselubungi kesedihan yang berpanjangan.....

Luahan hati aku yang masih belum tidur walapun dah pukul 1 pagi....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina