Aku taklah cakap aku mahir masak lemak cili api, tapi oleh kerana pernah duduk kat negeri sembilan, jadi selalulah masak lomak cili api ni. Selalunya masak lomak cili api ayam, telur itik ngan pucuk ubi, daging salai, dan macam-macam lagi.
Resepi sebenar masak lomak cili api orang nogori
1)serai 3 atau 4 batang dipecah
2)cili api ditumbuk, ngan garam dan kunyit hidup(dorang tak letak bawang)
3)santan kelapa dari sebiji kelapa
ini tambah je, aku suka letak cendawan ngan tomato.
Ayam digaram kunyit.
Perkara yang paling utama, kecutkan ayam ngan cili tumbuk dan serai tadi dalam kuali.Aku suka masak dalam kuali ni sebab senang nak kacau.Biar ayam tadi betul-betul kecut.
Lepas tu baru masukkan santan, ngan tomato.Biar kuah betul-betul mendidih, baru masukkan cendawan tadi.last sekali bubuh garam.Lepas tu bolehlah diangkat.
korang suka ke ngan masa lomak cili api orang nogori sembilan?.