Monday, August 30, 2010

Biskut yang belum ada nama

Sebenarnya, mood aku nak update blog ni berkobar-kobar dari pagi tadi.Tiba-tiba je mood aku seakan-akan hilang.Seawal pagi lagi mood yang berkobar-kobar tadi dicemari ngan melihat muka boss aku yang macam cibai tu.Ada ke patut sebab dek tisu tandas yang segulung dia nak buat muka cibai dan tanya soalan cibai kat aku.Kadang-kadang aku rasa darjat aku ni lagi rendah dari aci sapu sampah tu.Mungkin aku tak tahu apa pekerjaan aku kat sini, nak jaga dokumen ke atau nak jaga tisu tandas yang dah habis kat tandas tu. Aku dah tahu mungkin dia anggap aku aci sapu sampah merangkap kerani sekali.Kenapalah tisu tandas gulung tu penting sangat dalam kehidupan dorang.aku pun tak paham.


Itu belum lagi kalau visitor dia datang, siap dia buat aku cam aku ada bukak cafe.order je apa ko nak minum.mesti aku boleh buat.Aku tahulah aku pembuat nescafe yang paling sedap.aku redha jika ko nak anggap aku aci sapu sampah atau pembuat air nescafe yang paling sedap. Sebab aku tahu status makan gaji memang camtu . Aku bagi boss cibai aku masa 5 atau 7 tahun je lagi untuk memerintah aku.selepas tu sayonara.

Daripada korang layan cerita boss aku tu, aku rasa lebih korang layan resepi biskut aku.Ini aku buat hari minggu bersama olin.



Kacang pitaschio ikut suka .Bakar sekejap dalam oven.






Aku buat 2 adunan, jadi aku guna 500 grams butter.




4 biji telur.





Conrflake dikisar sederhana.Aku guna 1 kotak.






300 grams brown sugar + Butter 500 grams dimesin.Jangan lupa letak essen vanila dan pewarna kuning telur. Jangan lupa plak masukkan telur sebiji demi sebiji.




Tepung gandum 400 grams + 1 1/2 tsp baking powder




(maaf tangan kurus dan runcing tu bukan tuan blog punya)

Lupa plak kacang Pitaschio yang dah dibakar, dicincang halus.





Cam ni, sederhana halus saja.






Masukkan tepung kedalam adunan tadi, bersama kacang pitashcio ngan cornflake.Kacau guna sudip kayu sekejap.





Tengok tu, tangan simontel cba nak over take, gambar muka kakak.




Bakar selama 15 atau 20 minit




Cam biasa mestilah nak zoom dari dekat.Rasa, sumpah aku cakap memang sah sedap.Namanya akan aku usaha cari. itu pun kalau mood aku tak diganggu oleh simuka boss aku yang tutttt ....tutttt ngan pembantu peribadi dia yang tittttt titttt.Pembantu peribadi yang bagaikan sikudung mendapat cincin berlian.

Korang boleh menentukan sendiri , samada nak komen pada biskut atau pada boss yang tuttt tuttt tu. aku redha.kwang kwang

Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina