Thursday, August 19, 2010

Projek terkini

Projek terkini , aku belum beritahu pada korangkan. lupa nak beritahu, sebab tu lately ni aku sibuk semedang.blog tak berapa nak update.projek jual muffin ngan cheese tart.terlampau banyak tempahan, jadik tak menang tangan.Orang order tart nenas ngan aku pun, dah tak buat lagi.mungkin ngan jual muffin aku boleh jadik jutawan tak lama lagi.jangan cuba nak sepak aku ye.mana tahukan.kwang kwang



Setandan muffin pisang ni aku beli, kemudian laki aku gantung dalam bilik.

Aku pun fikir kenapalah muffin aku sedap sangat?, sampai cafe internet aloha kat hujung tanjung tu order kat aku.Kedai CT Fad pun order gak.rupanya sebab aku guna pisang emas.okey cepat ambik resepi, kalau nak kaya cepat.khe khe




Lupa pulak nak tunjuk , mixture yang baru ku beli minggu lepas.bukan nak berlagak, cuma nak tunjuk sikit je.jenama cap ayam je, tapi okeylah .tak delah lenguh tangan aku sekarang.




Pisang ni aku guna lebih kurang 10 biji pisang.Lagi satu nak sedap korang kena ramas guna tangan korang, tu yang lazat tu.kwang kwang.Sebelum korang berniaga, kena tanamkan dalam hati korang yang korang berniaga kerana minat , bukan kerana duit.sifat hasad dengki tu kena buang jauh -jauh dulu.baru boleh bisness.




Mangkuk pertama

Tepung gandum 400 grams + brown sugar 200 grams + baking powder 3 tsp + 1 tsp soda bicarbonate.




Gaul sekata.







Dalam mangkuk lain pukul butter cair 125 grams ngan telur 3 biji , kemudian campur pisang lecek.



Masukkan kedalam mangkuk pertama , sedikit demi sedikit.gaul sebati ngan sudip kayu.





Adunan dah siap , sudukan separuh kedalam cawan kertas.




Bakar pada suhu 190 darjah celcius , dalam masa 25 minit.tengok jenis oven ye.Lupa lagi, oven pun aku dah upgrade.kasi besar sikit.oven cap ayam je.




Projek cheese tart aku.ini devi A/L manian yang order untuk birthday party nenek dia. dorang memang patern cam tu, nenek pun sambut birthday.




Setiap hari cafe internet Aloha tu nak muffin pisang 100 biji.Itu sebabnya blog tak berupdate .Jangan marah ye , kalau aku lambat update blog.muahhhh muahhhh


Ingat kawan-kawan, sebelum berniaga atau membuat sesuatu barang, sifat hasad dengki ,tamak haloba , kena buang dulu, baru hidup anda ceria selalu, seperti Billion pantai timur, ceria selalu.khe khe

Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina