Wednesday, August 11, 2010

Hari pertama bersahur

Dah lama tak update blog, biasalah ada beberapa benda yang nak diuruskan.Harap-harap, masa bulan puasa ni semuanya beres.Hari ni hari pertama , umat islam menyambut ramadhan.Di sini aku sekeluarga mengucapkan selamat menyambut ramadhan yang mulia.2 atau 3 hari ni, macam-macam dugaan berlaku.Sekarang ni aku macam dah fed up nak layanan karenah manusia yang tak sedar diri .aku ni kalau cakap suka kurang ajar sikit.Manusia selalu tak boleh tengok orang baik, mulalah nak pijak kepala orang.Sekarang aku malas nak pikir hal orang, baik aku pikir hal keluarga aku je.Aku baik dan murah hati, lagi boleh nak pijak-pijak kepala aku pulak.

Pagi tadi aku bangun seawal 4 pagi, ada beberapa kerja yang aku nak uruskan.Masak untuk bersahur dah tentu.Bukan makan sahur sangat, masak untuk firdaus bawak bekal.Al-maklumlah sekarangkan bulan puasa, tak payahlah pengasuh firdaus tu bersusah payah nak masak .





Goreng terung deep fry .





Selepas digoreng




1)cili kering , bawang putih ngan bawang merah(dihiris) kemudian diblender kering.




Tumis cili kering sampai pecah minyak.kemudian masukkan udang kering.




Masukkan sedikit sos tiram dan sedikit gula.last sekali baru masukkan terung tadi.




1)daun bawang dikerat-kerat
2)halia dihiris.





Isi ikan jenahak goreng ngan tepung.

Ikan jenahak yang aku laki aku tangkap aku cerita kat sini. Potong isi ikan kecik kecik.Gaul ngan kicap cair, lepas tu gaul ngan tepung jagung.Goreng isi ikan dan ketepikan.



Goreng hirisan halia sampai naik bau dalam minyak yang sedikit.



Bila halia dah naik bau, masukkan sos tiram.Masukkan sedikir air tepung jagung.Last sekali masuk isi ikan ngan daun bawang.gaul sekejap, kemudian bolehlah diangkat.




Terung bercili.




Ikan goreng halia peberet firdaus.



Macam mana ngan sahur korang pagi tadi? makan apa?

Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina